Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Tagline Header

Belum sampai ke penghujung 2012, blog header Melastik Bintang berubah lagi… Tak banyak pun berubah.. Kalau anda dapat lihat sama seperti header yang lama..Tapi kali ni ada sedikit perubahan di bahagian tagline / moto di header tersebut.. Kalau lihat header sebelum ini, tagline di header ialah ‘Dunia Sekadar Pinjaman‘.. Sekarang ia berubah seperti gambar di bawah..
Perubahan disebabkan blog MB dalam proses penjenamaan blog  Melastik Bintang dan juga memberikan gambaran terus kepada pembaca mengenai diri MB serba sedikit dan dunia baru MB.. Tetapi tagline ‘Dunia Sekadar Pinjaman‘ masih kekal lagi untuk blog ini..
Susah Nak Cari Makan – Status Diri
Komen Abang Ensem di Muka Buku MB dan jawapan dari MB… 
Hahaha.. Memang betul juga apa yang dikatakan AE itu… Susah nak cari ‘makan‘ lepas ni.. MB hanya mampu tersenyum… Sebenarnya AE merujuk kepada perkataan ‘Husband‘ di dalam header tersebut.. Agaknya jatuh saham kot jika letak ‘Husband’ tu.. Hehehe… Terima kasih pada AE atas peringatan tersebut…

Survey – Fakta atau Auta

Tetapi kalau mengikut survey yang dijalankan, Dr. Valerie Golden penulis undangan di Psychology Today ) menyatakan bahawa 90% daripada wanita bujang berminat dengan  lelaki yang telah berkahwin.. .. Hehehe… Sekali lagi MB mampu tersenyum…
Jadi kepada lelaki-lelaki yang sudah berkahwin di luar sana, jangan malu untuk memberitahu kebenaran… hehe.. Tak perlu sorok status anda samada masih bujang atau sudah berkahwin.. Kalau nak berkawan, status tidak menjadi masalah atau penghalang dalam sesuatu persahabatan.. 
Malah lelaki-lelaki yang sudah berkahwin ni banyak pengalaman boleh dikongsikan bersama… Tak rugi berkawan dengan mereka… Tapi harus diingat, jangan sampai melebihi had batasnya… Pandai-pandai kawal 
diri tu..
Trivia Lastik : Kepada wanita bujang di luar sana jangan takut untuk berkawan dengan lelaki yang sudah berkahwin… Status bukan penghalang sebuah persahabatan…

2,197 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam