Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

20 Mac merupakan hari yang paling mendebarkan buat pelajar-pelajar lepasan SPM yang mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2013. Mendebarkan keranan harini telah pun keluar keputusan SPM 2013 seluruh Malaysia.

Sempena dengan pengumuman keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia 2013 yang berlangsung pada hari ini, pihak Astro Tutor TV SPM mengambil kesempatan untuk turut bersama meraikan para pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut di sekolah sekolah yang terpilih di sekitar ibu kota.

Untuk makluman, bagi memeriahkan hari tersebut pihak Astro Tutor TV SPM telah berada di beberapa buah sekolah ini bagi menemuramah para pelajar, guru dan ibu bapa akan keberkesanan menggunakan Astro Tutor TV SPM saluran 603 sebagai medium bagi mengulangkaji dan seterusnya menghadapi peperiksaan SPM.

K EPUTUSAN SPM 2013 SMK KOTA KEMUNING
Debaran di SMK Kota Kemuning

Beberapa sekolah yang terbabit dalam menjayakan kempen ini adalah SMK Taman Seraya Ampang, SMK Sri Serdang, Sri Kembangan dan juga SMK Kota Kemuning, Shah Alam. Selain itu, penyampai radio Hitz.fm, Ean dan Jinnyboy turut membuat penampilan istimewa mereka di SMK Kota Kemuning untuk memeriahkan suasana bagi meredakan debaran yang dirasai di samping memberi sokongan serta meraikan para pelajar di sekolah tersebut.

Secara tidak langsung MB juga turut hadir ke SMK Kota Kemuning bagi merasai debaran dan kegembiraan para pelajar yang datang mengambil keputusan SPM 2013. Seawal jam 930pagi MB sudah berada di sekolah tersebut dengan sesi menemuramah beberapa orang pelajar lepasan SPM 2013 tentang kebaikkan menonton Astro Tutor TV SPM. Masih segar lagi dalam ingatan ketika MB mengambil keputusan SPM 2002 di SMK Seksyen 19 Shah Alam.

Pelajar Terbaik SPM 2013  SMK Kota Kemuning
Pelajar Terbaik SPM 2013 SMK Kota Kemuning

Lebih kurang jam 11pagi  Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia 2013 diumumkan di dewan sekolah tersebut. Gamat dibuatnya apabila nama-nama pelajar terbaik  SPM 2013 bagi SMK Kota Kemuning diumumkan. Kelihatan kegembiraan di setiap riak wajah pelajar terbaik dan ahli keluarga mereka ketika nama anak mereka diumumkan sebagai Pelajar Terbaik SPM 2013 SMK Kota Kemuning.

Astro Tutor TV sentiasa komited dalam menyampaikan kandungan ilmiah terbaik berdasarkan sukatan pembelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan menjadi pelengkap bagi pembelajaran di bilik darjah dengan menggunakan pendekatan secara menyeluruh meliputi saluran-saluran ulangkaji bagi sekolah rendah dan menengah. Ini merangkumi lima saluran televisyen yang dilengkapi dengan butang merah interaktif, pembelajaran atas talian, penganjuran variasi aktiviti samada di sekolah atau kawasan awam, produk produk penerbitan dan media sosial.

Kempen Keputusan SPM 2013 ini adalah untuk para pelajar untuk meraikan keputusan cemerlang mereka dalam peperiksaan SPM setelah memerah keringat dan masa untuk mengulangkaji demi mendapatkan keputusan yang terbaik.

Rasai pengalaman pembelajaran interaktif terhebat yang berkesan, menghiburkan dan padat dengan ilmu pengetahuan hanya di Astro Tutor TV.

8,620 total views, 9 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam