Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Isu yang sangat berat dan harus dipandang serius oleh ibu bapa di luar sana. Mungkin isu seperti dipandang remeh tetapi jika ia dibiarkan berlanjutan tanpa pengawalan kemungkinan besar ia akan menjadi satu fenomena luar biasa.

Baru baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang kanak kanak 5 tahun dikatakan merogol sepupunya tetapi kes ini masih lagi dalam siasatan.

kes rogol kanak kanak
Kenapakah perkara seperti ini berlaku – jenayah rogol kanak kanak

Bukan itu sahaja, sebelum ini pun kita banyak mendengar kes jenayah rogol kanak kanak. Antaranya ialah kes kanak kanak 11 tahun merogol kanak kanak perempuan berumur 6 tahun di rumah pengasuh. Seterusnya kes pada bulan april tahun lepas dimana seorang kanak kanak wanita perempuan 4 tahun dirogol sepupu lelaki berumur 11 tahun.

Banyak lagi kes kes seumpama ini telah berlaku di dalam lapisan masyarakat. Tetapi adakah ianya benar benar jenayah rogol ataupun sesuatu yang lain. Adakah kanak kanak ini mempunyai nafsu seks dan adakah mereka terangsang atau didorong sesuatu untuk melakukannya? Adakah juga ianya satu keadaan dimana kanak kanak ini mempunyai perasaan ingin tahu tentang tubuh badan manusia kerana dalam lingkungan umur sebegini mereka lebih terdorong untuk ‘explore’ sesuatu yang baru.

Jika benar ianya memang jenayah rogol, apakah punca utama yang mendorong mereka melakukan perbuatan sebegini?

  • Adakah mereka terdedah dengan pornografi
  • Adakah disebabkan pengaruh kanak kanak lain
  • Adakah kanak kanak ini kurang diawasi oleh ibu bapa
  • Adakah kerana gajet gajet yang canggih

Yang manakah anda rasa penyebab utama berlakunya kes seperti ini. Dan apa pula tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk mencegah dari berlakunya perkara ini terhadap anak anak kita.

Perkara seperti ini seharusnya diambil serius oleh masyarakat kita kerana ia melibatkan generasi keluarga kita pada masa hadapan. Pihak berkaitan juga harus memainkan peranan dalam mengatasi jenayah ini, dikhuatiri ianya akan berleluasa.

6,213 total views, 3 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam