Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Jika diteliti tajuk artikel ini, pasti ramai tahu ianya berkaitan dengan apa.. Sudah tentu ia berkaitan dengan solat, tiang agama bagi umat islam..

Dalam solat berjamaah, sering seseorang memperhatikan orang yang solat di sampingnya dan sekelilingnya, bahkan kadang-kadang pada dirinya sendiri dilihat perbuatan mendahului imam dalam ruku’, sujud dan takbir-takbir intiqal pada umumnya, bahkan ketika mengucapkan salam.

Dari Abu Hurairah r.a, katanya:”Bersabda Muhammad s.a.w.:

” Tiadakah takut orang yang mendahului imam mengangkatkan kepala sebelum imam, bahwa Allah akan mengubah kepalanya menjadi keldai?”” Atau hendaklah dia sedar bahawa perbuatan mendahlui imam itu dikutuk oleh Allah SWT.”

 

solat jemaah
Jangan mendahului Imam

Itu perkara yang sering terjadi dalam rutin solat samada kita sedar atau tidak. Tetapi ada satu lagi perkara yang MB sering perhatikan dalam solat, bukan dalam rutin solat tetapi selepas solat. Sewaktu selesai memberi salam, kebiasaannya imam akan membaca doa.

Apa yang berlaku ialah selepas sahaja imam mengucapkan salam diikuti makmum…Bedezuupp!!! Pantas sebahagian makmum bingkas bangun menuju ke kasut/selipar mereka dan berlalu keluar tempat solat. Tanpa berdoa sekali dengan imam yang baru hendak memulakan bacaan doa, makmum sudah hilang..

Bukanlah nak kata MB ini baik sangat sampai nak pertikaikan benda itu,bukan maksud untuk mempertikaikan pun. MB cuma nak berkongsi dengan pembaca perkara  yang sering terjadi selepas solat jemaah / jumaat. Di tempat anda pun pasti anda akan lihat fenomena ini. Cuma apa salahnya kita duduk bersama, luangkan masa sedikit berdoa beramai-ramai bersama imam kan lebih elok.

Mungkin mereka itu ada urusan yang hendak diselesaikan secepat mungkin. Disebabkan itu juga mereka terus berlalu. Tidaklah pula MB mengatakan ianya berdosa, jangan salah faham ianya bukan hendak mempertikaikan dosa atau pahala seseorang. Semua itu urusan Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.

Dan Rasulullah S..A.W bersabda:

“Tenang dan waspada adalah (nikmat) dari Allah, dan tergesa-gesa adalah dari syaitan.” [Al-Baihaqi (as-Sunnan al-Kubra 10/104).

Sekadar perkongsian dan jika ada tersalah maklumat atau informasi harap dimaafkan. Artikel ini bukan untuk menyinggung pelbagai pihak ia ditulis kerana prihatin dengan apa yang berlaku.

” Dari Ilmu Lahirlah Kefahaman…”

6,080 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Bedezuupp bangun tanpa sebarang doa selepas solat tu memang dah selalu sangat tengok masa solat jemaah dan solat Jumaat.. Mesti diorang lebih utamakan hal dunia sedangkan kalau kita luangkan masa untuk berdoa sekejap tak rugi apa2 pun.. Kalau duduk berdoa sekejap mesti Allah akan permudahkan lagi segala hal bagi kita di dunia termasuk akhirat..

  2. kalau solat jumaat tu mungkin kita boleh fikir sebab diorang bangun awal untuk tak terlewat masuk kerja semula..tapi bila berjemaah solat fardhu yang lain tu pun tak sempat ikut berdoa dah nak cabut..itu dinamakan tiada adab dalam berjemaah dan kalau nak cepat sangat, solat je la sorang2. itu lebih baik dari mengannoyingkan jemaah lain.
    pipoq Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Gwiyomi tercomel di duniaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam