Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Sudah sekian lamanya , blog Melastik Bintang ini telah mempunyai Tagline sendiri.. Sudah puas memikirkan tagline apa yang sesuai untuk MB gunakan di blog picisan ini.. Akhirnya idea itu datang dan menerjah masuk ke pemikiran ini..

Blog ini diwujudkan kerana MB ingin berkongsi ilmu dengan pembaca mengenai dunia keluarga, suka-duka seorang suami, tips & informasi buat mereka yang berkeluarga. Bukan itu hanya dunia keluarga tetapi isu-isu lain juga akan dikongsikan.

Timbulnya idea Tagline ini setelah membaca satu potong riwayat…

Terjemahan: Daripada ‘Abd Allah bin ‘Amr,

sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil (sesuatu) daripada Bani Israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas nama ku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban)

Apa yang boleh MB ringkaskan disini ialah

  • Rasulullah s.a.w. mengingatkan kepada seluruh umatnya supaya sentiasa
    menyampaikan ilmu yang dimiliki kepada saudaranya yang lain, walaupun hanya
    sepotong ayat.
  • berusahalah menyampaikan apa jua kebaikan kepada masyarakat, kerana ganjarannya begitu besar seperti yang disebut oleh Baginda s.a.w. dalam sepotong hadis riwayat Bukhari :

“Demi Allah, sekiranya seorang lelaki memperoleh hidayah (daripada Allah)kerana (usaha) kamu, itu lebih baik untuk mu daripada nilai unta merah (sesuatu yang sangat berharga).”

Dengan itu terhasillah Tagline Blog Melastik Bintang iaitu ” dari Ilmu lahirlah kefahaman

Tagline Melastik Bintang
Tagline Melastik Bintang

9,704 total views, 6 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam