Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum  w.b.t

Walker… Bercakap pasal walker.Adakah anak-anak anda menggunakan walker? Bagaimana kekerapan penggunaan walker tersebut? Kerap, kadang-kadang, jarang sekali, atau tidak langsung menggunakannya?
Penggunaan walker sebenarnya untuk memudahkan pergerakan anak-anak anda. Tidak dinafikan setiap keluarga akan membeli walker untuk anak mereka. Ianya salah satu perkara asas untuk membantu anak-anak bergerak dan mempercepatkan perkembangan anak-anak anda untuk bergerak.
Tetapi sebagai ibu kita perlu sedar bahawa meniarap, menjulur serta merangkak adalah pergerakan atau latihan fizikal yang penting bagi pembangunan fizikal dan intelek anak-anak.
Dalam al-Quran surau al-Infithaar, Ayat 7-8 Allah berfirman: 

“Yang telah menciptakanmu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan anggota-anggotamu seimbang,menurut rupa yang di kehendaki-Nya.Dia menyusun tubuhmu”.

Oleh kerana Allah sempurnakan penciptaan manusia dengan sebaik-baik kejadian, lantas manusia berperanan menggunakan sebaik mungkin setiap kurniaan Allah. Penggunaan walker boleh memudaratkan anak.
Bila sudah ada walker, ibu bapa lebih bersikap membiarkan anak mereka sendirian. Sering kali anak ditinggalkan sendirian tanpa diawasi sementara ibu sibuk di dapur mengemas atau membasuh lalu terjadi kejadian yang tidak diingin seperti terjatuh dari walker atau anak-anak ditimpa buku atau pasu bunga yang sering diletak di atas meja kerana ditarik alasnya oleh anak. Kita sering terlupa bila waktu kita senang.
Kejadian seumpama ini boleh membahayakan anak terutama kepalanya boleh cedera.Kemungkinan ia tidak nampak dengan mata kasar tetapi kecederaan otak iaitu dari dalam. Apa yang lebih penting ialah sekiranya anak diletak di dalam walker, anak tidak berpeluang untuk menjulur dan merangkak.
Hakikat inilah yang perlu disedari oleh ibu-ibu. Tiarapkan anak sebaik sahaja selepas dilahirkan dan amalkan setiap hari. Insya-Allah anak akan cepat menjulur dan merangkak. Ini memberikan dia peluang untuk berkembang dari segi fizikal dan intelektual.
Manfaat Anak Meniarap 
Di samping itu, ibu-ibu perlu tahu kebaikan dan manfaat tujuan anak ditiarapkan,menjulur dan merangkak.
Antara kebaikannya adalah :
  • Mempercepatkan pembangunan sistem saraf otak dari tahap 1 ke tahap 3 dan tahap 3
  • Membolehkan kepalanya membesar dan berbentuk bulat (tidak leper)
  • Mempercepatkan pembangunan daya penglihatannya sehingga ia dapat menembungkan penglihatan ke dua-dua matanya
  • Menguatkan otak-otak leher,bahu dan belakang sambil mempercepatkan pernafasannya
  • Mempercepatkan dia membuka jari-jari tangan agar meningkatkan daya genggaman,mengacu serta daya sentuhan
  • Membolehkan anak menggunakan kedua-dua tangannya untuk mengangkat badannya dan terus mula mengimbang badannya
  • Membolehkan dia bergerak dengan tujuan meneroka
  • Mencegah segala masalah yang boleh berlaku jika anak ditelentangkan
  • Memperkuatkan asas bagi dia cepat berdiri dan menyusur
  • Meningkatkan asas bagi anak memperoleh pertuturan yang baik

Di sini MB menyarankan agar ibu-bapa yang mempunyai walker di rumah eloklah disimpan saja. Walker banyak mendatangkan kesan buruk pada perkembangan anak-anak. Jika terlalu cepat dimasukkan ke dalam walker otot-otot leher yang masih lembut akan rosak. Kalau nak pakai juga boleh tetapi kurangkanlah penggunaannya.
Di samping itu, anak tidak berpeluang meneroka sedangkan itulah masa untuk mereka meneroka. Anak-anak di dalam walker cepat marah, menangis bila tidak dipedulikan ibu-ibu. Ibu-ibu mulalah lepas tangan dengan pekerjaan sehingga berkemungkinan anak terjatuh dari walker.
Kenapa mesti pilih walker? Kenapa tidak menjulur dan merangkak sahaja? Dan penggunaan walker tidak lama jika anak sudah pandai berdiri atau berjalan mereka akan meronta-ronta untuk tidak mahu duduk di dalam walker. Itulah persoalan yg ibu bapa perlu memikirkan berdasarkan artikel ini.
Nota Lastik : Jangan lupa VOTE MB di MSMW 2013. Klik Link berikut 

8,708 total views, 3 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. assalamualaikum MB…boleh apa salahnya kalau turun jb bagitahu yer…:)

    p/s mekacih..boleh nak join tinggalkn komen n tarikh lahir MB kat situ nanti mama listkn link MB…:)

  2. Anak-anak saya kesemuanya guna walker tetapi untuk masa-masa tertentu contohnya apabila sudah boleh merangkak semua tempat merayap risau juga keselamatan anak-anak. Walker baby zaman sekarang telah ditambah ciri-ciri anti-rolling lebih baik dari Walker zaman saya ketika kecil dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam