Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Pusat Pelancongan Matic (MaTiC), agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, telah menganjurkan program ‘MaTiC Fest 2013‘ di MaTiC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 29 November sehingga 1 Disember 2013. MB juga turut sama hadir untuk memeriahkan  ‘MaTiC Fest 2013‘  tersebut.

MATIC FEST 2013
VISIT MALAYSIA YEAR 2014

 

MaTiC Fest bertujuan mempromosikan MaTiC sebagai ‘One Stop Centre‘ untuk kemudahan pelancong dalam dan luar negeri menerusi pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. MaTiC Fest merupakan acara tahunan dan penyertannya terbuka kepada orang ramai serta pelancong asing. Untuk tahun 2013, pengisian program lebih bersifat komprehensif iaitu melibatkan aktiviti suka lasak/rakyat, bakat, ilmiah dan juga kebudayaan.

MATIC FEST 2013
Paintball pun ada..

 

Kesemua akiviti yang dirangka adalah bersesuaian dengan setiap peringkat umur. Antara aktivitinya ialah :

  • Pertandingan Paintball
  • Pertandingan & Pameran Kucing
  • Pertandingan Treasure Hunt
  • Pertandingan Karaoke
  • Pertandingan Mewarna Batik
  • Pertandingan Cabaran Sukan Rakyat
  • Pertandingan Mewarna
  • Pertandingan Gusti Lengan
  • Pertandingan Tamiya
MATIC FEST 2013
Peserta Gusti Lengan di MaTiC Fest 2013

MaTiC Fest turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuklah Hotel Concorde, KFC, Ribena Malaysia, Secret Garden, Cocoa Boutique, Saloma Bistro dan Happy World Resources serta kerjasama erat dari Sekretariat Visit Malaysia Year 2014, Tourism Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Pada hari tersebut juga beberapa artis yang akan memeriahkan acara ini iaitu Hyper Act, Estranged, Lan Typewriter, Amanda Imani, M.Daud Kilau dan Ezlyn.

MATIC FEST 2013
Pertandingan Kucing

 

Majlis perasmian  dimulakan pada jam 5 petang dengan Senaman Tarian Cuti Cuti Malaysia, diikuti ketibaan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Sejurus selepas itu ketibaan  Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan diikuti ucapan beliau pada jam 5.30 petang. Pada jam 6 petang dimulakan dengan Gimik Pelancaran dan lawatan ke tapak gerai dan pameran. Diikuti persembahan pentas dan bersurai pada jam 7 petang.

MATIC FEST 2013
Para peminat kereta Tamiya pun ada
MATIC FEST 2013
Bagi yang hendak menempah gambar Karikatur pun ada..

2,887 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. first sekali, muja jelez sangat tengok ramai blogger join matic. kedua, good job mb. you are now my inspiration. haha.. third, good in your blogging career. 😀
    muja Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Contest SEO EridyMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam