Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Habbatus sauda juga dikenali sebagai biji jintan hitam. Mengikut kajian yang dijalankan pakar perubatan masaih ramai yang tak menyedari tentang betapa pentingnya habbatus sauda dalam proses penyembuhan. Sangat ramai orang tidak tahu tentang biji jintan hitam atau habbatus sauda ini banyak khasiatnya dan apa yang ia mampu lakukan. Segelintirnya masih tidak memiliki keyakinan terhadap kemampuan habbatus sauda dalam proses penyembuhan dan kesihatan.

Kalau kita sedar, banyak hadis Nabi Muhammad S.A.W yang menceritakan tentang kualiti penyembuhan habbatus sauda, ramai orang tak percaya tentang khasiatnya sebagai vitamin tambahan ataupun sebagai ubat.

Khasiat habbatus sauda
Biji Hitam atau Habbatus Sauda

Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Kekallah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati. “

Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya ia tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean. Kemudian ia ditanam secara meluas di utara Afrika terutama Mesir, selatan Eropah, Syria dan Asia Tengah seperti Iran dan India. Ketinggian khasiat tumbuhan itu diperakui oleh ramai cendekiawan silam, ratusan saintis dan pakar perubatan di seluruh dunia.

Ibnu Sina dalam bukunya The Canon of Medicine menyatakan habbatus sauda mampu merangsang tenaga serta membantu memulihkan kepenatan dan semangat. Prof. Dr. Latiffah A. Latiff dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia menjelaskan, tumbuhan Nigella sativa adalah salah satu anugerah Allah yang amat bernilai buat manusia.

Habbatus sauda memang menakjubkan kerana setiap butir bijirin ini terdiri daripada berjuta-juta sel yang menyerupai sel darah manusia. “

Pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan dalam tempoh dua minggu mampu melancarkan sistem penghadaman, melawaskan pembuangan najis terutamanya bagi mereka yang mengalami sembelit, meningkatkan tenaga dan kadar kecekapan seseorang.

Pembekal Habbatus Sauda

7 Ciri Utama Habbatus Sauda

  • Kaya dengan monosaccharide glucosa, xylosa dan sebagainya.
  • Polysaccharide.
  • Asid lemak tak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu, sumber utamanya ialah dari pemakanan.
  • Asid amino yang membentuk protein.
  • karotene iaitu sumber vitamin A.
  • Sumber kalsium, zat besi dan sebagainya.

 

Antara Khasiat Habbatus Sauda:

MEMBERI TENAGA – keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk

MENINGKATKAN IMUNISASI – mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit

ANTI INFLAMASI – mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kulit eczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)

SALURAN PERNAFASAN – melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi),

ANTI HISTAMIN – mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma

ANTI BAKTERIA – mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil

ANTI ARTHRITIS – lihat Anti Inflamasi

PENYAKIT WANITA – membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan

SALURAN PERKUMUHAN – merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan

ANTI PARASIT – membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)

MENINGKATKAN DAYA INGATAN – mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan

MERAWAT TENAGA BATIN – impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)

MENGECUTKAN KETUMBUHAN (ANTI –TUMOR) – sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain.

MENGAWAL KOLESTROL DAN KADAR GULA

Kami Menjual Produk Makanan Timur Tengah

Seperti suplemen lain, habbatus sauda harus diamalkan secara berterusan dalam kehidupan seharian untuk anda mendapatkan kesan yang optimum. Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:

Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali As-Sam”. Aku bertanya.

Apakah As-Sam itu?

Baginda menjawab, “As-Sam itu ialah mati

 

Jika anda ingin membeli Habbatus Sauda ini, MB ada menjualnya dan merupakan pembekal. Jika berminat untuk dapatkannya boleh hubungi / whatsup MB di 012 -271 6721 / 017 541 6216 .Maklumat lanjut :

Website : http://attijarah.wordpress.com/

Facebook : http://facebook.com/tijarahfood

Email : at_tijarah@yahoo.com

4,743 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam