Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum wbt

Bayangkan anda sedang makan bersama isteri dan anak anda di pusat membeli belah, anda merupakan orang pertama yang habis makan dahulu. Tiba-tiba anak kecil anda membuang air besar ataupun lampinnya sudah basah. Isteri anda pula sedang menjamu selera, hendak atau tidak sudah pasti anda yang perlu menukar lampin anak anda. Tetapi masalah timbul apabila tiada ‘baby changing room‘ buat kaum bapa di pusat membeli belah tersebut, hanya terdapat untuk si ibu mahupun lokasinya berada di dalam tandas wanita. Apa yang patut anda sebagai bapa lakukan?

Situasi kedua ini mungkin juga pernah terjadi kepada si bapa. Dimana anda sering membawa anak anda bersiar-siar di pusat membeli belah tanpa si isteri menemani anda. Sudah tentu lampin anak anda perlu ditukar untuk keselesaannya, kemudian tempat yang anda akan tuju ialah ‘baby changing room‘. Malangnya di pusat membeli belah tersebut tidak menyediakan fasiliti itu, yang ada hanya di dalam tandas wanita, ataupun ‘baby changing room‘ tersebut penuh dengan kaum ibu. Mahu atau tidak anda perlu menukarnya di tandas lelaki.

Pusat membeli belah harus memberi perhatian kepada kaum bapa yang menguruskan anak mereka di lokasi
Pusat membeli belah harus memberi perhatian kepada kaum bapa yang menguruskan anak mereka di lokasi

Itu antara situasi yang sering dihadapi oleh kaum bapa apabila ingin menukar lampin anak dimana tiada bilik khas untuk mereka. Jika ‘baby changing room‘ itu tiada individu ketika anda memerlukannya mungkin kami kaum bapa tidak segan untuk masuk untuk melakukan urusan menukar lampin, memberi susu, atau menguruskan anak anda. Tetapi bagaimana ‘baby changing room‘ tersebut dipenuhi dengan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak atau sedang menukar lampin anak mereka, sudah tentu kami kaum bapa terpaksa memikirkan inisiatif lain.

Mungkin sesetengah pusat membeli belah mempunyai ‘unisex baby changing room‘dimana bapa dan ibu boleh masuk sekali, tetapi kalau diamati bilangannya agak kurang dan jarang disediakan di pusat membeli belah.Bapa juga seperti ibu yang menguruskan anak-anak dalam hal ini, tidak tertakhluk pada perkara-perkara tertentu sahaja. Ramai bapa pada masa kini berkongsi tanggungjawab menjaga anak-anak mereka. Ada juga bapa yang bekerja dari rumah untuk membantu dengan didikan anak-anak mereka. Ia menjadi normal hari ini. Pemikiran mereka telah berubah dan ianya lebih seimbang apabila ia menyentuh aspek tanggungjawab keluarga.

Pihak tertentu seharusnya mewujudkan lebih banyak lagi ‘baby changing room‘ untuk kaum bapa di pusat membeli belah. Bilik tersebut bukan sahaja untuk menukar lampin atau menyusukan anak anda, tetapi juga mungkin boleh dijadikan sebagai tempat si bapa berehat sebentar bersama anaknya yang sedang tidur seketika. Banyak fungsi boleh dilakukan di dalam ‘baby changing room‘ ini. Sewajarnya perkara ini harus diambil perhatian, kerana ia melibatkan keselesaan keluarga apabila datang ke pusat membeli belah. Juga untuk memastikan ayah dan anak mempunyai situasi yang selesa di pusat membeli-belah.

Pada masa lalu, bilik menukar lampin kebanyakannya dikendalikan oleh ibu-ibu dan oleh itu peruntukan untuk bilik menukar lampin ini adalah terhad di dalam tandas wanita sahaja. Tetapi kalau kita lihat di luar negara, ia adalah penting untuk mempunyai kemudahan menukar lampin untuk kaum bapa juga. Malah di Dubai, di pusat membeli belah mereka telah disediakan bilik menukar lampin khas untuk kaum bapa. Di Malaysia mungki sudah ada, tetapi ianya harus diperbanyakkan di setiap pusat membeli belah.

 

6,085 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Kadang selalu ikut my sis ,bro n baby ke shopping complex dan kebanyakan baby changing room tu untuk perempuan… pernah itu ikut masuk ada ibu tengah susukan anaknya, saya yang terkejut. Tapi kadang kalau sediakan untuk lelaki, berapa ramai yang nak guna ? x ramai rasanya.. hehehhe kalau unisex baby changing room tu saya setuju
    Aku Penghibur Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Jika Allah Kata Dia Bukan Jodoh Kita, Maka Bukanlah Walaupon Dengan Apa Juga Yang Cara Kita Cuba Untuk Menghalangnya.My Profile

  2. SA rasa patut kat semua mall patut ada…senang so xde lah kes main terjah jer..unisek boleh tp tu la..aurat wanita kan…orang lain tgok or tertengok apa cer….
    suriaamanda Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Today’s LunchMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam