Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Perkhidmatan IPTV Telekom Malaysia Berhad (TM) yang pernah memenangi anugerah, Hyyp TV secara rasminya melancarkan saluran yang khusus untuk filem melayu pertama seumpamanya di Malaysia khas buat penonton di Malaysia dalam satu majlis yang diadakan di ibu pejabatnya, Menara TM.

wpid-2014326123203.jpg

Saluran terbaru tersebut, Dunia Sinema Saluran 8ñ14 kini boleh dinikmati susulan kerjasama yang terjalin di antara TM dan Metrowealth International Group yang menawarkan kepada para pelanggan UniFi serta pelanggan pelanggan pakej Streamyx 4Mbps dan 8Mbps filem filem blockbuster tempatan terbaik daripada MiG.

Saluran terbaru itu telah dilancarkan oleh Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM bersama-sama Mejar(K) David Teo, Ketua Pegawai Eksekutif MiG.

Dunia Sinema menawarkan kepada penonton pelbagai genre filem blockbuster termasuklah cinta, suspen, aksi dan seram, menjadikannya penawaran kandungan yang lengkap untuk semua terutamanya peminat setia filem tempatan. Filem filem yang ditawarkan merupakan filem-filem terbaru dan terbaik hasil karya pengarah, penerbit dan pelakon terkenal di dalam industri yang boleh dinikmati oleh pelanggan Hyyp TV bersama keluarga mengikut keselesaan semasa mereka di rumah atau dimana sahaja mereka berada menerusi Hyyp TV Everywhere.

Pelanggan Hyyp TV boleh melanggan Dunia Sinema pada harga RM10 sebulan bermula 1 April 2014. Bersempena dengan pelancarannya, Hyyp TV kini menawarkan tontonan secara PERCUMA untuk salah satu daripada filem yang terdapat di Dunia Sinema iaitu ” I’m Not Single” bermula 28 hingga 31 Mac 2014.

4,285 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam