Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Hari sabtu yang indah bagi MB.. Sebab dapat tido puas sikit.. Maklumlah sabtu tidak berkerja.. Cadangnya hari ini nak duduk di rumah je menghadap lappy dan kerja-kerja blog.. Tapi tiba-tiba isteri MB mengajak ke satu majlis berhampiran rumah kami..

Program Penerangan Konsep Tabika dan Jom Santai Sihat di perkarangan Tabika Kemas An Nur Anjuran Tabika Kemas Seksyen 20 dan Pergerakan Puteri UMNO. Program ini menarik sebenarnya lebih-lebih lagi ibu bapa macam kami ini. Bahkan orang tua juga ada yang datang turut sama memeriahkan program ini.

Bermacam aktiviti yang dijalankan antaranya ialah Pemeriksaan Kesihatan, Gerai Jualan, Permainan, dan Cabutan Bertuah.  Bersesuaian dengan tajuk Program, tentulah kanak-kanak dan orang tua yang banyak hadir ke majlis ini.

Meja Urusetia dan Pendaftaran

Banner Info Kesihatan

Pameran Kesihatan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia

Suasana semasa program berlangsung.. Kelihatan ramai kanak-kanak dan keluarga turut memeriahkan program ini..

Program dimulakan dengan ucapan dari Timbalan Ketua Pemuda UMNO Shah Alam untuk merasmikan Program Penerangan Konsep Tabika dan Jom Santai Sihat.
Ucapan dari Timbalan Ketua Pemuda UMNO
Urusetia sedang menyiapkan keperluan
 permainan ‘musang berjanggut’
Kemudian program diteruskan dengan acara permainan yang telah disediakan oleh sukarelawan antaranya , bermain congkak, gubahan sejadah, susun ayat, puzzle, membuat kerabu mangga dan musang berjanggut.
Permainan congkak dimulakan

Pertandingan Mewarna

Pertandingan Gubahan Sejadah

MB juga ada menyertai acara permainan menyusun ayat.. Dimana peserta diberi 2 gambar dan huruf yang tidak tersusun.. Peserta dikehendaki menyusun huruf yang diberi mengikut gambar yang mereka dapat.. MB dapat gambar Guli dan Pasu.. Yang bertuahnya MB mendapat tempat pertama tu.. Hehehe.. 

Yang mana 1 MB?

Pertandingan Puzzle

Kalau ada antara mereka yang hendak melakukan ujian kesihatan pun boleh juga.. Kerana disediakan booth untuk pemeriksaan kesihatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia..
Hadiah yang dimenangi  oleh MB
dalam pertandingan Susun Ayat

Mr Ray pun dah ngantuk.. Jom balik..

Nota Lastik : Sekali sekala kita sebagai jiran dan ibu bapa harus sertai dan ambil bahagian dalam program-program seperti ini. Tujuannya bagi mengeratkan silaturrahim sesama masyarakat.

6,984 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Bestnya event kejiranan mcm ni..tpi kt Putrajaya ni..xde langsung sifat kejiranan. Semua tutup Pintu buat hl masing2. Nek lif pun pandang mcm nmpk hntu…
    Wheeee…terror nooo susun ayat… Tahniah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam