Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

In Syaa Allah, dengan izin Allah S.W.T kita akan menemui kembali Hari Raya Aidiladha ataupun Raya Haji. Tatkala menjelangnya Hari Raya Haji ini, sudah pasti ibadah Qurban dan Aqiqah turut dilaksanakan ketika itu.

Hari Raya Aidiladha merupakan perayaan umat islam yang terbesar selain sambutan Hari Raya Puasa yang disambut setiap 1 Syawal. Amalan ibadah Qurban dan Aqiqah amat dituntut di dalam islam.

Sedikit pengertian Ibadah Qurban dan Aqiqah.

  • Pengertian Aqiqah Menurut Istilah :

Aqiqah ialah Haiwan yang disembelih kerana bayi atau untuk bayi yang dilahirkan. Dinamakan sembelihan itu dengan aqiqah adalah kerana haiwan tersebut disembelih pada hari mencukur rambut kepala bayi itu.

  • Pengertian Aqiqah Menurut Syara`:

Menurut istilah hukum syara’, aqiqah ialah penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, disamping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.

  • Pengertian Qurban

Atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang diketegorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkandiri) kepadaAllah.

Itu serba sedikit penerangan mengenai Ibadah Qurban dan Aqiqah buat anda di luar sana. Bagaimana dengan anda pula? Ada bercadang ke untuk melakukan ibadah Qurban dan Aqiqah atau sudah ke anda buat tempahan untuk ibadah qurban dan aqiqah anda tahun ini? Kalau belum lagi dan anda sedang membuat keputusan untuk melakukan ibadah tersebut, apa kata anda semua menggunakan perkhidmatan pihak EQURBAN RESOURCES SDN. BHD.

 

Apa itu e-Qurban?

EQURBAN RESOURCES SDN. BHD. (951131-U) ataupun lebih dikenali sebagai peneraju Qurban dan Aqiqah ialah salah satu syarikat yang membantu anda dalam menguruskan ibadah qurban dan aqiqah anda juga tempahan anda.

Kenapa EQURBAN RESOURCES SDN. BHD?

  • Mudah & Cepat

Jika anda ingin membuat tempahan, semua urusan tempahan dan bayaran anda boleh lakukan di laman http://equrban.com/

  • Sijil pengesahan

Pihak e-Qurban menyediakan sijil pengesahan untuk setiap tempahan yang dibuat. Jadi anda tidak perlu risau ataupun was-was dengan perkhidmatan e-Qurban.

Kelebihan menyertai ibadah Qurban dengan pihak e-Qurban?

Pihak e-Qurban menternak sendiri lembu-lembu untuk Qurban ini di ladang mereka di Stungstreng, Kemboja dengan usahasama Koperasi Muslim Kemboja. Bekalan lembu ini cukup untuk bekalan Qurban dan Aqiqah yang dilakukan di Kemboja sepanjang tahun.

Bukti menunjukkan ibadah Qurban tersebut telah dilaksanakan?

Pihak e-Qurban akan mengeluarkan sijil aku janji sebagai wakil melaksanakan ibadah korban tersebut kepada semua peserta dan menghantar gambar-gambar berkaitan yang menunjukkan ibadah tersebut telah dilaksanakan.

Bagaimana? Bagus sekali perkhidmatan yang disediakan oleh pihak e-Qurban bukan? Melakukan ibadah Qurban dan Aqiqah di Kemboja. Segalanya mudah kerana semuanya pihak mereka yang akan uruskan ibadah tersebut. Anda hanya perlu membuat tempahan kepada mereka sahaja. Dan untuk makluman syarikat e-Qurban merupakan satu-satunya syarikat yang menternak lembu di Kemboja untuk ibadah Qurban. e-Qurban telah menjalin kerjasama dengan masyarakat di Kemboja melalui Koperasi Muslim Kemboja (CMC) yang ditubuhkan pada penghujung tahun 2009 (merupakan koperasi pertama milik umat Islam di sana). Jalinan ini telah masuk tahun yang ke-4.

Bukan itu sahaja jika kita melakukan ibadah Qurban dan Aqiqah di Kemboja, kita bukan sahaja melaksanakan Ibadah Qurban & Aqiqah serta sumbangan semata-mata tetapi kita juga telah membantu di dalam meningkatkan sosio ekonomi dan pendidikan dikalangan masyarakat Islam di Kemboja. Kata sambil beribadah sambil membantu golongan yang memerlukan.

Berikut Harga Lembu dan Kambing

harga bahagian lembu untuk Qurban dan Aqiqah
Harga untuk satu bahagian lembu adalah RM 250, anda boleh memilih untuk menempah 1 bahagian atau beberapa bahagian lembu mengikut keperluan anda.

Setiap bahagian boleh dinamakan dengan nama yang lain walaupun melalui satu tempahan sahaja.

harga bahagian lembu untuk Qurban dan Aqiqah

Harga untuk satu ekor lembu pula adalah RM 1750. Seekor lembu mempunyai tujuh bahagian, anda boleh menamakan setiap bahagian untuk individu yang berbeza jika perlu.

Sijil akan diberikan selepas semua pembeli selepas segalanya selesai.

harga bahagian lembu untuk Qurban dan Aqiqah

Harga untuk satu ekor kambing pula adalah RM 550. Seekor kambing adalah untuk satu nama sahaja.

Sijil akan diberikan selepas semua pembeli selepas segalanya selesai.

Bagaimana Membuat Tempahan dengan e-Qurban?

Anda semua jangan berlengah lagi, anda boleh membuat tempahan dengan menggunakan salah satu saluran di bawah ini:

EQURBAN RESOURCES SDN. BHD.
87A, Jalan 8/1, Seksyen 8,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor
Tel : 03-8926 3575
H/P : 014-3283504 (Yusdi)
H/P : 019-762 3960 (Farizal)

Atau

Website e-Qurban

Atau

Fanpage e-Qurban

Atau

Faks atau emailkan borang dan slip bayaran ke
Email : admin@equrban.com

Maklumat Tambahan

Saya juga merupakan rakan niaga kepada EQURBAN RESOURCES SDN. BHD. Dimana anda juga boleh membuat tempahan melalui saya di link berikut:

TEMPAHAN QURBAN DAN AQIQAH DI KEMBOJA

PENTING!
Tempahan Qurban pada tahun ini akan ditutup pada 07 OKTOBER 2013. Jangan tunggu saat-saat akhir, tempah sekarang dengan klik DI SINI.

3,516 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam