Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Sebelum ini kalau kita nak perbaharui cukai jalan atau insurans mestilah kena ada salinan geran kereta setahu MB. Kalau tiada kenalah minta pada pihak bank untuk membuat salinan kemudian di pulangkan semula.

Pendekkan cerita, minggu lepas MB nak tukar cermin depan kereta yang dah retak hampir setahun. Tak berganti-ganti lagi cermin tu hehehe. Mujur MB ada amik windscreen punya insurans. MB dah pergi ke bengkel yang boleh tukarkan cermin depan kereta itu. Pihak bengkel minta salinan geran kereta dan salinan lesen memandu untuk urusan claim insurans.

Gambar Hiasan

Bila balik rumah, semak-semak rupanya MB tiada salinan kereta, sebelum ini agen insuran MB yang uruskan bila nak buat cukai jalan dan insurans. Bila call agen insurans MB, dia beritahu yang dia pun tiada salinan geran MB, dia cadangkan MB ambil salinan di Bank yang mengurusakan pinjaman kereta tersebut.

Bila semak dimana cawangan bank itu, MB terus ke RHB  bank tersebut yang terletak di PJ Old Town berhampiran menara MBPJ selepas waktu kerja. Maklumlah hari Jumaat MB waktu berkerja di pejabat ialah separuh hari. Sampai di bank, MB terus beritahu nak ambil salinan geran kereta, lalu pegawai yang melayan MB menyuruh isi borang dan log book (buku pelepasan surat pendaftaran). Lalu pegawai tersebut memberi geran yang asli dan bukannya salinan. Dah isi-isi borang MB terus bawa balik ke rumah geran yang asli untuk membuat salinan.

Bila sampai rumah selepas solat Jumaat, MB pergi semula ke bank tersebut untuk pulangkan geran yang asli sebab MB dah buat salinan. MB capai motor Lagenda 125CC berkuasa turbo untuk ke bank. Sebaik je sampai di bank, MB terus jumpa pegawai yang memberi geran tadi, untuk pulangkan semula. Pegawai tersebut pelik dan hairan dengan muka yang blur.

MB :  Kenapa Encik?
Pegawai :  Kenapa pulangkan semula?”
MB :  Bukan ke geran yang asli kena pulangkan semula, bila pinjaman kereta dah habis bayar baru boleh ambil?”
Pegawai : Oh, tak..itu dulu…sekarang dah lain..pemilik boleh ambil geran yang asli tanpa lunaskan pinjaman kereta.
MB : (baru ku tahu) Owh kalau macam tu terima kasih la Encik. (penat MB datang balik je)

Lepas ini tidak perlu susah-susah nak pergi bank minta salinan sebab MB dah ada geran kereta yang asli.

Gambar Hiasan

Untuk bank lain MB tak tahu la pula, samada dibenarkan ke tidak ambil geran asli. Setahu MB sebelum ini tidak boleh ambil geran asli, kita hanya boleh minta salinan geran sahaja itupun ada yang kena buat surat pelepasan minta salinan geran. Macam kes MB tak perlu pun buat surat apa-apa hanya tunjukkan Kad Pengenalan  dan kemudian isi borang pelepasan geran kereta lepas tu selesai boleh balik.

Jadi geran kereta dipegang oleh bank, Fakta atau Auta?? Renung-renungkan…

psss : bolehlah pergi selesaikan urusan tukar cermin kereta…

16,246 total views, 5 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam