Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Dulu hangat diperkatakan dengan isu Air Mineral Spritzer dimana kononnya air spritzer tidak boleh diminum kerana kilang memproses air tersebut berdekatan dengan Jerat Cina. Isu ini timbul lebih kurang beberapa tahun yang lalu di media sosial, dan boleh dikatakan ianya topik yang panas. Sebenarnya isu isu seperti halal atau haram sesuatu produk ini sentiasa menjadi topik perbualan di media sosial tetapi yang pastinya haruslah sesuatu tuduhan itu biarlah berasas dan mempunyai bukti dan fakta yang kukuh.

Minggu lepas MB berkesempatan untuk melawat Kilang Memproses Air Mineral Spritzer yang terletak di Air Kuning, Taiping, Perak. Bersama-sama dengan rakan blogger lain yang turut meluangkan masa untuk ke kilang tersebut.

Isu Air Mineral Spritzer – Fakta atau Auta

Isu hangat tersebut masih lagi menjadi topik perbualan walaupun sudah lama berlaku. Dakwaan mengatakan air mineral Spritzer tidak selamat diminum kerana airnya dari laluan Jerat China, malah ada yang mengatakan air mineral tersebut ialah air mayat  dan pelbagai lagi spekulasi yang tersebar. Cuba kita kaji gambar di bawah :

kilang spritzer
Sumber gambar dari ambikangin.blogspot.com

1) Kawasan tadahan air tersebut merupakan kawasan empangan Lembaga Air Perak

2) Kilang Spritzer dimana disini berlaku proses air mineral berlaku

3) Jerat Cina memang berhampiran tidak dinafikan

Itu fakta yang boleh kita dapat dari gambar di atas, tetapi walaupun Jerat Cina berhampiran dengan Kilang Spritzer adakah bermakna air spritzer tersebut adalah dari air Jerat Cina ataupun air dari laluan Jerat Cina tersebut ?? Inilah yang akan dirungkaikan samada benar atau tidak isu hangat itu.

1) Anda perlu tahu dahulu dari mana sumber air mineral Spritzer diambil , untuk makluman sumber air mineral Spritzer datangnya dari atas bukit yang kawasannya dimiliki sendiri oleh pihak Spritzer dan mereka mempunyai rumah pam sendiri juga mengambil sumber air mineral tersebut. Perjalanan lebih kurang dalam 15minit untuk sampai ke puncak rumah pam dengan menaiki pacuan 4 roda.

2) Bagaimana pula dengan Lembaga Air Perak pula ? Kenapa tiada isu pula walhal empangan tersebut menyalurkan sumber air kepada penduduk Taiping dan kawasan empangan tersebut berhampiran juga.

3) Disahkan HALAL oleh JAKIM dan lulus piawaian SIRIM, HACCP dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia

Bagaimana pula dengan pokok buah buahan yang tumbuh di tanah perkuburan ? yang tumbuh di kawasan berhampiran tandas rumah ? Adakah anda akan makan buah buahan tersebut atau sememangnya anda memang sudah makan tanpa memikirkan sumber air yang diserap oleh pokok tersebut… Fikirkan…..

sumber air mineral Spritzer
Rumah Pam Air Mineral Spritzer di atas bukit yang tinggi. Sumber gambar dari ariffshah.com

Kilang Memproses Air Spritzer

Kami juga dibenarkan untuk meninjau kilang memproses air mineral tersebut dan masuk kedalam untuk melihat sendiri bagaimana proses membuat produk minumam Spritzer ini. Ternyata prosesnya sangat teliti dan bersih kerana dikawal rapi dan ada prosedur perlu dipatuhi jika memasuki kawasan memproses air tersebut.

Fakta tambahan:

  • Lokasi kilang Spritzer terletak didalam tanah yang berkeluasan 330 ekar yang bersamaan dengan 330 buah padang bola sepak.
  • Bersebelahan dengan loji air Lembaga Air Perak yang seluas 200 ekar
  • Kawasan kilang dan sumber air dikelilingi hutan tropika
  • Kedalaman punca air adalah lebih daripada 400 kaki dari bawah tanah
  • Kandungan Asid Ortosilisik (OSA) yang tinggi dalam air Spritzer dapat menyerap aluminium berlebihan didalam badan dan mencegah penyakitAlzheimer
  • Pemprosesan sepenuhnya oleh mesin tanpa dikendalikan oleh manusia
  • Disahkan HALAL oleh JAKIM dan lulus piawaian SIRIM, HACCP dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Telah menerima Readers’ Digest Trusted Brand Platinum Award untuk 12 tahun yang berturut-turut
  • Frost & Sullivan Asia Pacific Bottles Water Company of The Year (Botol yang tidak membahayakan pengguna)
  • Best Brands Signature Award oleh The Brandlaureate

Jom layan gambar semasa lawaatan kami kesana:-

IMG_20140301_134200
Mineral Spritzer boleh menghalang penyakit Alzheimer
IMG_20140301_134338
Produk minuman Spritzer ada yang anda pernah nampak dan tidak pernah
IMG_20140301_134903
Rakan blogger khusyuk mendengar penerangan dari wakil Spritzer
IMG_20140301_140359
Hilangkan dahaga dengan pelbagai jenis air minuman Spritzer
IMG_20140301_142841
Jom Minum Spritzer!
IMG_20140301_143051
Lega dapat air mineral Spritzer hilang dahaga
IMG_20140301_144859
Pandangan dari atas bukit dimana terletaknya Rumah Pam Air Mineral Spritzer
IMG_20140301_154252
Tengok berapa banyak botol yang dikumpul atas meja
IMG_20140301_162702
Kami dah kesini, untuk membongkar hal sebenar.

5,958 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam