Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Anda baru sahaja ingin melelapkan mata… Tiba-tiba anak anda menangis…  Tidur anda terganggu disebabkan tangisan anak anda..Hendak kejutkan isteri tidak sampai hati… Tangisan anak yang semakin kuat menjadikan anda panik… Tidak tahu apa yang perlu dilakukan… Macam -maca cara yang anda dah buat untuk redakan tangisan anak anda… Tapi anak anda masih juga terus menangis… Apa nak buat ya?

Situasi ini seringkali MB hadapi.. dimana anak sering menangis waktu malam.. waktu siang juga tidak terkecuali.. Kalau Mr.Ray menangis, maka situasi panik akan melanda MB.. hehehe.. Mana taknya, Mr.Ray ni kena ada cara nak pujuk dia berhenti menangis.. Contohnya bagi dia main benda-benda pelik.. Kalau tak berhenti juga, cara paling berkesan ialah panggil Ummi dia.. hehehe… Pasti Mr.Ray akan berhenti menangis.. Tapi, inilah masa terbaik bagi kita seorang suami belajar cara-cara untuk meredakan bayi yang menangis… Jangan harapkan si isteri sahaja…
Macam MB masih lagi belajar macam mana nak redakan anak menangis.. Kadang-kadang berjaya, kadang-kadang lagi kuat Mr.Ray menangis.. hehehe.. Kalau tak berjaya tu MB akan serahkan pada Ummi dia terus… Tapi janganlah kita sebagai suami lepas tangan.. Sekurang-kurangnya cubalah redakan tangisan anak kita sendiri… Bak kata isteri MB, dah pandai ‘buat’ pandailah jaga anak.. hehehe.. 
Dalam kes bayi menangis, jika anda rasakan bayi menangis kerana lapar, itu kurang betul… Ada banyak sebab bayi menangis… Mungkin ramai di kalangan kita tidak tahu yang bayi tidak mempunyai cara untuk berkomunikasi dengan orang-orang di sekelilingnya kecuali dengan tangisan…

Sayu je hati baby ni…
Dibawah MB kongsikan kenapa agaknya bayi menangis :
•   Lapar
Tidak dinafikan bahawa sering kali tangisan bayi dikaitkan dengan rasa lapar. Jadi, sebagai bapa, anda mestilah peka tentang hal ini.. Pastikan anak mendapat makanan yang secukupnya.. Bagi bayi yang belum berusia 6 bulan, makanan yang dimaksudkan tentulah susunya.. Para bapa kenalah ambil tahu jadual minum susu anak agar anda tahu bilakah waktunya dia kena menyusu.. 

•   Basah
Rasa tidak selesa akibat basah pun boleh menyebabkan bayi menangis sebenarnya.. Rajin-rajinlah periksa lampin bayi anda dan tukar lampin tersebut dengan kerap bagi mengelakkan punggungnya basah.. Menjaga kebersihan bahagian lampin bayi sangat penting agar dapat mengelakkan masalah ruam yang akan membuatkan bayi rasa gatal dan tidak selesa.. Takut punggung mereka melecet…

•   Tidak Selesa Dengan Persekitaran
Keadaan persekitaran juga sering mengganggu bayi.. Suasana sekeliling yang terlalu bising dan sempit boleh menyebabkan bayi menangis.. Bukan itu sahaja, suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk pun boleh mengganggu keselesaan bayi.. 
•   Jatuh
Ada ibu bapa yang gemar menidurkan bayi mereka di dalam buaian.. Amalan seperti ini terutamanya pada waktu malam tidak praktikal kerana macam-macam boleh berlaku di dalam buaian ketika anda sedang tidur. Salah satu perkara yang boleh berlaku ialah terjatuh.. Bayi yang tidur lasak mudah terjatuh dari buaian lebih-lebih lagi jika dia dibiarkan tidur sendirian.. Mr.Ray tidur di buaian waktu siang sahaja…
•   Kembung
Yang ini sering terjadi.. Bayi juga terdedah kepada masalah kembung perut.. Masalah yang turut dikenali sebagai kolik ini akan menyebabkan bayi menangis dalam satu jangka masa yang panjang.. terutamanya pada waktu petang.. Biasanya untuk meredakan sakit perut yang dialami bayi, urut bahagian perutnya dengan lembut menggunakan minyak yang sesuai.. Contoh minyak telon ataupun Yu Yee Cap Limau.. Urut juga bahagian belakang tubuhnya.. Selain daripada meredakan kesakitan yang dialami, urutan boleh menenangkan bayi..

Yang ni tengah menangis ke tengah marah ni…
Kepada suami, tangisan bayi adalah lumrah dalam kehidupan berkeluarga… Bayi memang akan kerap menangis jika ada yang tidak kena… Sampaikan ada masa kita jadi stress dengan tangisan anak kita sendiri.. Rasa nak marah bukan? Itu semua anda akan alami.. Seperti MB juga.. Itu semua proses pembelajaran.. Oleh itu, anda perlulah bersedia untuk menghadapinya…
Trivia Lastik : Ada juga bayi yang menangis disebabkan gangguan makhluk halus.. Antara tandanya ialah menangis tanpa henti dari tengah malam sampai ke pagi…

6,573 total views, 4 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. bertuah isteri yg dpt suami yg sanggup bangun tengah2 malam tu. isteri walau sakit macam mana pun akan tetap bangun demi seorang anak. suami? kalau kapal terbang jepun masuk pun, mesti tak terjaga nya -_-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam