Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Terbaca satu nukilan di blog.. aku suka dengan ayat ayat tersebut…

” Ramai orang suka pada pangkat dan nama…
Ada yang bodoh dan bebal, sanggup buat apa saja….asalkan dapat apa yang dicita…
Ada yang suka angan-angan panjang…tapi habuk pun tak ada….poorah…
Ada yang suka mengipas…kerja malas…modal pun air liur saja…..haha…
Ada yang suka jaja..kenal orang sini kenal orang sana…angin saje…bila jumpa buat-buat kenal macam kawan lama…padahal bagi mereka….yang tegur tu namanya entah siapa….haha

Pangkat dan nama adalah amanah…
Bukanlah hadiah, bukanlah anugerah…
Bagi yang terlebih bebal…anggap sebagai tuah…

Ah…lantaklah pangkat-pangkat ni…
Siapalah kita bila kembali menghadap Allah… ”

Tersirat sungguh maksud kata kata di atas.. Bagaimana dengan korang…Pangkat atau Sahabat…?

Boleh baca di http://penaperjalanan.blogspot.com/p/normal-0-21-false-false-false-ms-x-none.html

2,488 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Sudah menjadi sifat manusia tidak sempurna. Tidak semua berpangkat dilabel sebagai haprak dan tidak semua bawahan itu malaikat. Pangkat sekadar jawatan dan anugerah yang dianugerah. Kalau tidak ada anugerah dan pangkat tidak pencapaian. Tidak di hormati dan perlu dihormati.

    Mengetuai sesuatu satu kumpulan/ organisasi/ persatuan @ lebih tinggi adalah bukan suatu jawatan popular malah ia mejadi satu amanah kerana didalam islam kalau bermusafir melebihi 3 orang perlu melantik seorang ketua begitu juga didalam solat perlu ada imam. Menjadi ketua perlu membuat keputusan yang sukar mungkin tidak dapat memuaskan hati semua. Sebagai ibu bapa ada masa kita buat keputusan tidak memihak kepada ahli keluarga yang mana kita merasa keputusan itu perlu dibuat.

    Cuma sifat yang membezakan manusia yang berjawatan dan pangkat itu angkuh dan sebaliknya. Kita rasa diri kita berhak dihormati tetapi kita sendiri tidak menghormati orang lain.
    akubiomed Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Cuci mata di KL International Motor Show 2013My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam