Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Cacing?? Apalah MB merepek ni kan.. Cerita pasal cacing pula..Tiada cerita lain ke.. Cacing pula yang nak dikongsi.. Ha! JANGAN pandang remeh dengan cacing ni.. Walaupun kecil tetapi boleh bawa bahaya ok.. Kalau tak percaya baca kat bawah nanti apa cacing ni boleh buat dekat tubuh badan kita..
Bila kali terakhir anda atau anak anda makan ubat cacing? Ke korang tak pernah makan pun.. Hehehe Ubat cacing boleh diambil setiap 6 bulan.. Ada dalam bentuk cecair atau pun tablet telan atau kunyah pelbagai perisa seperti coklat, strawberi, pisang dan buah-buahan.. Ikutlah cara dan aturan makan seperti yang dilabelkan pada ubat cacing yang anda beli.. Biasanya ubat cacing mengandungi Albendazole ataupun Mebendazole sebagai bahan utamanya.. Kedua-dua jenis ubat cacing ini mampu menghapuskan Cacing Kerawit, Cambuk, Gelang, Kait, Pita, Trikinella & Cacing Benang.. Albendazole bertindak menghalang penyerapan gula dan menyebabkan cacing-cacing tersebut kehilangan tenaga dan seterusnya mati..
Mebendazol

Albendazole
Anda semua jangan ambil mudah dengan masalah kecacingan kerana kebanyakan kita mungkin beranggapan cacing hanya berada di dalam usus sahaja.. Sebenarnya jangkitan cacing boleh berlaku di mana-mana bahagian badan, mata, hati, paru-paru, salur darah.. Jangkitan juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit.. Bayangkanlah kalau jangkitan berlaku di salur darah.. Agak-agak anda apa yang berlaku….
Kalau kena pada anak-anak lagi bahaya.. Sistem imun kanak-kanak ni tidak cukup kuat untuk melawan jangkitan cacing sebab itu ia antara penyebab utama golongan ini mudah dijangkiti, tetapi jangkitan boleh berlaku pada golongan dewasa juga sekiranya kebersihan tidak diamalkan.. Jangkitan cacing juga boleh diperolehi dari haiwan peliharaan anda seperti kucing atau anjing dengan hanya menyentuhnya (jangkitan melalui kulit).. Pastikan haiwan peliharaan anda bersih dah dijaga kebersihan dan kesihatan..
Tanda – Tanda Kecacingan

  • Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
  • Alahan kulit yang teruk – bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
  • Gatal sekitar lubang najis (dubur)
  • Alahan terhadap makanan
  • Sakit perut, cirit-birit, kembung, sembelit
  • Anemia, kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
  • Keletihan luar biasa, lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
  • Tiada selera makan, pucat, Kurang berat badan walaupun selera makan ada 
  • Mengetap gigi ketika tidur malam
  • Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
  • Hiperaktif
  • Sakit kepala
  • Sensitif terhadap cahaya
  • Gusi & hidung berdarah
  • Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah
  • Asthma (cacing di paru-paru)

Tidak semua jangkitan cacing itu merbahaya tetapi rawatan serta pencegahan awal harus dipertimbangkan demi kesihatan & kualiti hidup

Cara Mengelak Jangkitan Cacing

  • Amalkan kebersihan diri & rumah – cuci tangan sebelum & selepas makan
  • Cuci tangan selepas keluar tandas
  • Cuci tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan anda, periksa juga sekiranya ia dijangkiti
  • Pakai kasut apabila keluar rumah
  • Basuh sayur-sayuran & buah-buahan dengan teliti terutama yang dimakan mentah
  • Masak ikan & daging dengan suhu yang sesuai
  • Jumpa doktor sekiranya terdapat tanda-tanda kecacingan yang serius
  • Makan ubat cacing mengikut jadual tetap (setiap 6 bulan)
  • Sekiranya salah seorang ahli keluarga telah dijangkiti, semua ahli keluarga harus mengambil ubat cacing juga.

Sekarang anda semua dah tahu kenapa MB merepek pasal cacingkan.. Selama ni mungkin anda tidak pernah terfikir atau ambil kisah pasal cacing ni.. Selepas baca apa yang MB kongsikan ini harap semua dapat titikberatkan kebersihan dan ambil tahu pasal cacing.. Hehehehe… 

34,408 total views, 4 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Ow cam tu ..gi check doktor nak gitau check cacing ada ke tak or check darah ?? ..atau jual kat farmasi jerr ..nak cuci gak perut ni kot² ada ..heheee

  2. ooo…boleh eh ambik je 6 bulan sekali? tatau pun… x penah amek pun..tu badan besar gini cacing banyak sangatt.. hoho..
    tq 4 the info 😉

  3. dulu time kanak2 ribena pernah gak makan ubat cacing ni. dan hasilnya… errr… biarlah sekadar kenangan. haha~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam