Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan perkara penting untuk membentuk corak pembelajaran masa hadapan yang lebih baik dan seimbang. Justeru bukan sesuatu yang menghairankan apabila sesetengah kanak-kanak telah dihantar untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis seawal usia tiga tahun di pelbagai pusat pendidikan awal di Negara ini.
Sememangnya menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu-bapa untuk memberikan pendidikan asas yang kukuh yang dapat menjamin masa depan anak-anak termasuk mereka yang kurang bernasib baik. 
Bagi MB sendiri, sejak dari awal lagi MB dan isteri telah mengambil serius dalam hal pendidikan anak-anak sejak mereka dari kecil lagi. Pepatah mengatakan ‘Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya’ bermaksud  dalam membesarkan anak-anak perlu diasuh dan dididik sejak dari kecil lagi sebaiknya dari dalam kandungan lagi. 
Malah semasa Mr Ray dalam kandungan lagi, kami telah mengasuhnya dengar mendengarkan bacaan ayat-ayat suci Al Quran, memperdengarkan lagu-lagu nasyid dan zikir seperti kebiasaan Ibu Bapa yang lain. Tetapi perkara seperti itu bukan terhenti setakat itu sahaja, ia sepatutnya diteruskan sehingga anak-anak membesar.
Sedikit informasi apa itu Pendidikan Awal Kanak-Kanak:
Pengenalan kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak
Awal kanak-kanak ialah isitlah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari masa lahir hingga ke umur lapan tahun.  Mengikut ‘ The National Association for The Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga ke umur lapan tahun:
Dengan peluang pendidikan awal berkualiti mereka dapat meningkatkan keupayaan dari segi emosi, sosial, fizikal dan pembangunan kognitif tanpa mengambil kira latar belakang keluarga dan taraf sosio-ekonomi. Ini merupakan peluang terbaik kepada semua kanak-kanak kurang bernasib baik untuk bersama-sama menikmati suasana pembelajaran berkualiti.
Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak.

  •  Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan
Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun.

  • Peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika
Untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika adalah sebenarnya akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan program awal kanak-kanak  sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika
secara ringkas.
Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.
Antara tempat yang disarankan untuk menghantar anak-anak anda untuk sesi pendidikan awal selain Tadika atau Taska :
Genius Aulad

Smart Reader Kids School

Kumon Learning Centre

Kejayaan anak-anak kita membaca sebenarnya bergantung juga kepada bahan yang sesuai, kaedah yang tepat, kesungguhan kita dan kesediaan membaca anak-anak pada usia mereka masih kecil.

Oleh itu, walau hebat macam mana pun tempat yang anak anda dihantar, kejayaan mereka akan perlulah datang dari ibu bapa mereka juga yang harus memberi sokongan, semangat, dan dorongan dalam pendidikan awal ini. Jangan memandang remeh dalan pendidikan awal ini, jika tidak mampu untuk menghantar ke sekolah-sekolah yang mahal bayarannya, anda boleh juga mendaftarkan anak anda di taska KEMAS. Pendidikan awal di Tadika juga amat bagus dan perancangan pembelajaran di KEMAS sudah ada tahap-tahapnya dan dipantau oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat.

35,840 total views, 29 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. As salam MB, setuju sangat pendidikan awal anak-anak sangat penting terutamanya dalam tempoh 6 tahun pertama. Kos yang tinggi tak patut jadi penghalang, ibubapa yang kurang berkemampuan pun boleh guna kaedah yang sama sendiri di rumah, cuma terpaksalah korbankan masa rehat 😉

  2. Di awal usia anak-anak telah dihantar kelas berbayar berbeza zaman saya ketika kecil dahulu. Masuk tahun 1 sekurang-kurang mempunyai asas membaca dan mengira. Kalau tidak akan tertinggal pembelajaran.

    Penekanan untuk pencapaian oleh ibubapa diawal usia sudah tentu mempunyai impak positif dan negatif. Malas hendak ulas panjang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam