Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Bajet 2013 telah pun selesai pada Jumaat lalu. Banyak perkara atau isu telah pun diusulkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Tapi yang menarik perhatian MB ialah mengenai isu BR1M 2.0.

Ada golongan tertentu bagi memohon BR1M ini, antara golongan layak memohon BR1M ialah golongan siswazah dan penganggur yang tidak mempunyai pekerjaan dan berusia 21 tahun keatas, layak menerima bantuan tersebut.

Tetapi bagi pelajar IPT yang berumur 21 tahun keatas tidak termasuk dalam penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0. Mereka layak menerima Baucer Buku 1 Malaysia RM250 bagi kali ke-2. Untunglah pelajar sekarang sebab dapat bantuan buku macam MB dulu hanya ada Skim Pinjaman Buku Teks je itupun kena pulangkan semula.

Kepada pelajar-pelajar IPT, jangan fikir mengenai BR1M 2.0 ini, anda sudah ada Baucer Buku 1 Malaysia dan yang penting pinjaman pelajaran, jadi gunakanlah semua itu sebaik-baik yang mungkin.

Nota Lastik : Tahun lepas MB dapat BR1M, harap tahun ini dapat lagi…

1,300 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam