Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t
Kebelakangan ini heboh pasal kanak-kanak hilang di Putra Heights, Subang Jaya..Kanak-kanak tersebut bernama Zhen Zhong dilaporkan hilang di Putra Heights, Subang Jaya Rabu lalu.
Beberapa cara telah dilakukan untuk mengesan Zhen Zhong antaranya ialah mengedarkan gambar mangsa, sistem amaran awal kehilangan kanak-kanak dikenali sebagai talian NUR Alert sudah diaktifkan juga.
Pada Rabu lalu, anak kedua daripada tiga beradik itu dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights dekat sini apabila gagal ditemui selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di situ.
Bapa mangsa, Yau Kok Kang, 32, berharap mana-mana individu yang menyimpan serta menjaga Zhen Zhong supaya memulangkan semula kanak-kanak itu ke pangkuan keluarga atau mana-mana lokasi selamat dengan segera.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu diminta menghubungi polis di talian 03-56319800, 012-2197133 atau Kok Kang di 016-9691616.
Sama-sama kita membantu pihak polis dalam usaha mencari Zhen Zhong. Sebagai masyarakat janganlah kita tidak peduli dengan isu sebegini.. Kita sepatutnya prihatin dengan kes kehilangan ini.. Bayangkan jika anda dalam situasi ini.. Apa yang anda harapkan dari masyarakat? Renung-renungkanlah… 
Nota Lastik : Telah banyak isu kanak-kanak hilang, diculik dibunuh di Malaysia.. Cukup dengan Kes Nurin yang menyayat hati.. Sebagai ibu bapa awasilah anak anda, jangan disebabkan kecuaian anak anda mungkin menjadi mangsa seterusnya..

2,485 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. dapat rasakan apa yang parents dia rasa… takut kan bila dah banyak kes2 sebegini terjadi…sebab tu parents sentiasa nak kena awasi anak2 kalau pegi ke mana2 dengan betul…x ley alpa or leka sikit…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam