Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Amat berbesar hati rasanya bila MB terlibat sama dengan Kempen Hari AIDS Sedunia bersama #somebodylikeme. Kempen yang boleh dikatakan agak besar dan amat penting untuk umum.

Kempen yang diadakan sempenan Hari AIDS Sedunia yang jatuh pada tarikh  1 Disember setiap tahun.

SOMEBODYLIKEME
#Somebodylikeme Campaign

Apa itu #Somebodylikeme

#Somebodylikeme dilancarkan sempena Hari AIDS Sedunia. Ia bertujuan untuk menyebarkan kesedaran kepada orang ramai dan orang di sekeliling kita untuk memahami HIV dan stigma pusingan itu.

Melalui kajian baru-baru ini  didapati kurangnya perbualan yang berkaitan pendidikan seks di kalangan belia dan orang tua mereka dan lebih lebih lagi antara rakan-rakan mereka .Kebanyakan orang dewasa muda menganggapnya pantang dalam budaya dan agama, atau merasa tidak selesa untuk membincangkan perkara sensiviti seperti itu.

Objektifnya adalah untuk melibatkan orang dewasa muda untuk berbicara secara terus terang dan secara terbuka mengenai topik seks terutama yang berkaitan dengan AIDS di media sosial

Kempen ini turut melibatkan personaliti dan individu kenamaan seperti Marina Mahathir, Niki Cheong, Reuben Kang dan beberapa nama-nama besar lagi.

SOMEBODYLIKEME
Social Influencer Yang Terlibat Dalam Kempen

Antara yang terlibat juga ialah Durex Malaysia bekerjasama dengan MAKNA dan AIESEC untuk memenuhi  bulan November dengan perbualan topik ini di media sosial , diikuti oleh sambutan sempena Hari AIDS Sedunia 2013.

Pengalaman terlibat dalam Kempen #Somebodylikeme

Sebenarnya MB rasa teruja dalam menjayakan kempen seperti ini kerana ianya pertama kali MB turut serta. Sebagai Social Media Influencer dan Blogger, MB ada tanggungjawab kepada masyarakat untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai Hari AIDS Sedunia.

somebodylikeme campaign
Teruja dapat terlibat dalam kempen seperti ini

Apa yang MB boleh sumbangkan dalam kempen ini ialah mencipta perbualan dan pertanyaan di dalam media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan lain lain lagi. Secara tidak langsung ada informasi yang berguna untuk diberikan kepada orang ramai yang sesetengahnya kurang pengetahuan mengenai Hari AIDS Sedunia. Malah ada yang tidak menghiraukan.

Beberapa persoalan telah MB naikturun di Facebook antaranya ialah :

  • Hari Aids Sedunia telah ditubuhkan 1987. Adakah anda tahu apakah warna rasmi bagi reben?
  • AIDS telah membunuh lebih 25 juta orang sejak 1981. Adakah anda fikir Hari Aids Sedunia adalah penting untuk  menyebarkan tentang kesedaran ini?
  • Bagaimana anda rasa apabila anda bercakap tentang seks?
  • Pada umur berapakah kanak-kanak perlu diperkenalkan kepada pendidikan seks di sekolah?
somebodylikeme campaign
Sebarkan kepada orang ramai tentang kesedaran ini

Itu  antara persoalan yang membawa kepada perbincangan dan kesedaran kepada orang ramai. Sebagai ‘Parenting Blogger’, sesetengah isu isu ini amat penting kepada MB sendiri dalam membentuk keluarga yang sihat dan selamat.

Pada 3 Disember 2013 telah berlangsungnya ‘Celebrating World AIDS Day‘ di Aloft Hotel Bangsar. MB turut hadir sama pada majlis ini bersama sama rakan Influencer yang lain untuk memberi sokongan.

SOMEBODYLIKEME
Penyerahan 50 Ribu..

Informasi Tambahan:

  • Adakah anda tahu bahawa 31% daripada jangkitan HIV yang baru di Malaysia pada tahun 2012 berumur di antara 13-29 tahun.
  • Adakah anda tahu bahawa 129 belia yang berumur di bawah 19 tahun telah dijangkiti HIV di Malaysia pada tahun 2012?
  • Adakah anda tahu bahawa di Malaysia, 21% daripada jangkitan baru HIV pada tahun 2012 adalah wanita.
  • Malaysia 2012:

Jumlah HIV dilaporkan 98279
Jumlah dilaporkan AIDS 19047
Jumlah dilaporkan Kematian HIV / AIDS 15,688

  • Malaysia 2012:

Anggaran  orang yang hidup dengan HIV 81209
Kes HIV baru pada tahun 2012 3,438

  • HIV / AIDS Worldwide:

2.5m jangkitan HIV baru setiap tahun. 40% di bawah umur 24
1 wanita muda dijangkiti HIV setiap minit

  • HIV / AIDS Worldwide:

34.0m orang yang hidup dengan HIV pada akhir tahun 2011
HIV / AIDS tidak mendiskriminasi

somebodylikeme campaign
Fakta yang perlu diketahui orang ramai
somebodylikeme campaign
Statistik di Malaysia

Bagaimana? Setelah membaca informasi tersebut? Diharapkan sedikit sebanyak ianya dapat memberi kesedaran kepada orang ramai betapa bahayanya HIV/AIDS ini.

Paling utama ialah keselamatan di dalam menjalinkan hubungan seks dan elakkan melakukan seks rambang kerana ianya mendatangkan keburukan dan mudarat kepada anda.

Teruskan dan mainkan peranan anda dalam mengurangkan bilangan jangkitan di atas.

Maklumat lanjut di  SOMEBODYLIKEME

3,277 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Hy MB!!!

    Tu lah kahwin cara halal baru lah selamat nak main hehehe…

    Jawapan dari soalan MB tu:

    1:Pink
    2.Penting untuk orang ramai ketahui beberapa fakta berkenaan, sebab kalau xd pendedahan tu yang jadi seks rambang.
    3.Saya dah besar, saya rasa saya OK untuk bercakap tentang seks. Bahkan masa form 3 chapter 4 Reproduction pun telah dibahaskan 🙂
    4.Kalau dah namanya kanak2, pemikiran yang sesuai ialah ketika darjah 3.
    Kikie Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..DISKAUN 20% DARI IPOH TOWNMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam