Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Gambar Hiasan
Tajuk macam ekstrem je..Migraine..owh migraine….malam semalam bila MB pulang ke rumah selepas waktu kerja…tercari-cari juga kemana pula Mr.Ray dan Ummi dia..selalu tu kalau balik kerja pasti ada depan TV…tapi semalam tak nampak batang hidung… Cari punya cari punya cari, akhirnya jumpa juga mereka..kat dalam bilik tengah tidur…bukan main sedap lagi anak beranak tidur..MB pun biarkan je..15minit lepas tu Ummi nya panggil..Suruh ambil Mr.Ray dan jaga..Ait! Kenapa dengan isteri MB ni..Rupanya dia mengalami gangguan migraine
Hmm..Kalau isteri MB ni dah kena serangan migraine memang tak boleh buat satu kerja pun…berbaring je lah…Jadi………tugas menjaga Mr.Ray MB lah yang ambil alih sampai malam…Yelah, isteri dah tak larat…kena tolong…Mandikan Mr.Ray…Tukar pampers Mr.Ray…Bagi Mr.Ray makan..Layan dia bermain…Buatkan susu dia…sampai dia letih masuk tido..Kesian juga bila tengok isteri kena migraine…sampai muntah-muntah…Tak boleh nak buat apa….Harap dia cepat sembuh…
Jom kita kaji apa benda migraine tu….
Apakah migrain?
Seorang sakit kepala migrain adalah satu bentuk sakit kepala vaskular. Sakit kepala migrain disebabkan oleh vasodilatation (pembesaran saluran darah) yang menyebabkan pelepasan bahan kimia daripada gentian saraf yang melilit arteri besar otak. Pembesaran saluran darah terbentang saraf bahawa gegelung sekeliling mereka dan menyebabkan saraf untuk melepaskan bahan kimia. Bahan kimia yang menyebabkan keradangan, kesakitan, dan pembesaran arteri. Pembesaran meningkat arteri membesarkan kesakitan.
Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.
Simptom-simptom migrain :
  • Sederhana kepada teruk, sakit kepala berdenyut (memang betul)
  • Sakit yang paling biasa dan berat sebelah
  • Kesakitan yang terletak berhampiran mata di sebelah terjejas (betul)
  • Kesakitan yang menjadi lebih teruk dengan aktiviti fizikal
  • Sensitiviti kepada cahaya dan / atau bunyi
  • Loya atau muntah-muntah (ini memang kerap jadi kat isteri)
  • Sakit melemahkan yang menghalang aktiviti harian (pun sama)
  • Serangan tidak dirawat paling biasa terakhir dari empat hingga 72 jam, tetapi mungkin berterusan untuk beberapa minggu

Punca Migraine :
  • Alahan kepada sesuatu
  • Cahaya yang cerah, bunyi bising dan bau tertentu
  • Tekanan fizikal atau emosi┬áperubahan dalam waktu tidur
  • Merokok atau terhidu asap rokok
  • Tak makan
  • Alkohol
  • Haid
  • Makanan yang ada MSG (contoh: aji-no-moto)
  • Pening kepala
  • Makanan lain seperti chocolate
  • Cuaca

Cara Menghindarkan Migraine :
  • Makan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
  • Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
  • Elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
  • Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
  • Stress dan tekanan
  • Jadual tidur yang tak tetap
  • Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama .
Selain itu boleh juga cuba dengan membaca :
  • Al fateha (1x )
  • Surah Al Ikhlas (3x)
  • Surah Yassin ayat ke 58 ‘Salamun Qaulan Minrabbirrahim’ (3x)
  • Selawat (3x)

Dalam Kitab as-shahih sewaktu menjelang wafat, Rasullullah mengaduh katanya, “Aduh, kepalaku”Lalu Baginda mengikat kepalanya untuk menahan sakit (Hadis ditakhrij oleh an-Nasa’i, ibn Majah dan Ahmad]

Nota Lastik : Kalau sesiapa ada tips nak hilangkan atau redakan migraine selain dari yang atas, boleh tinggalkan di ruangan komen di bawah…..


3,799 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam