Laluan terbaru penerbangan Air Asia Kalibo ke Kuala Lumpur

Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia terus meningkatkan jaringan di rantau ini dengan pengumuman laluan terbaru, penerbangan terus menghubungkan Kuala Lumpur ke Kalibo, Filipina yang akan mula beroperasi pada 18 April 2014.

Kalibo adalah pintu masuk ke pantai dan Pulau Boracay di Filipina dan penerbangan 4x seminggu ini akan beroperasi pada setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad; laluan ini juga merupakan laluan ketiga destinasi Filipina dengan penerbangan terus dari Kuala Lumpur, Miri dan Kota Kinabalu.

Laluan terbaru penerbangan Air Asia Kalibo ke Kuala Lumpur
Laluan terbaru penerbangan Air Asia Kalibo ke Kuala Lumpur

Sehubungan dengan pengumuman tersebut, AirAsia akan menawarkan tempat duduk percuma dengan cukai dan surcaj yang bermula dari serendah RM77 sehala yang boleh ditempah menerusi laman web www.airasia.com dari 12.00 tengah hari mulai esok, 19 Februari hingga 23 Februari 2014.

Selain dari tempat duduk percuma, program kesetiaan global AirAsia, BIG juga menawarkan keutamaan penebusan bagi ahli BIG bermula dari 0 BIG Points, bermula dari 0001 hingga 1200 (GMT+8) pada 19 Februari, terlebih dahulu dari orang awam. Tempoh perjalanan bagi tempat-tempat duduk percuma bermula dari tarikh bermulanya penerbangan sulung pada 18 April 2014 sehingga 31 Januari 2015.

Laluan terbaru penerbangan Air Asia Kalibo ke Kuala Lumpur
Sesi soal jawab antara media dan pihak Air Asia

Selain dari laman web, tempat duduk percuma ini boleh ditempah menerusi applikasi mudah alih AirAsia yang tersedia bagi iPhone, peranti Android, Blackberry Z10 dan kini platform telefon mudah alih Windows. Hanya cari AirAsia di app store platform mudah alih masing-masing untuk muat turun dan mula menempah!

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata,

“Kami komited dalam menghubungkan komuniti-komuniti dari rantau ini yang kaya dengan destinasi-destinasi pantai dan pulau bertaraf dunia, dan kami sangat berbangga dapat menambah Kalibo, pintu masuk ke Pulau Boracay di Filipina ini ke dalam jaringan terluas dan destinasi-destinasi menarik kami.”

“AirAsia mempunyai jaringan  terluas seluruh Asean, dan Filipina adalah pasaran yang sedang membangun untuk syarikat penerbangan tambang murah dan kami berbangga menjadi sebahagian daripada hal ini, terutama dengan kehadiran AirAsia Zest di Filipina menghubungkan komuniti secara domestik  dengan tambang murah kami,” tambah Aireen Omar.

Laluan terbaru penerbangan Air Asia Kalibo ke Kuala Lumpur
Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad

Kalibo adalah pusat daerah Aklan dan juga dikenali sebagai pintu masuk utama ke pantai putih di Pulau Boracay dan pulau-pulau disekeliling dan pantai-pantai yang merupakan destinasi yang sesuai bagi masyarakat bandar yang inginkan percutian yang dapat merehatkan minda atau menikmati aktiviti seperti snorkelling dan menyelam. Kalibo juga adalah pusat pembuatan fabrik buatan tangan Filipina yang dikenali sebagai kain Pina yang diperbuat daripada fiber pokok nenas dan acara tahunan Ati-Atihan festival yang disambut setiap minggu ke-3 bulan Januari.

Untuk perkembangan terkini mengenai AirAsia, serta promosi dan aktiviti, ikutilah di Twitter (twitter.com/AirAsia) atau Facebook (facebook.com/AirAsia).

3,641 total views, 4 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam