Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Sempena Hari Malaysia yang dah hampir ni, pada 16 September nanti aku nak kongsi sikit la pasal apa itu Hari Malaysia. Ye lah, selalunya kita tahu kita cuti je hari tu kan tanpa nak ambil tahu sejarah Hari Malaysia. Jadi jom kita flashback balik macam mana ada Hari Malaysia ni. Sebelum tu nak beritahu tema Hari Malaysia tahun 2012 ni ialah “Janji Ditepati Rakyat Sejahtera”.Sambutan Hari Malaysia tahun ini akan disambut di Bintulu, Sarawak

Untuk pengetahuan korang semua Hari Malaysia  ni disambut pada 16 September setiap tahun. Kenapa perlu dsambut?? Ha, sebab nak memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada tanggal 16 September 1963. Pada waktu tu Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura bergabung untuk membentuk Malaysia.

Semua ini dirancangkan pada 1 Jun 1963, namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 supaya dapat disambut bersama sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk membentuk Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Lantas Indonesia melancarkan konfrantasi ketenteraan dengan slogan “Ganyang Malaysia” yang berlanjutan sehingga 1966.

Pengisytiharan dibuat di stadium merdeka disaksikan oleh Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor-gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30 ribu rakyat jelata.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempenana hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan semenanjung Malaysia. Tapi pada tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Tu serba sedikit bagaimana tertubuhnya Malaysia dan kewujudan Hari Malaysia. Namun, Hari Malaysia dan sejarahnya hanyut ditelan zaman. Sekalipun tidak hilang, tetapi apakah nilai Hari Malaysia jika sejarahnya hanya tersimpan di arkib, perpustakaan dan memori generasi lama? Apakah generasi muda sekarang tahu erti Hari Malaysia. tahu sejarah Malaysia?

Jawapannya tepuk dada dan tanyalah selera. Cuba kita bertanya dengan anak-anak kita, cucu-cucu kita atau belia remaja yang kita temui di pusat beli-belah, yang sedang melepak di kaki-kaki jalan dan yang terperuk di rumah yang hanya menonton TV atau komputer. Jawapan yang diterima mungkin boleh dijadikan sebagai gambaran persepsi di atas.

Ayuh rakyat Malaysia, kenalilah tanahair mu ini. Cinta dan semaikanlah perasaan sayang akan negara kamu ini. Kenangilah segala jasa dan pejuang-pejuang tanahair kita ini yang banyak berjasa kepada negara untuk menubuhkan Malaysia dan membebaskan negara dari penjajah.

Jangan biarkan generasi muda terus dilupakan tentang sejarah Malaysia yang dipenuhi dengan warna-warni perjuangan generasi terdahulu. Penghargaan yang setimpal harus diraikan untuk peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Malaysia yang membentuk Malaysia seperti yang kita lihat hari ini. Melalui kesedaran sejarah, maka generasi muda akan mampu menghayati nilai sebenar Malaysia.

5,850 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam