Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum wbt

Pagi ini tengah godek-godek muka buku, terbaca satu nota ni.. Agak menarik juga isi-isi yang ditulis dalam nota tersebut.. Mungkin ianya boleh dikongsikan dengan anda semua..

Sebagai penunggang motorsikal, bahaya sentiasa mengekori kita.. Apatah lagi kenderaan hanya 2 roda dan kecil jika dibandingkan dengan kenderaan 4 roda seperti kereta, lori, bas dan lain-lain lagi. MB juga merupakan seorang penunggang motorsikal dimana setiap hari berkerja MB akan menunggang motorsikal untuk ke Ampang.. Bayangkanlah dari Shah Alam ke Ampang.. Jauh bukan…Tapi dah biasa dengan keadaan tersebut…


Jom kita baca surat ni..

Penunggang Motosikal,
Seluruh Negeri,
Malaysia.
_____________________________________________________
Pemandu Kenderaan 4 tayar dan ke atas,
Seluruh Negeri,
Malaysia.

Tuan/Puan

Saya mewakili penunggang motorsikal seluruhnya ingin berpesan dan berkongsi kepada pemandu-pemandu kereta yang tidak pernah berpengalaman menjadi penunggang motorsikal atau yang tidak memahami perasaan menjadi penunggang motorsikal bahawa: 

1) Kami berhak menunggang motorsikal di dalam lorong utama. Bukan hanya menunggang di lorong kecemasan. Kerana kami juga BAYAR CUKAI jalan. Bukan cukai LORONG KECEMASAN. Tidak perlu bunyikan hon atau nyalakan lampu tinggi kepada kami.

2) Jika pemandu kereta ingin memotong kereta di hadapan, dan ada penunggang motor di laluan bertentangan, kami layak di hormati. Jangan memotong dengan tanggapan bahawa kami kecil dan boleh
mengelak.

3) Di kawasan sesak, tolong lihat belakang dan sisi terlebih dahulu sebelum menukar lorong, sebab yang parah bukan anda tapi kami.

4) Kepada pemandu kereta yang merokok, jangan sesuka hati mencampakkan puntung rokok ke luar tingkap. Perhatikan dahulu jika ada penunggang motorsikal atau pengguna jalanraya yang lain. Puntung rokok yang masih berbara itu berkemungkinan termasuk ke dalam pakaian penunggang motorsikal dan
membahayakan kami.

5) Jangan hina kami hanya kerana kami menunggang motorsikal. Allah dah turunkan rezeki masing-masing. Tak perlu berbangga dengan harta dunia.

Sekian.

Yang menunggang motorsikal..

4,983 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. yang berlagak naik kereta tu. jom. pukul 7 pagi dari Puchong Intan ke One Utama.

    motor vs kereta. sapa lagi cepat sampai…lalala. motor boleh cilok2.

  2. itulah ketidakadilannya..bila riders eksiden, free2 je kita dikatakan mat rempit..padahal kekadang tu adalah akibat kecuaian dan kesalahan pengguna kenderaan besar yang lain..

  3. Aku pun sebagai seorang penunggang motosikal (walaupun dah lama tak naik motor) amat2 menyokong entri ni.. Ramai pengguna jalan raya yg naik kereta, lori atau kenderaan2 lebih besar yg lain jarang berfikir tentang keselamatan penunggang motosikal.. Sepatutnya kenderaan lebih besar beri keutamaan kepada penunggang motosikal bila berada atas jalan raya.. kena bertolak ansur dengan penunggang motosikal.. sama seperti apa yg diajar semasa mula2 kita nak amik lesen dulu.. dan yg paling penting, beri keutamaan kepada pejalan kaki.. jangan asyik nak tekan hon je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam