Seks Ketika Hamil

Pin It

Seks Ketika Hamil..Entri ini MB tujukan khas kepada pasangan suami isteri yang ingin melakukan persetubuhan ketika isteri dalam keadaan hamil. Masih lagi terdapat pasangan yang kurang mengetahui dan tertanya-tanya bolehkah melakukan hubungan seks ketika isteri hamil.. Selamat ke jika ingin berbuat demikian.. Jadi kerana masalah itu MB terpanggil untuk berkongsi sedikit info mengenai Seks Ketika Hamil.. Satu isu yang agak penting untuk pasangan suami isteri…
Bolehkah anda melakukan seks semasa hamil? Sudah tentu.. Dengan kehamilan normal, anda boleh melakukannya sehingga sampai masa air ketuban pecah.. Tanya doktor dahulu jika anda mengalami masalah dengan kehamilan anda, seperti plasenta previa atau pendarahan, atau anda mempunyai sejarah keguguran.. 
Dengan kehamilan normal, melakukan seks tidak dikaitkan dengan keguguran.. Malah, jika anda berasa seksi dan cukup sihat, mungkin baik juga anda menikmatinya sepanjang kehamilan.. Melakukan seks semasa hamil mungkin baik bagi hubungan anda dan suami pada masa kini dan selepas kehadiran bayi..
Kajian telah membuktikan yang melakukan Seks Ketika Hamil tidak dikaitkan dengan pelahiran pramatang jika kehamilan itu sihat dan normal.. Malah, satu kajian menunjukkan wanita hamil yang melakukan seks secara teratur selama kehamilan kurang cenderung mengalami pelahiran pramatang..
Seks tidak membahayakan bayi, walaupun suami anda mengambil posisi di atas.. Penyumbat mukus yang tebal yang menutup serviks membantu melindungi infeksi.. Sak amnion dan otot-otot uterus yang kuat juga melindungi bayi.. Walaupun fetus anda agak bergerak kencang selepas klimaks, ini disebabkan jantung anda yang mengepam kuat, bukan kerana dia tahu apa yang berlaku atau mengalami kesakitan..
Walau bagaimanapun, ada keadaan-keadaan penting, di mana anda akan dinasihatkan supaya tidak melakukan persetubuhan. Ini termasuk:
  • pendarahan
  • sakit atau kekejangan abdomen
  • pecah ketuban
  • sejarah kelemahan serviks
  • plasenta praevia, terutama jika anda pernah mengalami pendarahan

Anda mungkin akan dinasihat mengelakkan seks jika suami anda menghidapi herpes genital. Jika anda menghidapi herpes genital untuk kali pertamanya semasa mengandung, ada kemungkinan anda boleh menjangkiti bayi anda yang sedang berkembang dalam kehamilan..
Adakah nikmatnya sama? Lebih baik bagi setengah wanita, tidak begitu baik untuk yang lain. Pengaliran darah ke ruang pelvis bertambah dan boleh menyebabkan genital membengkak dan menambahkan sensasi.. Tetapi, dalam masa yang sama, rasa kepenuhan ini membuat lain wanita terasa sendat dan tak selesa selepas persetubuhan berakhir.. Juga, beberapa wanita mengalami kesakitan bila melakukan seks semasa hamil..
Ada juga wanita yang mengalami kekejangan abdomen semasa atau sesudah persetubuhan kerana klimaks boleh membawakan kontraksi-kontraksi yang lebih ketara pada trimester ketiga.. Ini mungkin membuat anda tidak selesa untuk beberapa minit, tetapi kekejangan uterus akan beredar, sama seperti semasa kontraksi Braxton Hicks..
Berkenaan dengan seks oral ianya selamat, seks oral yang normal tidak akan membahayakan bayi dan ramai merasakan ianya satu penyelesaian jika persetubuhan itu membawa risiko tinggi..

INFO
Sedikit perkongsian tentang posisi-posisi dan tip-tip untuk berasmara ketika anda hamil:
Baring di sisi. Jika suami anda di atas, dia perlu lebih kreatif. Tetapi berbaring di sisi membenarkan suami anda menjauhkan sebahagian besar beratnya dari uterus anda. 
Gunakan katil sebagai alat membantu. Bonjol anda bukan penghalang jika anda berbaring atas belakang anda di tepi atau di hujung kaki katil dengan membengkokkan lutut, dan punggung anda dan kaki terletak di tepi tilam. Suami anda boleh samada melutut atau berdiri di depan anda. 
Baring sisi-ke-sisi dalam posisi sudu, yang hanya membolehkan penetrasi tohor. Jolokan suami yang mendalam boleh menjadi tidak selesa apabila bulan-bulan berlalu. 
Naik atas suami anda. Ini tidak meletakkan berat atas abdomen anda dan membenarkan anda mengawal kedalaman penetrasi. 
Masuk dari posisi duduk, yang juga tidak meletakkan berat ke atas uterus. Cuba duduk atas riba suami anda manakala dia duduk atas kerusi (yang kukuh).

Biar yakin – jika ada kemahuan, mesti dibukakan jalan.. Dengan sedikit cuba-mencuba, anda dan suami anda sudah tentu akan berjumpa suatu teknik yang sesuai bagi anda..

-sumber dari Babycenter

Blogger – Writer – Social Media Influencer
Penulis berasal dari Shah Alam. Terlibat dalam dunia blogging sejak tahun 2009 lagi. Seorang yang enthusiasm dengan Social Media dan bidang Penulisan.

If you enjoyed this article, get email updates (It’s Free)

495 total views, 1 views today

Comments

Comment Policy:

Your words are your own, so be nice and helpful if you can. Please, only use your real name, blog name, writer name, not your business name or keywords. Using business name or keywords instead of your real name will lead to the comment being deleted. Anonymous commenting is not allowed either. Limit the amount of links submitted in your comment. We accept clean XHTML in comments, but don't overdo it please.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam