Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum wbt

Merangkak, berpusing atau cuba untuk memanjat sofa adalah naluri semulajadi seorang bayi untuk meneroka. Apabila si kecil semakin aktif dan mula berjalan, mereka perlukan lampin seluar yang selesa, tahan lama serta menjamin keselesaan dan kekeringan untuk jangka waktu yang lama.

Huggies® amat memahaminya, justeru itu Huggies® Dry Pants menampilkan lampin seluar yang diperbaharui yang mencipta standard baharu dalam keselesaan dan perlindungan terunggul! Ciri-cirinya termasuk:

  • Lapisan Cepat Kering baharu (lapisan biru) yang menyerap cecair dari permukaan kulit bayi
  • Lapisan luar bersirkulasi 100% yang membolehkan pengaliran udara 10 kali lebih cepat supaya kulit bayi sentiasa kering
  • Bahagian pinggang yang berelastik memberi bayi keselesaan terunggul ketika bayi sedang bergerak
  • Satu-satunya jenama lampin di Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu mencegah ruam lampin

Menukar lampin bayi menjadi semakin mencabar apabila bayi mula merangkak dan terlalu aktif serta tidak mahu duduk diam. Huggies® Dry Pants yang diperbaharui memudahkan ibu-ibu menukar lampin bayi mereka sewaktu bayi sedang merangkak atau berdiri, supaya si kecil boleh terus bermain dan meneroka.

More than 2,100 moms and babies participated in this history-making event.
Cabaran Mega Huggies

Dengan ciri-ciri baharu ini, Huggies®  sebenarnya telah mencipta standard baharu lampin seluar di Malaysia,” kata Soo Woon Yee, Pengarah Pemasaran, Kimberly-Clark Malaysia. “Produk yang diperbaharui ini akan mendapat sokongan yang meluas semasa pelancarannya di mana kami akan menyiarkan iklan televisyen dengan sokongan pelbagai saluran komunikasi seperti radio, digital, ‘roadshow’ dan peraduan pengguna seluruh negara. Kami yakin produk yang diperbaharui ini akan memenuhi citarasa ibu-ibu Malaysia yang inginkan hanya yang terbaik untuk anak-anak mereka.”

Pakar kanak-kanak, Dr Yong Junina turut menambah, “Memberi kebebasan kepada bayi untuk bergerak dan meneroka di sekitar mereka adalah penting dalam pembesaran mereka dan lampin seluar yang selesa serta boleh dipakai lebih lama amat berguna untuk memaksimumkan pergerakan.”

AMBER CHIA
Amber Chia dengan anaknya Ashton

Untuk mencipta standard baharu lampin seluar di Malaysia, Huggies® Dry Pants telah cuba mencipta rekod menukar lampin seluar terbanyak Malaysia Book of Records. Lebih daripada 2,100 ibu dan anak telah menyertai percubaan bersejarah ini termasuklah para selebriti seperti Amber Chia (dengan anaknya Ashton), Belinda Chee (dengan anaknya Danielle), Daphne Iking (dengan anaknya Iman), Faezah Elai (dengan anaknya Dealova) and Kartini Ariffin (dengan anaknya Kaseh). Semua peserta telah menerima pek Huggies® Dry Pants baharu dalam beg goodie bernilai RM150 dan sijil penghargaan istimewa, serta foto bayi mereka akan dipamerkan pada Wall of Fame Huggies® Dry Pants yang akan disiarkan kepada orang ramai!

Mr Huggies with guest celebrities and their children
Selebriti yang turut menyertai Huggies

Para peserta juga berpeluang membantu mereka yang kurang bernasib baik: Bagi setiap lampin yang telah ditukar semasa cubaan untuk mencipta rekod ini, Huggies® akan menyumbangkan satu pek lampin kepada bayi yang kurang bernasib baik dengan kerjasama organisasi tanpa keuntungan, OrphanCARE yang berpegang kepada prinsip bahawa ‘setiap kanak-kanak memerlukan keluarga‘.

Ibu-ibu dapat mencuba Huggies® Dry Pants baharu dengan meminta sampel percuma di laman Facebook Huggies® Malaysia kerana Huggies® Dry Pants menemui ibu-ibu di mana sahaja melalui program percubaan seluruh negara bermula 1 Ogos hingga 15 Oktober 2013. Pengguna juga boleh mengambil bahagian dalam Peraduan Pengguna Kebangsaan Huggies® Dry Pants dan berpeluang memenangi Hadiah Utama bernilai RM1 juta serta banyak lagi hadiah lain!

Huggies® Dry Pants yang diperbaharui boleh didapati pada harga RM37.90 (Super Jumbo Pack). Ketahui lebih lagi mengenai Huggies® Dry Pants di www.huggies.com.my dan ‘LIKE’ laman Facebook Huggies® Malaysia untuk menerima berita terkini, peringatan dan juga tip dan nasihat berguna tentang penjagaan bayi!

4,383 total views, 4 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam