Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Sesi persekolahan 2014 sudah pun bermula. Kalau sebelum ini ibu bapa sibuk membawa anak anak mereka membeli belah segala kelengkapan dan uniform sekolah.  Minggu ini sesi persekolahan sudah pun bermula. Alangkah bersyukurnya mereka yang telah selesai membeli semua kelengkapan dan dapat pergi ke sekolah.

Tetapi adakah kita juga terfikir bagaimana dengan nasib anak anak yang hilang tempat bergantung dan kurang bernasib baik yang ada cita cita dan kemahuan untuk pergi sekolah juga?

Malam semalam ketika MB melayari laman Facebook, tiba tiba ada mesej masuk di inbox, datangnya dari sahabat MB sendiri. Namanya biarlah MB rahsiakan. Niat rakan MB tersebut sangat baik dan murni iaitu mengajak MB untuk membantu sebuah rumah amal yang memerlukan bantuan seragam sekolah dan kelengkapan sekolah untuk sesi 2014 ini.

Nah! Walaupun sesi persekolahan sudah bermula tetapi masih ada lagi yang memerlukan bantuan sebegitu. Memang perkara sebegini MB ambil perhatian dan kalau boleh ingin membantu. Sebelum ini pun MB ada menyertai program amal dalam membantu rumah rumah anak yatim.

Rumah Amal Nur Muhammad menyediakan asrama pendidikan, kelas pengajian dan kebajikan untuk anak yatim, fakir miskin, anak anak istimewa. Turut juga menaungi ibu tunggal, orang kurang upaya, anak anak terbiar dan golongan asnaf zakat. Disini juga menjadi pusat pengumpulan dan pengagihan bantuan kepada mereka yang memerlukannya.

Sumbangan untuk mereka yang memerlukan di Rumah Amal Nur Muhammad
Rumah yang menempatkan pelbagai penghuni antaranya anak yatim, fakir miskin dan orang kurang upaya.

Kepada sesiapa sahaja yang ingin memberi bantuan apa sahaja, pihak Rumah Amal Nur Muhammad amat mengalu alukan kedatangan anda kerumah tersebut.

Boleh Hubungi :

Pn.Zetty Mazlinda : 017 530 3247
En.Mohd Zabli : 012 343 2038

atau segala pertanyaan boleh di emelkan ke ranur2012@gmail.com

Setiap sumbangan berbentuk wang atau cek atas nama :

PUSAT JAGAAN NUR MUHAMMAD

Maybank Islamic Berhad
569954055144

Alamat RANM:
NO.1, Jalan Zuhrah U5/154, Subang Murni,
Bandar Pinggiran Subang, 52010 Shah Alam,
Selangor (berkawalan 24 jam)

Anda juga boleh menghubungi MB  di talian 012 271 6721 jika ada sebarang pertanyaan tentang rumah amal ini. In Syaa Allah MB akan cuba membantu.

Sumbangan buat anak yatim,orang tua, orang kurang upaya.
Sedikit informasi tentang Rumah Amal Nur Muhammad

Jika anda ada barang barang atau apa sahaja yang hendak diserahkan kepada rumah amal ini bolehlah berbuat demikian. Kita bantu anak anak yang kurang bernasib baik ini dan penghuni yang lain.

5,109 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam