Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Pada 12 & 13 Mac yang lalu , MB berkesempatan untuk menyertai satu Program Sahabat Media Trip Ke PNB Ilham Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan bersama-sama dengan rakan media yang lain sempena Visit Malaysia Year 2014.Untuk makluman semua tahun 2014 merupakan tahun melawat Malaysia dan sudah tentu menjadi tumpuan pelancong dari luar negara dan dalam negara sendiri.

Hari Pertama

Kami berkumpul di Pusat Pelancongan Malaysia ( MATIC ) Jalan Ampang Kuala Lumpur untuk menaiki bas ke destinasi program. Perjalanan tidak mengambil masa yang panjang kerana jarak dari Kuala Lumpur ke PNB Ilham tidaklah jauh hanya mengambil masa sekitar 1 jam setengah sahaja. Laluan perjalanan juga tidak sibuk kerana hari berikut merupakan hari berkerja.

PNB Ilham Resort
Pemandangan yang menarik di PNB Ilham Resort

Kami sampai ke PNB Ilham Resort lebih kurang jam 12 tengahari seperti yang dirancangkan dalam jadual perjalanan. Kami dibawa terus ke Balai Tun Teja untuk perasmian Program Sahabat Media Trip Ke PNB Ilham Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan dan juga sidang media. Selepas itu kami makan tengah hari bersama di Dewan Konvesyen PNB Ilham 1 dan hidangan yang disediakan sangat enak dan pelbagai jenis lauk dihidangkan.

Tepat jam 2 petang kami dibawa ke bilik masing masing untuk ‘check in‘, sudah tentulah perlukan rehat secukupnya sebelum memulakan aktiviti seterusnya nanti.Alhamdulillah, MB sekeluarga dapat bilik yang sangat selesa dan pemandangannya sangat cantik kerana betul betul berhadapan dengan kolam renang yang terletak di tengah-tengah resort ini. Buka sahaja pintu bilik, pemandangan terus tertumpu kepada kolam renang tersebut, memang sesuai untuk Mr Ray.

Tempahan Bilik di PNB I lham Resort
Inilah ruang bilik tidur MB sekeluarga

Jam 3 petang kami semua berkumpul di lobi untuk aktiviti seterusnya iaitu aktiviti ‘teambuilding‘ yang merangkumi Abseiling dan Repeiling. Ini merupakan aktiviti yang mencabar setiap peserta kerana aktiviti seperti ini memerlukan keberanian. Boleh dikatakan aktiviti ini memang aktiviti wajib jika anda pergi ke program ‘teambuilding‘ . Aktiviti ini secara ringkasnya memerlukan anda untuk menuruni bangunan tinggi dari atas menggunakan tali keselamatan seperti ahli bomba yang membuat aktiviti penyelamatan di bangunan. Ada langkah-langkah yang perlu diikut oleh peserta dan arahan tersebut diberi oleh penyelia keselamatan resort tersebut. Setelah penat melakukan aktiviti mencabar ini, minum petang disediakan di Rimba Corner.

Abseiling di PNB Ilham Resort
Peserta dipakaikan ‘equipment’ keselamatan
Abseiling di PNB Ilham Resort
Inilah ketinggian untuk melakukan Abseilling
Kemudahan di Rimba Corner
Minum petang di Rimba Corner ( Ehsan dari Iluvtour.com )

Selepas itu aktiviti petang ditersukan lagi dengan aktiviti membuat rakit menggunakan pelampung dan batang paip PVC. Ini memang biasa dilakukan jika kita selalu pergi ke program ‘teambuilding’. Aktiviti ini menguji tahap kerjasama kita berkumpulan juga menguji kebijaksanaan menyelesaikan sesuatu masalah untuk hidup. Bagaimana aktiviti ini dilakukan, setiap kumpulan diberi 8 batang paip PV,tali,pendayung dan 4 pelampung. Mereka perlu membuat sebuah rakit daripada barang-barang tersebut kemudian rakit tersebut dibawa ke laut. Mereka perlu mendayung rakit tersebut untuk mengambil bendera yang telah ditetapkan warna dan berpatah balik ke darat untuk bertukar pasangan. Sehinggalah kumpulan yang ke-2 sudah kembali ke darat, setiap kumpulan perlu membawa rakit tersebut kembali ke padang untuk membuka ikatan semua dan kembalikan barang-barang tersebut ke tempat yang asal. Memang memenatkan aktiviti seperti ini jika anda terlibat tetapi sangat puas.

Aktiviti Teambuilding Di PNB Ilham Resort
Kerjasama amat diperlukan dalam membina rakit ini
Aktiviti Teambuilding Di PNB Ilham Resort
Gambar Ehsan dari Iluvtour.com

Selesai aktiviti kami pulang ke bilik bersihkan diri untuk persiapan makan malam nanti. Makan malam bermula jam 8 malam di Dewan Konvesyen PNB Ilham 1. Dewan ini besar juga ruangannya. Menu makan malam kami adalah menu tradisional dan ini memang sangat menarik kerana ia kembalikan ke suasana kampung. Chef Zam merupakan Chef Eksekutif di PNB Ilham Resort ini.

1970501_750554468302435_1298022898_n
MB dan salah seorang staff PNB Ilham Resort sedang bertanyakan soalan tentang resort ini
Menu makan malam di PNB Ilham Resort
Juadah yang disediakan semasa makan malam di Dewan Konvesyen PNB Ilham 1
Menu makan malam di PNB Ilham Resort
Pelbagai jenis Kuih Muih yang disediakan

Hari Ke-2

Sarapan pagi di Serambi Coffee House lebih kurang jam 8 pagi. Antara menu yang disediakan ialah Nasi Lemak, Roti bakar, dan beberapa jenis makanan lagi dihidangkan. Untuk makluman di resort ini mempunyai beberapa tempat untuk menjamu selera antaranya :

  • Serambi Coffeehouse
  • Gazebo
  • Poolbar
  • Rimba Corner

Seterusnya aktiviti ‘Room Tour‘ dimana kami dibawa melawat setiap jenis bilik yang ada di PNB Ilham Resort ini. Ada beberapa jenis bilik antaranya ialah 2 bilik, 3 bilik, 3 1/2 bilik juga Deluxe Room.Harga yang ditawarkan amat bersesuaian dengan keadaan bilik, suasana dan kemudahan yang terdapat disini. Berikut merupakan harga bilik yang ditawarkan :

Harga Bilik di PNB Ilham Resort
Harga Bilik di PNB Ilham Resort
Harga Bilik di PNB Ilham Resort
Ruang Tamu di salah satu jenis bilik di PNB Ilham Resort
Harga Bilik di PNB Ilham Resort
Ruang makan yang selesa dan luas
Harga Bilik di PNB Ilham Resort
Ruang Kamar yang ditawarkan sangat selesa
Harga Bilik di PNB Ilham Resort
Amat selesa bukan bilik yang ditawarkan sesuai dengan harganya

Setelah selesai melawat bilik yang ada di resort ini, kami bersiap untuk melakukan aktiviti ‘teambuilding‘ yang seterusnya iaitu Jungle Tracking dan Rope Course. Kenapa ada Jungle Tracking ? Kerana bersebelahan resort ini mempunyai Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Di sini anda akan dapat melihat habitat burung, flora dan fauna dan menikmati keindahan alam semulajadi. Di puncak Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ini terdapat Rumah Api Tanjung Tuan yang dahulunya digunakan sebagai panduan perjalanan oleh pedagang yang datang menggunakan jalan laut.

Jungle Tracking di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
Bergambar bersama sebelum meneruskan aktiviti Jungle Tracking

Apabila habis aktiviti tersebut kami turun ke resort semula di Rimba Corner untuk menikmati hidangan ringan sebelum memulakan aktiviti Rope Course. Rope Course merupakan aktiviti yang paling mencabar seperti sukan lasak. Boleh lihat gambar di bawah :

Aktiviti lasak di Rimba Corner PNB Ilham Resort
Aktiviti lasak di Rimba Corner PNB Ilham Resort
Aktiviti lasak di Rimba Corner PNB Ilham Resort
Gambar Ehsan dari Iluvtour.com
Aktiviti lasak di Rimba Corner PNB Ilham Resort
Rope Course sangat mencabar diri anda dan dapat memupuk sikap keberanian

Kemudian setelah selesai aktiviti ‘teambuilding’, giliran Chef Zam pula menunjukkan kehandalan di depan orang ramai, beliau akan memasak di luar dapur iaitu di ruangan Serambi Coffe House secara ‘Live’. Sambil itu juga kami menikmati makan tengahari kami di tempat yang sama juga.

Chef Zam di PNB Ilham Resort
Chef Zam merupakan Chef Eksekutif di PNB Ilham Resort

Tepat jam 3 petang kami semua berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

Pada mereka yang inginkan percutian yang menenangkan bolehlah datang ke PNB Ilham Resort ini kerana disini lokasinya terhindar dari kesibukan lalulintas dan mempunyai privasinya yang tersendiri. Malah bagi anda yang ingin membuat seminar, urusan perniagaan atau aktiviti santai juga boleh memilih resort ini sebagai destinasi anda kerana disini terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan antaranya :

  • Gim
  • BBQ hut
  • Meja Pingpong
  • Gelanggang Squash
  • Zon Teambuilding
  • Dewan Seminar
  • Dewan Mesyuarat

Jika berminat boleh membuat tempahan awal di :

PNB Ilham Resort
Batu 10, Tanjung Biru, 71050 Si Rusa,
Port Dickson,Negeri Sembilan,
Malaysia

Tel : +606 662 6800
Fax : +606 662 5646

email : sales@ilhamresort.com
website : www.ilhamresort.com

7,543 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam