Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Muka Hadapan CIMB Clicks Yang Baru
CIMB Clicks Berwajah Baru?? 
Sebagai pengguna tegar CIMB dalam urusan online banking, MB selesa dengan menggunkan CIMB Clicks untuk segala urusan perbankan secara online. Walaupun ada Maybank2u, tetapi jarang digunakan.. Boleh dikatakan 100% urusan perbankan MB menggunakan CIMB Clicks….
Pada mereka yang tegar seperti MB, pasti anda perasan yang interface CIMB Clicks sekarang dah berubah… Berbeza dari interface yang dulu.. Mungkin dah lama bertukar.. tapi baru sekarang MB berpeluang nak kongsi entri ini…
Pada permulaan MB gunakan interface CIMB Clicks yang berwajah  baru  ini, agak kekok rasanya dalam melakukan segala urusan… Mana tidaknya, masa guna interface lama tidaklah serumit  interface CIMB Clicks yang baru ini… Yang dulu lebih ringkas dan mudah difahami… Tetapi yang baru ini, MB terpaksa ‘explore‘ dahulu sebelum melakukan sebarang urusan perbankan… Bukan apa takut-takut nanti tersilap langkah, hilang duit kita ataupun tersalah ‘transfer‘..hehehe… Jadi untuk langkah berjaga-jaga MB lakukan misi meng’explore‘ interface CIMB Clicks yang baru ini…
Macam baru-baru ini, MB ada membuat urusan ‘transfer’ duit ke Bank yang lain.. Iaitu UOB Bank.. MB pergi menu ‘transfer‘, ‘instant transfer‘ dan cuba cari UOB Bank, MB mengalami masalah untuk mencari list UOB Bank dalam senarai Bank.. UOB Bank tiada??Pelik.. Dulu tak pernah macam ini… Yang ada hanya Bank dalam Malaysia..Puas godek-godek, akhirnya MB cuba pula ‘normal transfer‘.. Barulah muncul senarai Bank yang lain…Fuh~~  Rasanya dulu kalau instant atau normal mesti ada semua senarai Bank…
Itu salah satu kejanggalan yang MB hadapi dalam urusan ‘transfer‘ duit ke bank lain…hehe..
Pelbagai menu di CIMB Clicks
Tetapi interface yang baru ini lebih cantik dan kemas… Malah lebih segala kategori urusan lebih terperinci ..Tetapi agak pening juga nak mencari menu-menu yang berkaitan dengan urusan yang kita hendak lakukan..
Nota Lastik : Nasib baik dah pandai sikit guna interface baru ini..hehehe

6,285 total views, 4 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam