Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Alat Permainan bagaimanakah yang  sesuai untuk anak anda..? Bagaimana anda memilih alat permainan untuk anak anda..? Memilih berdasarkan harga, material, ciri-ciri keselamatan, saiz atau kualiti..? Sebenarnya ada cara dan panduan untuk kita membeli permainan untuk anak-anak kita.. Bukannya kita boleh  beli sesuka hati kita..
Macam MB dan isteri membeli mengikut keperluan dan harga.. Kalau beli mahal-mahal pun tiada guna sebenarnya kerana Mr.Ray tidak hairan dengan permainan.. Bukanlah semua jenis permainan tetapi ada sebahagian yang dia tidak menunjukkan minat terhadap alat permainan yang kami beli… Mungkin juga alat permainan yang dibeli itu tidak sesuai dengan usia dia ataupun dia seorang yang memilih..hehehe..
Dan oleh kerana hari ini MB rasa gembira dan baik hati.. MB nak kongsikan panduan kepada ibu bapa, remaja di luar sana atau sesiapa sahaja yang ingin membeli permainan untuk anak anda ataupun anak saudara anda atau sesiapa sahaja… Sedikit sebanyak mungkin ini dapat membantu anda memilih jenis alat permainan yang sesuai…
Panduan Membeli Permainan Anak
  • Ciri-Ciri Multi-Deria 

Pilih alat permainan yang ingin dibeli ada menggunakan lampu, bunyi atau pergerakan. Faktor-faktor lain yang harus diambil kira ialah jenis Tekstur dan Bau..Sesuai untuk perkembangan otak anak anda dan deria..
  • Ruang Permainan Yang Digunakan

Adakah alat permainan tersebut mudah untuk disimpan? Adakah terdapat ruang yang cukup di rumah? Adakah alat permainan itu  boleh digunakan dalam pelbagai posisi?
  • Kebolehan Bermain 

Adakah ia disesuaikan dengan gaya anak anda, keupayaan individu  dan kadar pemikiran?
  • Populariti

Adakah ia satu mainan yang akan membantu anak anda? Adakah ia bersangkut-paut dengan aktiviti-aktiviti lain, seperti buku atau set seni yang sama kaedah?
  • Ekspresi diri

Adakah permainan tersebut membolehkan anak anda menonjolkan kreativitinya, keunikan dan tahu membuat pilihan? Adakah ia dapat memberikan pengalaman kepada anak anda?
  • Kebolehan Individu

Adakah permainan tersebut dapat mencerminkan kedua-dua peringkat umur dari segi perkembangan dan kronologi anak anda? Adakah ia mencerminkan kepentingan kanak-kanak dan usia kanak-kanak tersebut?
  • Keselamatan dan Ketahanan

Adakah permainan tersebut sesuai dari segi  saiz dan kekuatan anak anda? Adakah permainan itu (dan bahagian) bersaiz yang sewajarnya? Bolehkah ia dibasuh dan dibersihkan?
  • Penyelarasan Alat Permainan

Adakah ia mempunyai ketinggian yang boleh dilaras, diubah bunyi kelantangan, kelajuan dan tahap kesukaran?
  • Potensi  Interaksi

Adakah anak anda akan menjadi seseorang yang aktif  bermain semasa menggunakannya? Adakah alat mainan itu akan menggalakkan penglibatan sosial anak anda dengan orang lain?
Itu antara beberapa panduan yang MB belajar dan dapat pengetahuan dari seorang pakar kanak-kanak..
Banyakkan panduan nak membeli barang permainan anak..  Ada beberapa aspek yang kita perlu ambil kira sebelum membelinya.. Paling penting biarlah alat permainan itu bersesuaian dengan usia anak anda..  Dan kita perlu memikirkan aspek paling penting iaitu aspek keselamatan anak..

7,128 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Nice sharing for those parents tapi Ty rasa mcm mak bapak yg over ada xde pun beria2. Pembaziran je kadang2 bila anak tu buang je main2 tu dri luar bangunan rumah. Spoil juga baudak2 skrg dgn gadjet lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam