Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t
Pada 19 Januari 2012 yang lalu, MB dan isteri telah dijemput ke Seminar Penyusuan Susu Ibu Pa&Ma yang bertempat di Auditorium Kompleks Media Karangkraf Shah Alam. Satu penghargaan buat parenting blogger seperti MB dijemput ke seminar seperti ini.
Sebenarnya, MB berkobar-kobar untuk datang ke seminar ini untuk mengetahui apakah ilmu yang bakal dikongsi di seminar tersebut. MB juga kagum pada para suami yang turut hadir pada seminar ini, bukan mudah untuk mengajak para suami untuk hadir ke seminar seperti ini kan? Para suami yang hadir memang hebat kerana mereka menunjukkan sikap tanggungjawab, ingin mengetahui dan mempelajari pentingnya penyusuan susu ibu serta menunjukkan  rasa kasih sayang mereka kepada isteri dan anak mereka.
Seminar dimulakan seawal 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran. MB memang hadir awal kerana lokasi program berdekatan dengan rumah MB jadi memang tiada masalah. Sampai sahaja ke lokasi MB dan isteri  terus mendaftar dan bersarapan dahulu. Waktu ini MB tidak membawa Mr Ray ke seminar ini, sebab MB fikir bayi tidak boleh dibawa, tapi itu hanyalah sangkaan MB sahaja, kelihatan beberapa peserta seminar ada yang membawa bayi kecil mereka. Setelah selesai bersarapan, kami terus masuk ke dewan seminar dan mengambil tempat. Tempat duduk memang penting kerana MB perlu memilih tempat yang sesuai untuk sesi mengambil gambar nanti.

Sesi Pendaftaran Peserta
Ruang dalam Auditorium
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh salah seorang daripada team Pa&Ma yang bertugas. Setelah itu, ucapan pembukaan oleh Editor Majalah Pama iaitu Mama Eizan. Sedikit sebanyak ucapan penghargaan dari Mama Eizan kepada para peserta seminar. Tepat jam 9.30 pagi, majlis diteruskan dengan sesi Asas Penyusuan Susu Ibu yang disampaikan oleh Perunding Laktasi yang anda pasti kenal iaitu Puan Siti Nur Suraya Mohamed Ali  dari Lunatots.

Korang ado?? Takdo kan..??
Mama Eizan Memberi Ucapan Pembukaan
Dalam sesi ini banyak yang para peserta pelajari antaranya terma-terma yang digunakan semasa penyusuan antaranya ialah
  • BF – Breast Feeding
  • DF – Direct Feeding
  • EBM – Express Breast Milk
Apa yang dimaksudkan dengan penyusuan susu ibu? Pertama, ia bermaksud anak yang menyusu terus dari ibu dan keduanya, ialah ibu menyusukan anak secara ekslusif iaitu sehingga 6 bulan pertama hanya susu ibu sahaja.

Puan Siti Nur Suraya dari Lunatots
Antara peserta yang hadir dalam seminar ini
Tandem Nursing pula keadaan dimana ibu menyusukan anak lebih dari seorang dalam satu masa. Di China banyak berlaku perkara ini dimana ada sukarelawan yang membuat Tandam Nursing. Extended Breastfeeding  pula iaitu keadaan dimana ibu menyusukan anak lebih dari 2 tahun.
Dan untuk pengetahuan semua, ada 3 perkara bila bermulanya penyusuan:
  • Semasa mengandung
  • Baru Bersalin
  • Sewaktu dalam pantang

Tips untuk anda juga, jika anak anda berada dalam NICU, pastikan anda menyusukan anak anda setiap 2 jam dan  kebenaran boleh diminta pada jururawat unit tersebut.  Kalau tidak boleh secara DF, guna kaedah Marmet (pam susu menggunakan tangan ) dan hantar kepada jururawat untuk disusukan kepada anak anda.

Selepas sesi dari Puan Siti Nur Suraya, seminar diteruskan lagi dengan Cara Mengenal Tangisan Bayi yang disampaikan oleh Puan Uswatun Hasanah Mohd Habib, Perunding Dunstan Baby Language.
Dalam sesi ini, peserta dikenalkan dengan jenis-jenis tangisan bayi, seperti yang diterangkan oleh Puan Uswatun ada 5 jenis tangisan bayi tetapi pada seminar ini hanya 2 jenis tangisan yang diterangkan. Jadi, kalau nak tahu lebih lanjut lagi mengenai jenis tangisan bayi, anda bolehlah membeli DVD yang dijual oleh Dunstan Baby Language di LINK INI. Ia sangat berguna untuk para ibu-ibu yang ingin mengetahui lebih lanjut.

Puan Uswatun Hasanah Mohd Habib
Ada 3 jenis bayi yang anda perlu tahu yang berkaitan dengan tangisan.
  • It’s going baby

Bayi yang hanya tahu makan dan tidur

  • High demand baby
Bayi yang suka dipegang, didekati, dipeluk, dibelai dan tidak boleh ditinggalkan seorang diri.
  • Colic Baby
Bayi yang mengalami ketidakselesaan perut.
Dunston Word ini terhasil daripada seorang wanita iaitu Priscilla Dunstan yang mempunyai kebolehan mengesan dan membaca bunyi tangisan bayi. Ada 2 jenis tangisan bayi yang diterangkan ialah pertama bunyi  NEH. NEH bermaksud bayi anda lapar. Dan bunyi yang kedua ialah EH, iaitu bayi anda perlu disendawakan ataupun Burp.

 

Program seterusnya ialah sesi Sharing dan Caring antara Mama Eizan dan Dynas Mokhtar. Dalam sesi ini, Dynas Mokhtar berkongsi pengalaman beliau ketika hamil dan menyusukan anak-anaknya serta bagaimana menguruskan rumahtangga sehingga tercetus idea untuk membuka sebuah butik Dynas Nursing Attire.
Mama Eizan dan Dynas
Antara Panel yang hadir ke Seminar
Para peserta sangat bertuah pada seminar tersebut kerana pihak Pama ada menyediakan hadiah bagi mereka yang bertuah. Antara peserta yang bertuah :
Selesai sesi pagi dan tengahari, peserta dibenarkan rehat dan menunaikan solat sambil menunggu makan tengahari.
Program kembali diteruskan dengan pertunjukkan fesyen dari 3 pereka iaitu mumDreams, Suri, Yasalma  dan Dynas Nursing Attire. Para peserta dihiburkan dengan pertunjukkan fesyen dari model dengan rekaan pakaian oleh pereka-pereka tersebut.
Kemudian program diteruskan dengan tajuk Pemakanan dan Ubatan Sepanjang Sesi Penyusuan oleh Fatin Fariza Pakhrudin pakar farmasi. Dalam sesi ini para peserta diterangkan jenis ubatan yang boleh diambil oleh ibu yang sedang hamil dan yang sedang menyusukan anak mereka. Ternyata bukan sebarang ubat yang boleh diambil oleh ibu hamil. Dan perlu dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.

 

Antara tips yang anda perlu tahu:

  • Penghasilan susu ialah 700-800ml sehari
  • Tenaga dihasilkan dari pemakanan ibu dan simpanan lemak badan semasa mengandung
Fatin Fariza Pakhrudin pakar farmasi
Program terakhir pada seminar tersebut ialah Sesi Demonstrasi Penyusuan oleh Puan Siti Nur Suraya sekali lagi. Dalam sesi ini Puan Siti Nur Suraya menerangkan secara praktikal bagaimana cara menyusukan  bayi anda. Ada pelbagai kaedah boleh digunakan termasuklah jika menyusukan anak kembar.
Demonstrasi dari staf Lunatots
Suami mendemonstrasi cara penyusuan

Kemudian acara terakhir iaitu sesi bergambar bersama peserta dan penyampaian cenderahati kepada para panel yang hadir.

Mama Eizan bersama Puan Siti Nur Suraya
Mama Eizan bersama Puan Uswatun Hasanah
Mama Eizan bersama Dynas Mokhtar
Mama Eizan bersama Pengusaha mumDreams
Mama Eizan bersama Pengusaha Suri
Sesi bergambar beramai-ramai
Di penghujung seminar ini, diteruskan dengan ucapan penutup dari Mama Eizan, setelah berkampung dari pagi hingga ke petang, Alhamdulillah seminar ini berjalan dengan lancar dan meriah. Tahniah kepada mereka yang berjaya hadir dan syabas kepada suami-suami yang hadir.
Mama Eizan memberi ucapan penutup seminar
Isteri bersama Puan Uswatun
Bersama Dynas Mokhtar
Bersama Puan Suraya
MB bersama Puan Suraya
Bersama Editor Pama – Mama Eizan
Mr Ray tidur ke tu..?
MB mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Majalah Pama kerana sudi menjemput MB ke seminar ini. Diharapkan kerjasama kita akan berterusan lagi.

4,955 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Mesti seronok dapat tau banyak tentang BF.. Kagum MB pun suka nak tau. Husband dulu masa saya BF mmg sangat supportive.. 🙂

  2. suami pun boleh datang eh. ingatkan isteri-isteri je kena pergi. memang BF ni ada banyak kebaikannya. anak aku sampai sekarang masih lagi BF. anak jadi sihat dan kurang sakit-sakit atau demam

  3. seminar yang sgt berguna…

    My recent post : Siapa Pergi Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam