Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Hanya selamat tinggal yang mampu MB ucapkan kepada P1 Wiggy yang telah 3 tahun MB gunakan khidmatnya… Minggu lepas adalah hari perpisahan antara MB dan P1 wiggy tu….cuma nak pergi pejabat P1 Wimax untuk pulangkan semula broadband wiggy tu…
Selama 3 tahun menjadi pelanggan tetap P1 Wimax, apa yang boleh MB katakan ialah perkhidmatannya bagus sekali…walaupun tidak selaju Streamix dan Unifi…tapi puas hati dengan kelajuan broadband P1 ni…
Kalau ada yang kata servis P1 lembap, rasanya mereka kena kaji dulu…sebab selama MB gunakan P1 ni, tiada masalah langsung…semua urusan ‘online’ berjalan dengan lancar…
Sekarang pun P1 sudah beralih ke perkhidmatan 4G..bertambah laju lagilah perkhidmatannya…Sayangnya setakat ini sahaja MB melanggan perkhidmatan P1 Wimax yang baru ini….antara pakej yang bakal diterima jika guna 4G ni ialah :

  • free MiFi modem
  • free RM200 Rebate
  • 7 days trial – Risk Free
Klik untuk ke laman sesawang P1 Wimax..

Ni dia rupa Wiggy MB gunakan

Semasa urusan tamatkan perkhidmatan apa yang perlu dibuat ialah:

  • Hubungi Customer Care Line – 1300 03 1300
  • Ikut arahan operator
  • Beritahu tujuan kita hubungi
  • Operator akan ambil pengesahan akaun P1 anda
  • Kemudian operator akan beri Report No (Untuk rujukan)
  • Dalam masa 3 hari berkerja pelanggan akan terima email dari pihak P1( Case ID)
  • Serahkan Wiggy P1 anda ke pejabat P1 Wimax diĀ 

Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd, Packet Hub, Level G, 159, Jalan Templer, 46050, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Rasa sayang pula nak tamatkan sebenarnya sebab dah lama wiggy ni berkhidmat untuk MB….Yang seronoknya MB tidak terikat kontrak 2 tahun semasa melanggan P1 Wimax ini….Bila-bila boleh tamatkan…
Kenapa MB tamatkan : Hehehehe..sebab sekarang dah jadi pelanggan Unifi pula…Segalanya di hujung jari….

5,235 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam