Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Minggu lepas pada hari khamis MB sekeluarga telah pun bercuti di Cameron Highland.. Tak sangka pula ada masa nak pergi bercuti ni.. Ialah mana ada masa nak pergi bercuti.. Kadang-kadang hari minggu mesti ada komitmen lain..

Tapi MB nak ucapkan terima kasih pada isteri yang bersusah payah merancang percutian singkat ini.. Pergi hari khamis balik hari jumaat..Sabtu ada event SBB2013 di Petaling Jaya.. 2 hari rasanya cukup untuk kami sekeluarga untuk berehat dan menikmati kesejukkan di tanah tinggi.. Malah dapat kembalikan rasa romantik dan menyegarkan kembali bibit-bibit cinta..hehehehe..

Kami menginap di Hotel Heritage tanah rata.. Hotel Heritage yang selesa dan harga berpatutan.. Isteri telah membuat tempahan online di Booking.com .. Jadi dapatlah harga murah sedikit dari harga hotel sebenar.. 2 Hari 1 Malam RM 189 siap dengan sarapan pagi.. Queen Bed.. Bagi MB dah ok dah tu..

Perjalanan ke Cameron Highland bermula seawal jam 730 pagi.. Awal kan. Bukan apa bertolak awal boleh sampai awal.. Kami memutuskan mengikut laluan Simpang Pulai.. Jalannya lebar dan besar berbanding laluan Tapah yang sempit.. Keselematan harus diutamakan..

Hensem tak kami??

Mr Ray dengan Doraemon….

Apa tengok tengok.. ?
Yang ni dengan Ultraman pulak..

Belum apa-apa lagi dah mengantuk…

Baru nak bertatih…

Mr Ray In Da House Yo!
Mr Ray memang sukakan bunga..

Ladang kobis…

Dah sampai di hotel penginapan… Heritage Hotel.. Lebih kurang dalam pukul 130 petang sampai..

Saya pun nak ambil gambar juga,,,,

Kabus tebal meliputi gunung ganang di sekeliling…

Ada stail tak…

Aucakk!!! Saya dah bangun lah…

Ladang Teh yang pasti akan dikunjungi..

Berehat minum teh seketika sebelum meneruskan perjalanan..

Petik Strawberry anda sendiri… Tapi sayang masa MB sampai dah habis dipetik..

Cantik kan kolam buatan ni…

Tak banyak tempat yang MB boleh lawat sebenarnya.. Sebab waktu MB naik ke sini, musim hujan tengah melanda.. Jadi nak berjalan-berjalan pun agak susah.. Kami singgah di tempat yang mana kami boleh berhenti..

Tetapi bagi MB, yang paling penting adalah masa yang kita habiskan bersama keluarga adalah keutamaan percutian ini..


Nota Lastik : In Syaa Allah kami akan ke sana lagi..

11,140 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. tempat kak jie honeymoon 21 tahun dulu… masa tu CH tak mcm skrg
    tapi skrg suka dok Country Lodge Resort , belakang Balai Bomba Berinchang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam