Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Macam mana anda sebagai ayah menguruskan keadaan anak anda ketika isteri anda tiada di sisi.. Pasti sukar bukan.. Macam-macam kita kena buat dan belajar.. Tetapi pembelajaran itu amat bagus untuk membantu kita menjadi seorang ayah…
Kali ini, MB nak kongsikan tips menjaga anak ketika isteri tiada di samping kita… Tips ini semua hasil dari pemerhatian dan pengalaman semasa MB menjaga Mr.Ray tempoh hari ketika isteri tiada…
  • Ketahui Tabiat / Perangai Anak

Yang ini wajib tahu oleh semua ayah.. Kita kena perhatikan dan selidik tentang anak kita.. Kita kena peka dengan keadaan sekeliling rumah dan keadaan sekitar kawasan anak kita bermain.. Macam Mr.Ray tabiat dia ialah melompat-lompat semasa mandi, bermain di sekitar buaian, memanjat kerusi dan merangkak ke dapur.. Jadi ketika MB ada di sisi, kenalah perhatikan dia supaya selamat dan tiada masalah berlaku…
  • Ketahui Kesukaan Anak Anda

Pasti ada sesuatu yang anak anda suka.. Bila kita ‘alert‘ dengan apa yang dia suka ia memudahkan kita dalam proses memujuk atau meredakan si dia semasa menangis.. Proses ini dapat membantu kita untuk menghentikan tangisan atau ragam si dia tengah merengek.. Macam Mr.Ray kalau tengah menangis atau dia dah start meragam, apa yang MB lakukan ialah dengan membawa dia ke dapur dan tunjukkan dia seekor ikan di dalam aquarium MB… Dia cukup suka dan pasti akan diam bila tengok ikan tu..Sambil tu kita berbual dengan dia janganlah diam.. 
Dan Mr.Ray cukup suka dengan wallet.. Tak tahu kenapa… Tapi bila dia nampak wallet, tergesa-gesa dia mahukan.. Tapi kalau anak anda menangis atas sebab lain seperti sakit perut, membuang najis ataupun tidak sihat.. Jangan pula buat cara ini.. Hehehe..Kalau sebab itu anda bagi apapun takkan berhenti…
  • Ketahui Waktu Makan & Tidur

Ini anda patut tahu.. Kalau tak tahu, anda kena belajar balik dengan isteri anda.. Hehehe… Sebab apa pentingnya kita kena tahu waktu ini.. Sebab anak anda bukan boleh bercakap lagi.. Kalau dia nak makan ke nak minum ke senang la kerja kita kalau dia boleh bercakapkan.. Jadi macam mana cara dia berkomunikasi dengan kita, tangisan adalah cara dia berkomunikasi dengan kita.. 
Dalam masa yang sama kita kena tahu bila sepatutnya dia makan, bila dia kena menyusu dan bila waktu dia tidur.. Untuk persediaan awal supaya dia tidak menangis ataupun dia tidak lapar.. Jangan pula kita buat tak reti je bila anak nak menyusu atau tidur… Kesian anak kita…
  • Ketahui Tahap Kesihatan Anak

Semasa MB menjaga Mr.Ray tempoh hari, Mr.Ray sebenarnya diserang selsema dan batuk.. Jadi agak mencabar keadaan nak menjaga dia… Faham-faham sajalah bila anak kena selsema dan batuk macam mana.. Semuanya pasti tidak kena.. Lebih-lebih lagi semasa nak tidur.. Memang susah.. Selera makan pun berkurang.. Apa yang kita perlu buat..? Jika anda syak anak anda letih, lesu atau merengek je, cuba periksa suhu badan beliau dulu.. Tengok samada  demam atau tidak.. 
Thermometer wajib ada di setiap rumah.. Kalau suhu tinggi, cepat-cepat bawa ke klinik.. Jangan biar sahaja… ” Alah, panas tu biasalah, cuaca tak menentu, nanti kejap lagi hilanglah“.. Jangan kita jadi macam itu.. Tubuh badan anak dan tubuh badan kita orang dewasa sangat lain tahap ketahanannya… Jangan biarkan anak anda sakit terlalu lama..!
Itu serba sedikit tips dari MB untuk suami-suami di luar sana… Mungkin lain ayah lain caranya.. Tapi mungkin boleh digunakan oleh anda semua… Pastikan anda sebagai ayah ” ALERT ” dan 
RESPONSIBLE “…. Selamat Menjalankan Tanggungjawab

7,045 total views, 7 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Hasben saye lagi pandai kot jage anak daripada saye.. kalau bibik takde, memang dia yang akan mandikan, ganti pampers, bangun malam etc… tu sebab dia pergi kursus lame, saye lak cam hilang arah.. hohoho

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam