Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Penjagaan kulit bayi sememangnya memerlukan ketelitian kerana kulit si kecil ini sangat sensitif terhadap persekitaran yang tercemar.. Bagi mengelakkan sebarang iritasi kepada kulit si manja anda yang lembut itu, pastikan anda mengutamakan kebersihan misalnya pakaian si manja.. Pastikan juga bahan pencuci dan pelembut pakaian yang digunakan bebas bahan kimia sebaliknya  ‘mesra’ untuk kulit bayi.. Ini penting bagi memastikan kulit si manja sentiasa sihat, bersih dan lembut serta gebu..
Bagaimana untuk mengenal pasti kulit si manja ada sedang menghadapi masalah? Sebagai ibu bapa, kita harus peka tentang jenis kulit dan masalah kulit yang dihadapi si manja.. Kita juga harus arif apakah langkah yang perlu diambil bagi melindungi kulit bayi daripada sebarang kerengsaan..
PILIH PRODUK PELEMBUT FABRIK YANG MESRA BAYI
Memilih produk yang selamat untuk kulit anak anda juga memainkan peranan yang penting bagi membantu melindungi kulit bayi yang halus dan sensitif.. Oleh itu, anda harus berhati-hati memilih bahan pencuci atau pelembut fabrik. Ini penting bagi mengelakkan kegatalan pada kulit bayi.. Ini membolehkan kulit si manja sentiasa terpelihara..
Comfort Ultra Pure oleh Unilever menawarkan pengalaman yang pastinya berbeza buat anda dan si manja..  Formula pelembut fabrik ini dirumus khas untuk si kecil anda dan diuji secara dermatologi serta diiktiraf oleh British Skin Foundation.. Jadi, gunakan pelembut ini setiap kali ketika membilas pakaian si manja kesayangan anda.. Kulit bayi bukan sahaja kekal sihat, malah cucian pakaian si manja juga lembut dan harum.. Pasti ia mengeratkan lagi hubungan anda berdua!
TIP MENCUCI PAKAIAN BAYI:
  • Bagi membersihkan pakaian bayi sudah semestinya memerlukan perhatian yang lebih daripada anda. Sebaik-baiknya gunalah cucian tangan kerana cara ini dapat memelihara baju agar tidak cepat ‘mengembang’.
  • Pastikan anda menggunakan bahan pencuci yang dirumus khusus untuk bayi bagi mengelakkan sebarang alahan pada kulit si manja anda. Jika timbul sebarang alahan pada kulit bayi anda, berhenti menggunakan bahan pencuci tersebut.
  • Asingkan pakaian bayi dan pakaian ahli keluarga yang lain.
  • Pastikan anda mencuci terlebih dahulu pakaian yang baru dibeli sebelum dipakaikan kepada si manja anda. Ini penting bagi memastikan pakaian tersebut benar-benar bersih.
  • Elakkan menggunakan bahan pemutih pada pakaian bayi anda. Kandungan bahan tersebut mungkin boleh mengundang iritasi pada kulit si manja anda.
  • Jika terdapat kotoran degil pada pakaian si manja, rendam terlebih dulu menggunakan air biasa selama 15 hingga 30 minit. Kemudian bilaslah dengan air bersih. Setelah itu, rendamlah dengan menggunakan air dan bahan pencuci khusus untuk bayi. Kemudian, bilas dengan air yang mengalir.
  • Pilih bahan pelembut yang selamat untuk kulit bayi anda dan Comfort Ultra Pure adalah pilihan yang tepat.
  • Setelah itu, gunakan suhu paling rendah pada mesin pengering untuk mengeringkan pakaian bayi. Kemudian, jemur hingga kering.
  • Akhir sekali seterika (jika perlu) pakaian bayi dan simpan di tempat yang baik, kering dan bersih.

3,342 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam