Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Rasa seronok bila melihat instagram milik Denaihati dimana dipenuhi dengan gambar gambar beliau melakukan kembara Palestine bersama rakan beliau yang lain. Pelbagai gambar yang menggambarkan kisah negara Palestine dan sejarahnya yang dirampas oleh Israel.

Instagram Denaihati Kembara Palestine

Antara gambar gambar yang menarik ialah Gua Ashabul Kahfi, Masjidil Aqsa, JaffaGolden Doomoftherock, Makam Nabi Shuib S.A , dan macam macam lagi. Walaupun belum berpeluang untuk ke Palestine tetapi dengan melihat gambar pun kita dapat bayangkan kisah sejarah negara Palestine ini bagaimana.

Bagi MB banyak banyak gambar yang menarik perhatian MB ialah gambar di bawah ini :

Buraq Wall juga dikenali sebagai Western Wall
Gambar Buraq Wall dari Instagram Denaihati sewaktu beliau ke sana tempoh hari dalam Kembara Palestine

 

Tembok ini, yang sebelum ini disebut sebagai ‘Wailing Wall‘ dan kini lebih dikenali sebagai ‘Western Wall‘ adalah tempat yang paling suci bagi orang-orang Yahudi yang percaya ia menjadi struktur kuil Herodian yang hanya  masih hidup. Bagi orang Islam ia dikenali sebagai Tembok Buraq ( Buraq Wall ), dalam erti kata lain di mana Nabi Muhammad S.A.W mengikat Buraq, haiwan bersayap dimana Rasulullah S.A.W menunggang ia semasa peristiwa Isra’ Mi’raj.

Tembok Buraq merupakan salah satu bahagian dari dinding atau tembok sebelah barat Masjid Al-Aqsa yang terletak di antara Pintu Magharibah (di sebelah selatan) dan Madrasah Tankaziah (Mahkamah Syariah – di sebelah utara). Panjang Tembok al-Buraq ialah 50 meter, manakala ketinggiannya ialah kurang dari 20 meter.

Kisah Tembok Buraq di Palestine
Inilah Tembok Buraq dari hadapan

Yahudi mendakwa bahawa di bawah Tembok Al-Buraq terdapat sebuah batu besar yang mengembalikan sejarahnya kepada zaman Rom pada pertengahan awal kurun ke 19 M. Yahudi mendakwa, ia merupakan saki-baki binaan kuil mereka yang kedua dan merupakan dinding barat bagi kuil tersebut. Yahudi menjadikan tembok tersebut sebagai tempat menangis atau meratap di atas kehilangan kerajaan Yahudi. Daripada itulah Yahudi memanggil ‘Wailing Wall’.

Zionis telah mengambil alih sepenuhnya Tembok Buraq dan kawasan yang berhadapan dengannya. Mereka juga mengali sekitar dan bawah Masjid Al-Aqsa untuk membuat terowong-terowong. Usaha tersebut dikenali sebagai Al-Hasymunaim. Terowong tersebut bermula dari Medan Al-Buraq di sebelah selatan sehinggalah ke Pintu Al-Ghawanimah di sebelah utara. Darinya dipecahkan terowong-terowong lain seperti terowong yang memanjang ke arah selatan sehingga ke kawasan Salwan yang terletak di sebelah selatan Masjid Al-Aqsa.

Semua rancangan yang dibuat oleh Yahudi seperti menguasai Tembok Buraq, Medan Al-Buraq, mengali terowong-terowong, membuang bukit kecil di jalan ke Pintu Al-Magharibah dan selainnya merupakan rancangan untuk membahagikan Masjid Al-Aqsa kepada dua bahagian iaitu bahagian kaum Muslimin dan bahagian Yahudi untuk membina gereja mereka. Jejantas dibina oleh Yahudi yang terus bersambung ke Bab Al-Magharibah adalah bertujuan memudahkan mereka memasukkan tentera mereka ke dalam Masjid Al-Aqsa sekiranya keadaan memerlukan.

Semoga Allah S.W.T melindungi bumi Palestin dan umat islam disana. Kita sebagai umat islam , walaupun di Malaysia kita harus berjuang dan membatu saudara saudara kita untuk mempertahankan bumi Palestine.

Isra’ Mi’raj

Peristiwa Isra’ Mi’raj ini merupakan suatu peristiwa yang sangat penting bagi umat Islam karena dalam peristiwa ini didapat perintah untuk melakukan sholat yang diwajibkan bagi seluruh umat Islam.

Peristiwa Isra’ Mi’raj terjadi pada tanggal 27 Rajab tahun 621 M, 3 tahun sebelum hijrah. Nabi Muhammad SAW saat itu berusia 51 tahun. Peristiwa luar biasa ini terjadi mulai dari lepas tengah malam sampai menjelang waktu subuh waktu Mekah. Sedikit rencana mengenai Peristiwa Isra’ Mi’raj dari blog Denaihati DISINI.

Buraq

Buraq adalah kenderaan junjungan besar kita, Rasulullah saw ketika peristiwa Israq dan Mikraq. Ditemani Jibrail as, Rasulullah saw telah menunggang Buraq ke Baitul Maqdis dan seterusnya naik ke langit. Peristiwa ini memberi seribu pengertian kepada umat Islam kerana melalui peristiwa inilah turunnya syariat mewajibkan solat lima waktu sehari semalam.

Aku telah dibawa oleh seekor Buraq,seekor haiwan berkulit putih dan panjang,lebih besar daripada keldai tapi kecil sedikit daripada baghal.Setiap langkahnya bersamaan dengan sejauh mata memandang.(Riwayat Shahih Bukhari)

 

Sedikit Info Buraq Wall atau Wailing Wall

Buraq Wall ataupun Dinding Buraq
Gambar Buraq Wall dari sumber website luar.

Apabila orang-orang Rom memusnahkan Kuil Herodian selepas Perang Yahudi pada tahun 70 TM , hanya dinding barat tempat suci dalaman Kuil ini dibiarkan berdiri , tetapi sejak abad yang berikutnya, jemaah Yahudi di Jerusalem berkumpul untuk solat di Temple Mount jika boleh, atau atas Bukit Zaitun .

Tembok Barat menjadi satu ciri asas dalam tradisi Yahudi di sekitar 1520. Yahudi mulai berkumpul di hadapan dinding ini untuk berdoa, dan secara beransur-ansur tradisi yang telah dikaitkan dengan dinding barat tempat suci dalaman Kuil itu dipindahkan diri mereka ke dinding ini.

Di bawah terma Status Quo ke atas sesuatu  tempat suci, atas perintah tetap oleh Sultan Uthmaniyyah dalam 1757 dan dikanunkan dengan lebih terperinci oleh Suruhanjaya kerajaan British pada tahun 1922, Tembok Buraq ini secara teknikalnya adalah harta umat Islam, yang dimiliki secara waqaf. Walau bagaimanapun, orang-orang Yahudi mempunyai hak untuk berdiri di atas kaki lima di hadapannya dan berdoa.

Yang terakhir, Buraq Wall ini  menyerupai papan mesej yang besar dari orang-orang Yahudi kepada Allah S.W.T. Di dalam setiap sudut dan celah batu batu besar  purba tersebut dipenuhi dengan slip kertas yang mengandungi doa peribadi.

5,736 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam