Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Untuk informasi kepada ibu bapa  di luar sana , akan diadakan satu Kelas Bayi Paling Ceria anjuran kerjasama Baby Dunstan Language. Antara speaker yang akan memberi tunjuk ajar ialah Puan Uswatun Hasanah dari Dunstan Baby Language Malaysia, Puan Norashida Abd Rahman, Babywearing Educator dari JomGendong dan Sarah Ong Maternity  And Sleep Child Consultant dari Sleep Champ Baby.

Sila ambil peluang ini untuk anda ibu bapa mempelajari beberapa ilmu dan skil menjaga bayi anda. Beberapa tenaga pengajar akan bersama sama memberi tunjuk ajar.

Kelas ini akan diadakan di :

Butik Mumdreams , Seksyen 9 Bandar Baru Bangi

43650 Bangi Selangor

( Belakang Hospital Pakar Az Zahrah Bangi )

11 Januari 2014

9 pagi – 1 tengahari

Beberapa perkara yang anda akan pelajari:

  • Perihal tidur bayi, mengapa bayi tidak mahu tidur dan tips mudah memperbaiki kualiti rutin tidur bayi.
  • 3 personaliti bayi berdasarkan karektor tangisannya, mitos tangisan bayi paling popular dan 2 bunyi ‘rahsia‘ tangisan bayi.
  • Bagaimana mengendong ( baby wearing ) memberi anda kebebasan melakukan kerja harian dengan mudah dan selesa serta bagaimana ia membantu bayi anda lebih sihat dan ceria!

Semua ini akan dipelajari dalam kelas ini, bukan mudah untuk mendapatkan ilmu seperti ini di luar.

Kelas kali ini akan fokus kepada kenapa bayi susah tidur siang, terjaga waktu malam, bayi yang asyik melekat pada ibunya dan mesti terjaga bila dicabut puting.

Yuran : RM30 ( seorang ), RM45 ( pasangan )

Termasuk makan & minum

Hubungi : 012 672 4705

TEMPAT TERHAD!

Untuk mempelajari ilmu menjaga bayi anda sila hadir ke Kelas Bayi Paling Ceria
Informasi Kelas Bayi Paling Ceria

Kepada ibu bapa yang ingin membawa anak anak jangan khuatir kerana akan disediakan ruang bermain untuk anak anak ketika kelas berjalan. Jadi ibu bapa tidak perlu risau jika terpaksa membawa anak anak anda.

4,799 total views, 3 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. I am extremely impressed with your writing skills as well as with the layout on your
    blog. Is this a paid theme or did you customize it yourself?
    Anyway keep up the excellent quality writing, it’s rare to see a nice blog
    like this one today.
    paypal Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..paypalMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam