Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum wbt
Sedekah.. Apa yang anda faham tentang erti sedekah..? Sedekah merupakan amalan yang amat dianjurkan di dalam Islam.  Islam menganjurkannya bukan sahaja untuk mengimbangkan jurang golongan miskin dan kaya di dalam masyarakat semata-mata, malah lebih dari itu ia mendidik keyakinan dan pegangan aqidah umatnya akan  kekuasaan Allah swt.
Sejauh manakah amalan bersedekah dalam hidup kita ini..Dan yang paling penting ialah adakah ianya betul-betul datang dari keikhlasan hati kita.. Tepuk dada maka tanyalah diri anda sendiri..
Pengalaman Depan Mata
Banyak hikmahnya jika kita banyak bersedekah.. Baru-baru ini MB ada melalui satu pengalaman mengenai sedekah. Beberapa hari yang lalu MB ada terbaca mengenai Projek T Shirt Denaihati yang dibuat oleh Denaihati Network di blog Denaihati.com.. Melalui apa yang MB faham ianya bukan setakat membeli T Shirt tetapi hasil jualan projek ini akan disumbangkan untuk pembinaan Sekolah Pusat Islam Kemboja.
Gambar Hiasan
Jumlah bayaran T Shirt tersebut ialah RM150. Pada mulanya MB merasakan harganya mahal dan tak mampu untuk MB sertai. Maklumlah gaji MB tidaklah besar mana dan ada keperluan lain lagi untuk dibeli. Waktu itu MB hanya ada RM 200 dalam simpanan untuk perbelanjaan. Tetapi  tergerak hati ini untuk sertai projek tersebut, ialah bukan senang nak dapat peluang macam ni. Lagi-lagi bila ada peluang untuk kita promosikan blog kita.. dan paling pentingnya ialah jualan projek ini akan disumbangkan untuk pembinaan Sekolah Pusat Islam Kemboja.
Lepas je membaca MB terus bank in kan duit RM150 ke akaun Denaihati. Dan… MB hanya ada RM50 sahaja dalam akaun simpanan.. Pening juga bila memikirkan hanya tinggal RM50 je.. Macam mana nak survive dan ada beberapa bil lagi tak selesai… Tetapi, In Syaa Allah ada rezeki yang berlipat ganda untuk kita jika kita ikhlas bersedekah..Memang benar kenyataan itu, selang beberapa hari kemudian MB dapat panggilan dari sahabat meminta no akaun MB untuk dia masukkan duit berjumlah RM100 untuk projek yang MB pernah terlibat lama dahulu. Alhamdulillah, syukur kerana Allah S.W.T kurniakan rezeki dan nikmat kepada MB. Tidak perlu untuk kita jadi kaya baru nak sedekah malah jika ada 10sen pun kita boleh bersedekah. Bsar ganjaran dan pahalanya ditambah dengan keikhlasan.
Jadi kesimpulan yang dapat dibuat ialah :
  • Memberi mesti ikhlas kerana Allah, iaitu membina keyakinan terhadap keberkatan rezeki.
  • Sedekah bermatlamat bukan semata untuk kestabilan sosial, tetapi juga dalam melatih hati dan menetapkan aqidah dengan lebih kuat.
  • Sedekah tidak terhad kepada harta material semata, sedekah adalah amalan yang boleh diamalkan semua orang walau tidak berharta.
  • Jangan sesekali merosakkan sedekah dengan mengungkitnya, cukup berharap balasan Allah semata.
Gambar Hiasan
 Jom baca beberapa firman dari Allah S.W.T :
  • Allah Ta’ala berfirman: “Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.” (Al-Baqarah ayat 267)
  • Nabi saw. bersabda, “Tidaklah berkurang harta yang disedekahkan.” (HR Muslim)
  • Nabi saw. bersabda, “Tiada datang waktu pagi melainkan ada dua malaikat yang turun kepada manusia, lalu satunya berdoa, “Ya Allah, Berilah ganti bagi yang bersedekah.” (HR. Bukhari)
  • Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah, sama ada laki-laki mau pun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan ganjaran kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Al Hadid: 18)
  • Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya sedekah itu akan memadamkan kemarahan Allah dan menghindarkan dari su’ul khotimah (kesudahan buruk ketika mati).” (HR at-Tirmidzi)
  • Nabi saw. bersabda, “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi, disahihkan Al Albani dalam Sahih At Tirmidzi, 614)
  • Nabi saw. bersabda, “Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” (HR. Thabrani, disahihkan Al Albani dalam Sahih At Targhib, 873)

 

9,421 total views, 4 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Aku pernah jugak ada pengalaman lebih kurang macam ni.. Aku sedekah RM10, tak lama lepas tu dapat rezeki RM100. Bukan nak menunjuk nilai yg disedekah, tapi untuk kita tengok macam mana Allah gandakan rezeki kita dari amalan sedekah yg kita buat..

    Ada jugak yg sedekah RM10 kemudian rezeki datang dekat RM1000.. Terpulang pada Allah berapa banyak rezeki yg Dia nak bagi kepada hamba2Nya.. Hebatnya ganjaran yg Allah berikan kepada orang yg ikhlas bersedekah..

    Amalan sedekah ni satu perkara yang ‘magic’..

  2. Alhamdulillah rezeki untuk MB

    Sebenarnya bila kita ikhlas bersedekah bukan mengurangkan rezeki kita tetapi akan menambahkan rezeki kita dari cabang lain yg kadang tu kita sendiri tak jangka.
    Perancangan Allah siapa tahu kan..

  3. Sekadar pengkongsian:

    Sedekah golongan miskin dan golongan kaya

    Dari Abu Dzar r.a katanya:”Beberapa orang sahabat Nabi SAW pernah berkata kepada beliau,:”Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka.” Jawab Rasulullah SAW:”Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar makruf dan nahi mungkar (menagajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah.” Mereka bertanya:”Kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami?” Jawab Rasulullah SAW “ Jika kamu melakukannya dengan yang haram, tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal, kamu mendapat pahala.” (al-Bukhari)

    Bersedekah ertinya luas tidak semesti dengan kemampuan wang ringgit dan kekayaan.

  4. Assalamu’alaikum MB, berkenaan dengan sedekah ini…saya pun akan sedekahkan hadiah contest dari MB tempo hari kepada projek yang diselenggarakan oleh Denaihati Network.
    Sudahkah MB menyampaikannya?

    Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam