Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t
Antibiotik.. Sudah tentu anda mengambil antibiotik jika jatuh sakit bukan.. Ianya seperti satu kewajipan bagi mereka yang sakit untuk mengambil Antibiotik.. Jika tidak ambil seperti tidak lengkap ubat-ubatan yang diambil.. Ialah, antibiotik kan sejenis ubat yang melawan penyakit dalam  tubuh badan kita.. Mestilah kena ambil..
Pelbagai jenis ubat-ubatan
Tetapi..Ha, ada tetapinya.. Antibiotik juga berkemungkinan akan mendatangkan bahaya.. Kenapa, bahaya pula?
Jom MB huraikan serba sedikit mengenai Antibiotik…
Apa Itu Antibiotik?
Antibiotik hanya membunuh atau merencatkan pertumbuhan kuman bakteria.. Ia tidak membunuh kuman lain seperti virus dan kulat..
Mengapa Antibiotik Diperlukan?
Antibiotik hanya berkesan terhadap jangkitan bakteria.. Antibiotik yang berbeza diperlukan untuk merawat jangkitan bakteria yang berlainan..Doktor akan menentukan jenis Antibiotik yang sesuai untuk anda..
Tahukah Anda?
Batuk dan Selsema biasanya tidak memerlukan antibiotik dan biasanya akan pulih dengan pengambilan air dan rehat secukupnya..
Sekiranya disalah gunakan, kerintangan antibiotik mungkin berlaku dan boleh menyebabkan hilang keberkesanan..
Bakteria yang telah mengalami kerintangan antibiotik akan menyebabkan jangkitan yang lebih serius di masa akan datang..

Bagaimana Mengurangkan Kerintangan Antibiotik?
  • Ambil Antibiotik mengikut arahan

  • Elakkan meminta Antibiotik dari Doktor. Doktor akan menentukan jika anda memerlukan Antibiotik..

  • Jangan guna semula Antibiotik untuk penyakit di kemudian hari..

  • Berjumpa dengan Doktor jika anda demam dan sakit  lebih daripada 2 hari..

Itu antara informasi yang MB dapat siang semalam semasa program ini berlangsung.. Alhamdulillah dapat kongsi kepada semua apa yang diberitahu pihak Farmasi Kebangsaan..
Nota Lastik : Gunakan Antibiotik secara bijak demi kesihatan anda dan generasi akan datang..


7,199 total views, 4 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. As salam,
    Satu perkongsian yg amat baik. Tinggal lagi, pihak kerajaan juga wajar menggalakkan penggunaan probiotik atau prebiotik dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap antibiotik…

  2. Sehingga umur kanak-kanak 2 tahun tidak boleh diberi antibiotik. Pernah dengar ‘superbug’. Ia adalah bakteria yang resistance kepada antibiotik. Puncanya adalah kerana pesakit tidak menghabiskan dan mengikut aturan kita mengambil antibiotik.

  3. once u take antibiotic, u need to make it balance by consuming pro-biotic .. as far as i concern, i never ate antibiotic, i had take once but i got rashes, so i think i allergic of it.

  4. antibiotik is a chemical. mn2 chemical mmg xpatut diambil scara berlebihan. antibiotik ni kalau ambil dgn dosage blebihan akan menyebabkan imunisasi dlm bdn makin bkurangan so resistance thdap any bacteria/virus pon decreased…

    btw, ikut saranan doc 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam