Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum wbt

Universal Studio Singapore satu tempat percutian atau taman tema yang menarik untuk dikunjungi bagi mereka yang berkeluarga untuk membawa anak-anak mereka bercuti. Tak kurang juga bagi mereka pasangan kekasih.

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE
Dihadapan Globe UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE

Untuk pergi ke Universal Studio Singapore ini bukanlah sukar sebenarnya, kerana terdapat pelbagai cara dan kemudahan yang telah disediakan. Jangan jadi macam MB sewaktu bercuti ke sini tempoh hari, kelam kabut juga cari cara yang mudah untuk sampai ke Universal Studio Singapore ni. Bagaimana proses pembelian tiket? Ok di bawah MB kongsikan cara membeli tiket  Universal Studio Singapore secara terus dari pihak Universal Studio Singapore. Anda juga boleh membeli melalui Travel Agen yang menyediakan pakej ke sana.

Panduan Membeli Tiket

Ada beberapa jenis pass yang anda boleh beli iaitu:

  •  Universal Studios Singapore Day Pass

Pass untuk memasuki Universal Studio Singapore sahaja selain itu tidak boleh digunakan.

Harga Tiket Universal Studio
Day Pass

 

  •  Multi Park Pass

Multi Pass ini pula adalah untuk kegunaan mereka yang ingin melawat taman tema yang lain selain Universal Studio Singapore.

Harga Tiket Universal Studio

 

  • Express Pass

Dan satu lagi jenis pass ialah Express Pass dimana jika anda membeli pass ini anda tidak perlu lagi berbaris untuk masuk ke permainan dan show. Akan ada satu lorong khas buat pemegang Express Pass tanpa perlu berbaris dengan harga $30. Tetapi ianya hanya sah untuk setiap 1 permainan/show. Dan untuk makluman semua tiket anda sah selama 180 hari.

Harga Tiket Universal Studio
Contoh Tiket Express

 

  • Annual Pass

Annual Pass pula banyak kelebihan yang anda akan dapat antaranya ialah unlimited admission dalam tempoh 365 hari, keutamaan melalui laluan VIP ke Universal Studio Singapore, 10% diskaun untuk cenderahati dan minuman juga makanan,dan macam-macam lagilah.

Harga Tiket Universal Studio
Harga Tiket Universal Studio

 

Jangan lupa matawang di atas ialah dalam Dollar Singapore, jadi anda perlu darabkan dengan nilai matawang terkini (contoh $1 x 2.4 = RM2.4). Pesanan dari MB ialah siap-siap tukarkan wang anda sebelum ke singapore, dan jangan habiskan wang dollar anda di singapore bukan apa takut ada hal kecemasan yang membuatkan anda memerlukan duit untuk menaiki kenderaan awam pula.

 

Boleh layari website Universal Studio Singapore

Untuk panduan ke Universal Studio Singapore pula nantikan artikel selanjutnya dari MB.

 

13,561 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. assalamualaikum..saya nak tnya yg express pass tu..
    sah utk 1 permainan/show sahaja?
    so kalau kita beli dgn agent tu, dia bagi berapa pass biasanya?
    maaf tanya. tak penah pergi but planning to go. terima kasih 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam