Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Surah atau ayat-ayat dalam Al-Quran sering diamalkan untuk mendapat sesuatu dan seumpamanya.. Banyak zat dan hikmah dari ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan.. Sebagai umat islam Al-Quran merupakan panduan hidup kita menuju ke jalan yang diredhai Allah S.W.T .

Bagi pasangan suami isteri pastinya memerlukannya semasa si isteri mengandung.. Ialah, sudah semestinya ibu bapa mahukan zuriat yang lahir itu cukup sifatnya, sihat tubuh badan, menjadi anak yang soleh solehah dan menjadi anak yang terdidik….

Seperti amalan-amalan yang biasa kaum Hawa lakukan semasa mengandung ialah membaca Al-Quran dan berzikir…  Juga mendengar muzik-muzik yang tenang dan keislaman.. Disini MB nak kongsikan beberapa surah yang boleh diamalkan oleh isteri dan suami..

  •     Surah Al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan.
  •     Surah Maryam – Bagi memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
  •     Surah Luqman – Bagi memperolehi anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
  •     Surah Yusuf – Bagi memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
  •     Surah Hujurat – Bagi memperbanyakkan air susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
  •     Surah Yasin – Bagi menenangkan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan      yang mengajak kepada maksiat.
  •     Surah At-Taubah – Bagi membersihkan jiwa dan terpelihara dari maksiat.
  •     Surah An-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Itu antara surah-surah dalam Al Quran yang kita boleh amalkan tidak kira siang atau malam… In Syaa Allah apa yang kita hajatkan dan inginkan untuk zuriat kita dimakbulkan.. Hanya percayakan pada Qada’ dan Qadar

4,721 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam