Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Kali ini MB nak bincangkan dan kongsi dengan pembaca mengenai perbezaan Antibiotik dan Prebiotik.. Antibiotik pernah dengar kan.. Tetapi Prebiotik pernah ke anda dengar? Pernah ke anda ambil? Jom kita singkap tajuk ini..

Antibiotik

Antibiotik adalah sejenis sebatian kimia yang digunakan untuk melawan jangkitan bakteria berbahaya.

Ia boleh diperoleh daripada sumber biologi seperti kulat dan mikro organisma. Dengan kemajuan sains, antibiotik kini boleh dihasilkan melalui sintesis kimia. Antibiotik ini bertindak membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan.

Semua antibiotik mesti dimakan sehingga habis. Ini bagi memastikan semua bakteria penyebab penyakit dibunuh untuk mengelak wujudnya jenis bakteria yang akan imun kepada antibiotik itu. Jika ini berlaku, seseorang individu itu akan memerlukan antibiotik yang lebih kuat untuk membunuh bakteria berkenaan.

Sejak itu beberapa kajian saintifik mengenai kegunaan bakteria baik berkenaan dijalankan secara berterusan, terutama kebaikannya dalam mencegah pelbagai penyakit seperti cirit-birit dan kanser, termasuk kanser kolon, payudara dan pundi kencing.

Selain itu, pengambilan bakteria baik itu turut diamalkan dalam pemakanan bagi mereka yang menghidap kanser di beberapa hospital yang memberi rawatan kanser di Jepun.

Probiotik
APABILA sakit, biasanya kita akan dibekalkan dengan pil atau cecair antibiotik bersama ubat-ubatan tetapi jarang kita mendengar mengenai probiotik.
Probiotik ialah makanan tambahan yang mengandungi bakteria atau ragi baik melekat pada dinding usus untuk menjadikan manusia kuat dan sihat. Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.
Probiotik ialah bakteria baik yang wujud secara semula jadi pada dinding usus untuk menjadikan kita kuat dan sihat. Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan kehidupan mikro organisma dalam usus dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.
Kebaikan probiotik

  • Mengurangkan gejala alahan terhadap laktosa
Enzim laktase menukarkan laktosa (di dalam produk tenusu) kepada glukosa dan galaktosa yang boleh digunakan oleh tubuh manusia. Mereka yang menghidap alahan terhadap laktosa mempunyai tahap enzim laktase yang tidak mencukupi. Ini bermakna laktosa tidak boleh dihadamkan dan diserap, mengakibatkan cirit-birit, senak perut, kembung perut dan sakit dibahagian abdomen. 
Probiotik seperti Laktobasilus gasseri menghasilkan laktase, oleh itu ia dapat membantu meningkatkan tahap enzim yang rendah sekali gus mengurangkan gejala alahan ini.
  • Meningkatkan penghadaman
Mikroflora usus yang seimbang mempunyai kesan positif ketara terhadap penghadaman. Ia membantu mengawal ketidak-hadaman dan senak perut selepas makan.
  • Meningkatkan penyerapan galian
Probiotik juga membantu meningkatkan penyerapan galian seperti kalsium, magnesium dan fosforus di dalam badan.
  • Menghasilkan vitamin
Probiotik berkeupayaan menghasilkan vitamin seperti dan vitamin C dan beberapa jenis vitamin B.
  • Melegakan gejala cirit-birit
Probiotik telah terbukti secara klinikal dapat melegakan gejala cirit-birit dan memendekkan tempoh serta kekerapan cirit-birit. Probiotik memulihkan keseimbangan mikroflora, yang menjadi tidak seimbang akibat sesetengah ubat seperti antibiotik yang membunuh semua jenis bakteria termasuk bakteria baik.
  • Menguatkan sistem ketahanan badan
Sistem gastrousus ialah organ ketahanan badan yang terbesar bagi tubuh. Keadaannya yang menentang baktenia dan merupakan sistem yang seimbang dapat melegakan tekanan imunologi yang dikaitkan dengan sistem badan yang tidak sihat. Telah terbukti bahawa probiotik mempunyai kesan anti-kolonial ke atas bakteria yang memudaratkan. 
Kesan positif lain seperti menghalang penghasilan bahan toksik (kesan sampingan daripada metabolisme badan atau dari bakteria jahat) juga telah dibuktikan. Probiotik juga didapati memberi kesan positif ke atas beberapa penyakit gastrousus seperti IBS dan penyakit radang usus. Kajian terkini menunjukkan bahawa dengan pengambilan probiotik yang teratur selesema biasa dan gejala yang teruk dapat dikurangkan.
Jadi, probiotik adalah pencegah penyakit berbanding antibiotik yang bertugas selepas diserang penyakit. Dalam kata lain, probiotik lebih bertindak sebagai pendinding kepada sebarang penyakit.

Cara paling mudah menambah probiotik adalah mengambil makanan mengandungi kultur hidup seperti minuman probiotik atau suplemen, yogurt, keju dan bijiran probiotik setiap hari.

Pesanan Kesihatan
Kebanyakan penyakit berpunca daripada pemakanan tidak sihat, gaya hidup dan keturunan serta bermula di bahagian penghadaman atau usus.
Adalah penting melakukan sesuatu untuk menambah bakteria baik dalam mengekalkan mekanisma imun usus berfungsi dengan baik. Selain kulit dan sel darah putih, usus juga menjadi sebahagian daripada sistem pertahanan badan manusia.

13,760 total views, 21 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Penicilium sp. adalah sejenis fungi yg digunakan utk dijadikan antibiotik..
    dan ia adalah ubat yg saya tak gemar makannya.. haha..
    kalau minum Yakult, Vitagen dan seangkatan dengannya, itu kegemaran,
    hihi..

    1. tq atas info yang sangat berguna ini…..saya makan yang 21st century yang dulu dikenali sebagai acidofilus skang stok ubat tu dah jarang sangat ade kt farmasi….skang saya duk amal hak probiotik ni lebih bagus..

      1. Pada mereka yang ade masalah gastrik terutamanya pada bulan ramadhan ni elok diamalkan selepas makan sahur 1 kapsul probiotik ini…insyaallah.

  2. Kalau kanak-kanak masuk hospital swasta, mereka akan diberi “probiotik” & yang paling tak bestnya insurans tak cover!

    Pandai hospital swasta ni berniaga..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam