Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Shell FuelSave Challenge Grand Finale telah sampai ke kemuncaknya apabila saudara Amirul Fadzil telah dinobatkan sebagai pemenang bagi 5th Shell FuelSave Challenge manakala Phoon Kai Chiew ditempat ke-2 dan Lim Ser Jeng di tempat ke-3. Acara tersebut berlangsung pada 19 oktober 2013 lalu yang bertempat di The Saujana Kuala Lumpur.

IMG_8509
Para pemenang bergambar bersama

Sedikit penerangan mengenai format pertandingan bagi 5th Shell FuelSave Challenge ini, 3 peserta berentap untuk merebut hadiah bernilai sebanyak RM 20 000 dan sekaligus merangkul Juara pertandingan 5th Shell FuelSave Challenge.

3 peserta tersebut akan menggunakan kepakaran dan pengetahuan masing-masing dalam penggunaan minyak supaya lebih jimat dengan laluan yang telah diberikan. Itulah cabaran yang bakal dilalui oleh 3 peserta tersebut. Ketiga-tiga mereka merupakan pemenang bagi setiap wilayah iaitu wilayah utara, tengah dan selatan.

Shell-FuelSave-95 challenge
3 peserta yang berentap di peringkat akhir

Pemenang wilayah utara iaitu dari Penang, Phoon Kai Chiew, merupakan seorang Automotive Sales Advisor. Manakala pemenang dari wilayah tengah iaitu Encik Amirul Fadzil seorang Pengurus dalam Perbankan. Wakil dari wilayah selatan iaitu Lim Ser Jeng seorang jurutera.

Cabaran mereka dimulakan seawal pagi lagi, dimana mereka bertiga akan diuji dengan 1 liter minyak Shell FuelSave 95 dan sejauh mana Kilometer yang mereka boleh memandu.Dengan memandu jarak perjalanan sejauh 120km menggunakan jentera Hyundai-Inokom Elantar 1.8 Automatic Premium. Akhirnya Amirul Fadzil berjaya menjuarai dengan 23.48 kilometer menggunakan 1 liter Shell FuelSave 95.

Shell-FuelSave-95 challenge
Saat pelepasan para peserta Shell FuelSave Challenge
Shell-FuelSave-95 challenge
Saintis Shell FuelSave 95, Mr Loke Ean Bee sedang mengisi minyak di kenderaan peserta

Kenderaan rasmi yang ditaja oleh Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM), bagi Shell FuelSave Challenge 2013 ini selaras dengan matlamat Shell Malaysia dalam usaha memperkenalkan slogan “ power of fuel efficiency beyond their expectations ”.

Semasa sedang berlangsungnya 5th Shell FuelSave Challenge ini, pihak Shell juga turut menyediakan sedikit permainan yang berkaitan dengan teori penjimatan minyak yang disarankan oleh pihak Shell. Bagi yang mengambil bahagian dalam setiap permainan berikut haruskah melengkapkan setiap permainan dan perlu meneka siapakah yang bakal bergelar juara di borang yang telah diberikan

Shell-FuelSave-Challenge-007
Duta Shell FuelSave 95, Fahrin Ahmad

Duta Shell FuelSave, Fahrin Ahmad turut hadir memberi nasihat dan sokongan kepada peserta untuk menjadi pemandu yang lebih efisyen. Fahrin Ahmad juga turut berkongsi tips dan pengalaman beliau semasa menyertai Shell FuelSave Challenge di German.

Berikut merupakan beberapa tips yang disarankan oleh Shell dalam penjimatan minyak:

image.1626936004

  • Petrol adalah penting

Bukan semua petrol adalah sama. Kecekapan petrol anda boleh dipertingkat dengan menggunakan petrol yang betul. Shell FuelSave dicipta untuk membantu anda menjimat petrol dan mengurangkan penggunaan serta kos petrol.

image.1626887750

  • Talakan dan servis enjin kenderaan anda dan ikut panduan dalam buku panduan kenderaan

Enjin yang  ditala dengan baik mampu meningkatkan penjimatan petrol. Oleh itu, tukar minyak pelincir anda dan ikut saranan pengilang kenderaan anda yang berkaitan dengan servis.

image.1627029089

  • Pastikan tayar kereta anda berada pada tekanan yang betul

Tayar yang cukup tekanannya lebih selamat dan tahan lebih lama. Tayar yang kurang anginnya boleh mengurangkan ekonomi petrol. Malah tayar yang kekurangan atau berlebihan angin adalah lebih cenderung mengalami kerosakan.

image.1627490214

  • Rancang perjalanan anda dengan lebih lebih dan elakkan waktu sesak

Pengurangan masa yang diluangkan dalam kereta merupakan cara yang paling mudah untuk menjimatkan petrol. Tambahan pula, jika anda boleh melakukan perjalanan di luar waktu sesak, masa anda terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas dpat dikurangkan dan kesannya, lebih kurang petrol dihabiskan.

image.1627586510

  • Elakkan membawa beban yang berlebihan

Penambahan beban bagi setiap kilogran akan memberi impak dan menjejaskan kecekapan petrol. Oleh itu pastikan but dan tempat duduk belakang kenderaan anda bebas daripada bahan yang tidak diperlukan yang hanya menambahkan berat kepada kenderaan anda.

Sedikit maklumat mengenai Shell FuelSave 95

Penjimatan lebih banyak dengan Shell FuelSave 95

Shell FuelSave 95 adalah bahan api pada  harga tetap  yang direka untuk bertahan lebih lama. Kecekapan Bahan Aktif yang direka khas  untuk berfungsi  dari isian yang pertama.

Shell FuelSave 95 direka untuk:

  • Direka untuk meningkatkan kecekapan enjin untuk membantu anda bergerak lebih jauh dengan setiap titik minyak tersebut
  • Direka untuk mengurangkan kehilangan tenaga dalam enjin dengan pelincir di mana minyak enjin kurang berkesan, seperti cincin omboh atas.
  • Direka untuk memastikan injap masuk bersih untuk mencegah pembentukan deposit dan meningkatkan kecekapan enjin

image.1409487114

Dengan Shell FuelSave 95 anda dapat lebih penjimatan minyak dan lebih kilomater dengan tips-tips yang disarankan oleh pihak Shell.

Untuk tips penjimatan petrol yang lengkap, layari www.shell.com.my

3,893 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam