Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Suntikan Vaksin
Kali ini MB nak cerita mengenai suntikan vaksin untuk anak anda.. Pasti ramai tahu dan ada juga yang kurang tahu mengenai vaksin yang perlu diambil oleh anak-anak kita.. Sebelum itu biar MB terangkan apa itu VAKSIN atau IMUNISASI.. Maklumlah Mr Ray akan kena suntikan vaksin MRR minggu hadapan..

Vaksin adalah pemberian bahan antigenik (vaksin) untuk merangsang sistem kekebalan individu untuk mengembangkan kekebalan adaptif terhadap penyakit. Vaksin dapat mencegah atau memperbaiki kesan dari infeksi oleh patogen.

Ini yang dinamakan vaksin dan sekarang sudah tahu bukan kenapa perlu vaksin.. Untuk pengetahun anda, Kementerian Kesihatan mengesyorkan vaksin kanak-kanak untuk 11 penyakit berjangkit.. Banyak tu kan.. Tapi bukanlah diambil sekaligus.. Diambil pada waktu-waktu tertentu sahaja..
Semua bayi yang dilahirkan di Malaysia ditawarkan BCG ( melindungi daripada tuberkulosis)  semasa lahir dan juga vaksin hepatitis B.. Masa anda di sekolah rendah pun ada juga suntikan BCG ni kan.. Yang lain ditawarkan secara rutin kepada setiap orang bayi sebagai sebahagian daripada program vaksin prasekolah.. 
Bacalah dengan lebih lanjut tentang vaksin-vaksin ini dan penyakit-penyakit yang dilindungi.. 
  • Difteria

Difteria berkait dengan kerongkong.. Ianya disebarkan melalui titik-titik dari hidung atau mulut dan, jika komplikasi berlaku, boleh menyebabkan masalah pernafasan, kecederaan kepada jantung dan sistem saraf, dan kemungkinan maut.. 
Bayi-bayi ditawarkan vaksin ini pada usia :
8 minggu
12 minggu
20 minggu
Ia diberi melalui suntikan yang juga mengandungi vaksin-vaksin tetanus, batuk kokol, polio dan Hib. 
Ianya diberikan semula:
pada 18 bulan
sebelum memulakan sekolah
pada usia 12 tahun
  • Influenza Haemophilus jenis b (Hib)

Organisma Hib menyebabkan simptom-simptom yang menyerupai influenza seperti sakit tekak, infeksi dada dan infeksi telinga.. Tetapi komplikasi-komplikasi, seperti meningitis atau tekak tersumbat (epiglotitis) boleh diperolehi, dan vaksin tersebut diperkenalkan atas sebab ini..
Bayi-bayi ditawarkan vaksin ini pada usia:
8 minggu
12 minggu
20 minggu
Ianya diberikan melalui suntikan.. Suntikan-suntikan ini juga mengandungi vaksin-vaksin difteria, tetanus, polio dan batuk kokol.. Ianya diberikan semula pada usia 18 bulan..
  • Campak

Campak dahulunya adalah penyakit kanak-kanak yang paling femeskan.. Ia amat senang dijangkiti, mempunyai tempoh inkubasi selama 10 hari dan infeksi berlaku melalui titik-titik dari mulut atau hidung.. Ia mungkin bermula sebagai selesema yang teruk dengan katar yang banyak dan demam.. Ruam akan timbul selepas dua hari.. Komplikasi adalah perkara biasa dan melibatkan bronkitis, bronkiolitis, infeksi telinga dan krup.. Dalam kes-kes yang jarang berlaku, komplikasi serius mengakibatkan sistem saraf, seperti ensefalitis.. 
Kanak-kanak ditawarkan vaksin campak di sekitar usia 12 bulan.. Ia diberi melalui suntikan dikenali sebagai MMR, yang juga mengandungi vaksin-vaksin beguk dan rubela.. Suntikan penggalak prasekolah juga diberikan antara usia enam dan tujuh tahun.. 
  • Beguk

Beguk ialah satu penyakit virus, yang boleh menyebabkan bengkak besar di sekitar pipi dan leher.. Tempoh inkubasi ialah antara 14 hingga 21 hari.. Komplikasi termasuk meningitis, pekak, ensefalitis dan radang testes (buah pelir) bagi kanak-kanak lelaki, yang boleh menjejaskan kesuburan secara kekal.. Wahai kaum lelaki perlu tahu itu.. MB masa kecil pernah kena beguk ni.. Tapi ibu sapukan nila untuk hilangkannya..
Kanak-kanak ditawarkan vaksin beguk sekitar 12 bulan.. Ianya diberikan melalui suntikan yang bergelar MMR, yang juga mengandungi vaksin-vaksin campak dan rubela.. Suntikan penggalak prasekolah juga diberikan.. 
  • Polio

Virus polio menyerang tisu saraf dalam otak dan spina korda, dan kadangkala menyebabkan lumpuh.. Ianya sering ditemui di negara-negara membangun, tetapi jarang sekali di Malaysia.. Ianya dipindahkan melalui sentuhan dengan najis, mukus atau air liur orang yang menghidapnya.. Tempoh inkubasi berbeza iaitu antara tiga hingga 21 hari..
Vaksin polio dimasukkan juga dalam suntikan DTaP/IPV/Hib, yang juga mengandungi vaksin-vaksin difteria, tetanus, Hib dan batuk kokol.. 
Ianya diberi kepada bayi pada usia:
8 minggu
12 minggu
20 minggu
Ianya diberikan sekali lagi:
pada 18 bulan
dalam suntikan penggalak prasekolah
12 tahun
  • Rubela

Rubela adalah pada umumnya penyakit yang ringan dalam kanak-kanak menyebabkan demam, ruam dan bengkak kelenjar.. Ia mempunyai tempoh inkubasi antara 14 hingga 21 hari dan komplikasi bagi kanak-kanak itu jarang berlaku.. 
Walau bagaimanapun, jika seorang wanita dijangkiti rubela semasa hamil antara lapan hingga 10 minggu, kesan ke atas bayinya yang belum lahir itu boleh menjadi betul-betul serius, bayi boleh dilahirkan cacat pendengaran, cacat penglihatan, masalah jantung dan/atau kerosakan otak.. Kanak-kanak ditawarkan vaksin rubela di usia 12 bulan.. Ia diberi sebagai sebahagian vaksin MMR, yang juga mengandungi vaksin beguk dan campak.. Suntikan penggalak prasekolah juga diberikan. 
  • Tetanus

Simptom-simptom tetanus (kadangkala dikenali sebagai kancing dagu) adalah spasma- spasma kontraksi otot yang sangat sakit.. Penyakit ini boleh membawa maut.. 
Ianya mempunyai tempoh inkubasi antara empat hingga 21 hari.. Organisma yang menyebabkannya boleh didapati dalam tanah dari mana luka-luka yang kotor boleh mendapat infeksi.. Ia juga boleh dijangkiti melalui gigitan haiwan.. Pekerja ladang dan tukang kebun mudah dijangkiti.. Anak anda akan ditawarkan imunisasi ini sebanyak enam kali.. 
Ianya diberikan pada usia:
8 minggu
12 minggu
20 minggu
Ia juga diberikan dalam suntikan yang juga mengandungi vaksin-vaksin difteria, batuk kokol, polio dan Hib.. 
Ia kemudian diberikan sekali lagi:
pada usia 18 bulan
antara empat dan enam tahun
semasa usia 12 tahun
  • Batuk kokol (pertusis)

Penyakit yang senang menjangkit ini dipindahkan melalui titik-titik air dari hidung atau mulut.. Tempoh inkubasi ialah antara tujuh hingga 10 hari.. Ianya bermula dengan cara yang sama seperti selesema, tetapi apabila ianya maju, spasma batuk menjadi semakin teruk.. 
Bunyi “mencungap-cungap” batuk itu berlaku apabila pesakit menarik nafas antara episod batuk.. Simptom-simptom yang tidak menyenangkan ini boleh berlanjutan untuk beberapa minggu.. Kes-kes yang teruk boleh menjadi lebih rumit dengan adanya pneumonia, muntah-muntah dan turun berat badan, dan, lebih jarang lagi, cedera otak dan kematian.. Bayi muda paling berisiko. 
Bayi ditawarkan vaksin pada usia:
8 minggu
12 minggu
20 minggu
Ia diberi dengan suntikan, yang juga mengandungi imunisasi bagi difteria, tetanus, polio dan imunisasi Hib. 
Ia juga diberi di usia:
pada 18 bulan
dalam suntikan penggalak prasekolah
pada 12 tahun
  • Papilomavirus manusia (HPV)

Ini viaksin untuk wanita..Virus papilomavirus dikenali sebagai penyebab pertama kanser serviks.. Vaksin baginya melindungi daripada dua jenis HPV, iaitu virus yang menyebabkan 70 peratus daripada semua kanser serviks.. 
Vaksin ini ditawarkan kepada semua pelajar perempuan di Tingkatan Satu dan hanya diberikan kepada pelajar jika ibu-bapanya memberi izin.. Budak perempuan yang tidak di sekolah ditawarkan vaksin ini pada umur 13 tahun.. 
Itu penerangan mengenai suntikan vaksin yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia.. Jadi ibu bapa perlu peka dengan suntikan vaksin ini kerana kekadang boleh terlupa untul ambil dan ada juga keluarga yang tidal mengambil vaksin ini.. Bukan satu paksaan nak ambil atau tidak.. Terpulang pada ibu bapa sendiri.. Tetapi untuk kebaikkan ambillah.. Tidak rugi pun..

9,496 total views, 6 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam