Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Cuti yang lepas MB sempat membawa keluarga beriadah ke Waterworld I-City  di shah alam. Sebelum ni selalu je ke i-city tetapi waktu tu waterworld belum ada lagi yang ada cuma lampu lampu dan game outdoor sahaja.

Kebetulan MB masih lagi mempunyai 2 baucer Waterworld I-City yang boleh ditebus guna sebelum 30 Disember 2013, baucer ni MB dapat sewaktu menyertai Santai Travel untuk trip ke Hulu Selangor.

Beriadah di Waterworld I-City Shah Alam Taman Tema Air
Waterworld I-City Shah Alam

MB pergi lewat sebenarnya lebih kurang jam 3 petang baru nak masuk ke waterpark. OK, nak masuk sini kena bayar RM40 seorang dan RM20 bagi warga emas dan OKU. Manakala kalau kanak kanak kurang daripada 90cm adalah percuma.

Anda akan mendapat satu gelang untuk digunapakai sewaktu anda berada dalam waterpark nanti. Kiranya jika anda ingin menyewa locker anda dikehendaki untuk scan kan gelang itu kepada locker,canggih bukan. Malah anda boleh buka locker tersebut seberapa banyak yang anda mahu buka dan tutup.

Tetapi harga untuk locker ialah RM6. Selepas dari pintu masuk nanti anda akan nampak 2 buah kaunter sebelah kanan anda untuk membeli kad topup dan locker. Anda perlu topup kad tersebut RM6 untuk locker dan kemudian pergi ke kaunter sebelah untuk reisterkan gelang anda untuk hakmilik locker. Bagi MB ianya pilihan bukannya wajib samaada hendak guna ataupun tidak.

Gelang perlu dibeli untuk kegunaan locker di Waterworld I-City Shah Alam
Gelang untuk guna locker RM6 Waterworld I-City Shah Alam
waterworld i city,i city waterworld,harga masuk i cty waterworld
Inilah tempat pengimbas locker yang anda akan guna nanti..

 

Kat dalam Waterworld I-City ni ada 3 bahagian pool iaitu Open Pool dimana kolam yang luaa dan ada sedikit ombak, kedua ialah kolam untuk kanak kanak dan ketiga ialah kolam jakuzi. Dan terdapat beberapa gelunsur gergasi yang menarik untuk anda cuba.

Waktu MB pergi hari dah gelap sebenarnya seperti nak hujan tapi MB berharap jugalah hari tidak hujan. Kebetulan hari cuti sudah tentu ramai orang yang datang dan padat. Kawasan Waterworld I-City tidaklah besar tetapi sebenarnya cukup membuat anda dan keluarga bersuka ria. Jom layan gambar yang sempat MB snap tempoh hari.

Peraturan di Waterworld I-City Shah Alam
Peraturan pakaian semasa berada di Waterworld I-City Shah Alam
Keselamatan semasa mandi di Waterworld I-City Shah Alam
Gelungsur gergasi patut anda cuba di Waterworld I-City Shah Alam
Taman permainan kanak kanak di Waterworld I-City Shah Alam
Kolam bagi kanak kanak yang bawah umur dan sesuai bagi anak kecil
waterworld i city,i city waterworld,harga masuk i cty waterworld
Awasi anak anda…
waterworld i city,i city waterworld,harga masuk i cty waterworld
Mr Ray dan sepupunya…
waterworld i city,i city waterworld,harga masuk i cty waterworld
Aktiviti yang rileks.. Baring atas pelampung sambil dihanyutkan ombak kecil…
Kolam riadah keluarga di Waterworld I-City Shah Alam
Kolam Jakuzzi pun ada…walawei…
Tornado terbesar di Waterworld I-City Shah Alam
Kolam utama di Waterworld I-City Shah Alam
waterworld i city,i city waterworld,harga masuk i cty waterworld
Yang ini memang wajiblah si Mr Ray

 

waterworld i city,i city waterworld,harga masuk i cty waterworld
Sebelum balik kenalah ambil gambar dulu…

 

 

 

17,754 total views, 3 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Kie pergi masa open day anjuran HARIAN METRO…

    yang gelongsor gergasi tu besttt hehehhe…

    MB cuba tak?

    tengok2 gambar last2 ada gambar MB’s family tu, kemancungan hidung MB terserlah… attraction sgt hehehe… Ray pantang bergambar eh…
    Kikie Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..REVIEW HOTEL NUSA CT: HANTU BAGI SALAMMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam