Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Bukan nak cerita pasal gadis atau perempuan…hehe…
Walaupun tajuknya ‘Pujaan Hati‘…pasti semua ingat mesti MB nak cerita pasal wanita, teman wanita, isteri, anak……

Sebenarnya nak cerita pasal ‘kenderaan’…kenderaan apa? Sebuah jentera Motorsikal Kawasaki Z800..

Motorsikal ini baru sahaja dilancarkan oleh Kawasaki serta sebuah lagi jentera berkuasa 250cc iaitu Ninja 250R…Blogger ni sempat pergi ke pelancaran motorsikal tersebut….Dengar kata beliau pun nak membeli Kawasaki Z800 ni…hehe..

Bila tengok model Z800, sungguh mengancam rekabentuk dan warnanya…memang menambat hati MB…terus rasa nak beli je…memiliki superbike adalah salah satu impian MB (kalau bajet cukuplah)..

Bayangkan kalau MB dapat beli Z800 ini, memang menjadi idaman setiap wanita kalau melihat MB menunggang Z800 ini… Sungguh tak terkata…Tak pandang dah yang bawa kereta…

Nah MB sajikan gambar Z800 yang bakal dikeluarkan nanti…

MB sertakan sekali gambar semasa MB pandu uji Kawasaki Z800 tempoh hari….
Mutu Gaya Keunggulan

Hehe..bukan MB sebenarnya tu…orang lain…gimik je…belum ada peluang lagi nak pandu uji…

Harga pasaran bagi Kawasaki Z800 ini ialah RM47,989.00
Untuk mengetahui spesifikasi Kawasaki Z800 ini bolehlah pergi ke Kawasaki Z800..

3,302 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam