MEMBELI BELAH DI AEON BIG SHAH ALAM

Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Hari minggu kebiasaannya kami sekeluarga akan pergi ke pasar stadium Shah Alam untuk bersarapan di sana. Sarapan nasi lemak ayam di salah satu gerai yang ada di pasar tersebut.

Tetapi hari ini perancangan tidak ke pasar stadium, kami ke Aeon Big Shah Alam di Seksyen 23. Membeli barang dapur dan beberapa keperluan sedikit untuk rumah. Kenapa kami ke Aeon Big Shah Alam ? Sebab utama adalah terletak berhampiran dengan rumah kami dan paling utama ialah jalan tidak sesak untuk ke Aeon Big ini.

Selain itu juga sudah menjadi kebiasaan kami sekeluarga jika membeli barang barang dapur atau keperluan lain akan ke Aeon Big Shah Alam ini. Bukan tidak ada pilihan lain tetapi sudah menjadi adat dan resam orang kata hehehe…

Beli Belah di AEON BIG SHAH ALAM
Lokasi wajib Mr Ray jika ke AEON BIG Shah Alam

 

Beli Belah di AEON BIG SHAH ALAM_2
Lihat betapa sibuk dia memilih ikan untuk dimasak…

 

Beli Belah di AEON BIG SHAH ALAM_5
Setiap 28hb pada setiap bulan 5% diberikan kepada pelanggan AEON BIG Shah Alam

 

Beli Belah di AEON BIG SHAH ALAM_6
100 jenis produk akan diberikan diskaun kepada membercard AEON BIG Shah Alam

 

Beli Belah di AEON BIG SHAH ALAM_7
Betapa riangnya dia sampai nampak gigi..

Sekarang banyak promosi yang diadakan di AEON BIG Shah Alam antaranya ialah :

  • 14 Feb – 27 Feb AEON BIG CHOICES GREAT VALUES
  • 1 Feb – 28 Feb Special For Membercard Only
  • 14 Feb – 27 Feb AEON BIG baby Fair

membeli belah dengan AEON BIG Shah ALAM

Selain itu juga , jika anda mendaftar untuk mendapatkan Gift Card banyak kemudahan yang anda boleh dapat melaluinya. Antaranya :

  • Tiada yuran penyertaan diperlukan.
  • Kadar diskaun akan diberikan bagi mana-mana pemilk kad yang membeli di atas RM20K.
  • Menjimatkan masa di kaunter juruwang.
  • Pelanggan boleh memilih untuk menggunakan apa-apa amaun untuk membayar / membuat pembelian.
  • Bergaya dan mudah diletakkan di dalam dompet.
  • Hadiah yang sempurna untuk diberikan pada bila-bila masa. Untuk maklumat lanjut, hubungi 1300-88-2939

 

10,854 total views, 3 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam