Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Alhamdulillah syukur kerana aku telah dijemput ke sebuah majlis yang besar iaitu Majlis Tautan Muhibbah DPIM-Makassar dan Majlis Kesyukuran Kumpulan Al Ansar.

Majlis yag berlangsung pada hari ini tetapi atas sebab yang tidak dapat di elakkan aku tidak dapat hadir ke majlis tersebut. Ini kerana anak teruna aku Mr Ray mengalami demam  dan merengek dari petang tadi.

Majlis Tautan Muhibbah DPIM-Makassar
Tentatif Program

Majlis tersebut diadakan untuk pelancaran Kedai Online Al Ansar Health dan Yang Berbahagia Tan Sri Muhammad Ali Hashim (Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia ) selaku VIP turut dijemput,  turut hadir juga tetamu dari Makassar.

Kemunculan Muadz dan Damai  yang akan menghiburkan para tetamu yang hadir ke majlis tersebut.

Sedikit informasi mengenai Syarikat Al Ansar Health

Al Ansar Health diasaskan oleh Tuan Haji Khanafi Hussin. Syarikat ini merupakan salah satu syarikat dalam rangkaian Al Ansar Group yang telah mempunyai 3 lagi anak syarikat dalam cabang perniagaan yang lain, iaitu Al-Ansar Properties, Al-Ansar eQurban dan juga Al-Ansar Biocypress.

Idea untuk menubuhkan Al-Ansar Health ini tercetus pada April 2013 dan penubuhannya telah dilakukan pada 30 Ogos 2013 oleh 3 peneraju utama iaitu Haji Khanafi, Haji Sobri Saad dan Saudara Bakhtiar. Matlamat utama syarikat ini ditubuhkan adalah untuk memberi khidmat kesihatan kepada masyarakat sekeliling. Perkhidmatan ini ditujukan kepada masyarakat kini yang menghadapi pelbagai penyakit khususnya penyakit berkaitan dengan resdung, mata dan saraf.

Info: Pihak Al Ansar Health telah pun membuka cawangan pusat rawatannya di Seksyen 13 Tadisma Park.  Lanjut di DISINI

Terima kasih kepada pihak Al Ansar yang sudi menjemput MB …

Untuk maklumat lanjut mengenai Al Ansar Health boleh layari Al Ansar Health

2,135 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam