Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t
Pernah bawa baby atau toddlers naik flight? MB pun tak pernah lagi sebab masa MB ke Jakarta dan Bandung tahun lalu tak berani nak Mr Ray sebab terlalu kecil lagi dan tiada pengalaman bila bawa baby naik flight dan ke negara orang ni. 
Kebetulan Jumaat lalu MB dan Keluarga bercuti ke Sabah dan pertama kali membawa Mr Ray naik flight, jadi beberapa informasi MB  dapat dari sumber bacaan dan pengalaman iaitu berkenaan persediaan yang kita perlu buat untuk membawa baby naik flight.
Macam-macam kita kena fikir sebenarnya bila nak membawa baby naik flight ni. Kadang-kadang kita nampak mudah sebab ianya bukanlah satu perkara yang remeh. Tetapi harus diingat juga untuk keselamatan dan keselesaan baby kita juga nanti. 
Tips Bawa Baby Naik Flight
1. TIKET
Untuk makluman semua, baby bawah 24 bulan memang takkan dapat seat dia sendiri, yang ini pasti semua tahu kan. Tetapi mereka tetap perlu di belikan tiket dan mereka akan dapat boarding pass mereka sendiri. Biasanya untuk infant bayaran yang dikenakan adalah RM50 bagi penerbangan Air Asia, manakala RM30 bagi penerbangan MAS. Jadi jangan pula anda ingat yang baby ni tak perlu beli tiket flight sebab kecil lagi, ini bukannya panggung wayang ke, taman tema ke.  Baby tetap perlu beli tiket flight!
2. CHECK IN
Macam yang MB terangkan di atas, baby pun akan dapat boarding pass mereka sendiri, jadi AMARAN jangan  pula anda lupa bawak My Kid baby anda masa nak check in/boarding. Kalau anda terlampau rajin boleh juga  bawa surat beranak yang besar gedabak tu.
3. STROLLER
Ha, yang ini paling penting kalau nak travel kemana-mana. Stroller baby anda, benda ni lah perkara utama yang MB google nak cari info. Stroller boleh bawak sampai ke dalam flight rupanya. Bila anda sampai pintu flight, lipat stroller dan letak elok-elok kat tepi pintu / tangga flight tu. Nanti pasti akan ada flight attendant yang akan bawa masuk dalam flight. Bila dah sampai destinasi pun sama juga, jangan pula anda lupa nak ambil stroller tadi di pintu / tangga flight. AMARAN, dilarang bawa stroller sampai ke tempat duduk anda.
4. BASSINET
Apa benda tu Bassinet? Mesti anda pun tak tahu kan..kan.. Bassinet  tu macam bakul tido untuk baby. Kalau naik penerbangan MAS, tiada cas dikenakan untuk Bassinet. Tapi kalau naik Air Asia adalah berbayar, kena beritahu awal-awal yang anda perlukan bassinet tu masa beli tiket. Rasanya kalau perjalanan yang makan masa panjang perlulah Bassinet ni, tapi kalau setakat 2 jam je tak perlu kot.
5. SUMBAT TELINGA ANAK
Yang ini memang selalu dirisaukan oleh ibu bapa. Kenapa perlu sumbat? Sebab dalam flight kan ada tekanan udara dan telinga mesti berdengung, kalau kita yang besar ni kena telan air liur untuk kurangkan tekanan, tetapi baby pula mana tahu nak telan air iur sendiri kan..kan..?  Ramai yang cadangkan supaya sumbat kapas dalam telinga baby terutama masa nak berlepas dan mendarat.
6. MENYUSU DENGAN KERAP
Ha, ini pula kesinambungan dari tips di atas. Susukan baby anda sekerap yang mungkin. Kalau menyusu badan memang senanglah. Tapi mama-mama sekalian jangan lupa pakai baju yang selesa dan mudah diselak untuk menyusu. Pakai nursing cover adalah jalan terbaik.
Kalau baby yang menyusu botol, get ready susu banyak-banyak dan letak milk powder dalam milk container.  Air panas kita boleh bawa dalam termos yang kecil ataupun kalau malas nak bawa boleh minta pada FA pun  Pastikan anda bawa lebih dari 1 botol sebab tak perlu anda nak bangun pergi cuci botol.
* Susukan anak anda seelok-eloknya masa flight nak naik dan masa flight nak turun sebab masa tu lah tekanan udara paling kuat.

7. TIDURKAN BABY
Yang ini MB memang risau. Haha.. Kenapa? Mr Ray ni bukan senang nak bagi dia tidur, lagi-lagi bila ramai orang dalam flight, mesti riuh dengar suara dia. Tapi cara nak bagi dia tidur, sebelum flight tu bagi dia main puas-puas sampai penat bila dah penat dah tentu bila kena susu nanti dengan sejuknya lagi pasti mudah dia tidur. Perkara ni MB dan isteri dan buat ujikaji pun kalau keluar naik kereta kemana-mana. Untuk baby pula, dodoikan baby anda semasa dia sedang menyusu, In Syaa Allah dia pasti tidur. Kalau boleh  jangan kejutkan dia sebab bila baby tidur, dia akan lupa tentang tekanan udara.
8. MAKANAN BABY
Kalau baby menangis walaupun anda dah beri susu tapi tak berhenti juga mungkin dia kelaparan jadi ibu bapa kena ALERT. Kalau baby dah boleh makan, sediakan makanan baby anda siap-siap. Boleh  bawa bubur nasik, biskut, nestum atau apa sahaja yang anda rasa sesuai dengan baby anda. 
9. PERMAINAN
Benda ni kadang-kadang kita boleh lupa sebab kalut sangat duk fikir benda lain.  Anda sedar tak yang permainan anak anda juga amat penting untuk mengawal situasi dalam fligit. Hahaha.. Ini nak bagi dia leka bermain kalau dia tengah bosan ke adalah dia nak main nak harapkan ibu bapa dia yang sibuk dengan Tab la, I phone la, Android la. 
Bawa yang kecil, mudah dipegang, mudah disimpan, dan tak mengeluarkan bunyi bising adalah  yang terbaik. Kalau bawa permainan yang siap menyanyi-nyanyi bagai nanti risau pula ada kes ‘Wrestling‘ dalam flight tu. Mana tahu mengamuk pula orang kiri kanan tu nak tidur. 
10. KAWAL ANAK ANDA
Ini cabaran paling sukar, amat amat sukar sebenarnya. Ingat senang ke nak kawal anak anda lagi-lagi dalam ruang sempit dalam flight tu. Kalau dalam MAS ok juga luas sikit. Opsss! Kena pula anak anda seorang yang Hyper ataupun baby anda jenis yang nak kan keselesaan maklumlah keadaan ruang yang sempit hehe.. Sudah tentu baby akan menangis bukan. 
Jadi dekat sini lah ibu bapa jadi watak penting, kena main peranan. Jangan anak dah meragam-ragam anda pun sama buat bodoh je macam tiada apa yang berlaku. Kalau orang kiri kanan depan belakang jenis memahami ok lagilah, tapi kalau sebaliknya kan dah mengganggu ketenteraman awam dalam flight tu, dah mencabul Hak Asasi Kemanusian Dalam Flight.. Ada ke? 
10 Perkara yang MB kongsikan di atas ini harap dapat membantu pembaca yang di luar sana yang hendak berjalan jauh dan menaiki flight. Banyak aspek sebenarnya kita kena ambil tahu bukan hal kita saja, hal anak-anak juga penting. Nasihat MB sebelum pergi tu, buatlah sedikit pembacaan untuk dapatkan informasi sedikit pasal apa yang kita hendak lalui nanti.
Nota Lastik : Kalau tak nak bawa stroller pun boleh kalau anda rasa susah sangat nak bawa, tapi anda kena ingat sanggup ke anda nak dukung anak masa berjalan-jalan nanti? Larat ke?

28,202 total views, 19 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Slm..sy biasa bwk baby sy naik flight dt sbh-kl, kl-ausie dan kl-nz…dr umur 5bln…mmg mencbr sbb mood baby xmenentu.ada ms ok ada ms haru gak sbb baby sy jenis xsuka tdo..web checkin blh jet even ada baby.sy pernh webcheck in ms preggy 34week seoul-kl dan travel with infant ke ausie.ok..

  2. sis nak tanya..web check in x boleh di buat utk yg ade bwk infant…kalau saya tetap buat jugak..ape akan jadi..?..tq sis

  3. so far masa bawak anak buah umur 9 bulan, ok je.. tiada masalah… mula mula risau gak kan. risau yang telinga berdengung.. tapi tak tutup pun telinga dia.. dia rilek je.. ahha

  4. anak sulung sy yg berusia 5 tahun tu memang dah dibiasakan untuk tutup telinga sendiri setiap kali kalau naik flight waktu berlepas ngan mendarat..cuma yang kecik tu je nak kena tutupkan..

    kalau anak yang senang tidur tu ok jugak..cam anak sy agak seksa sikit nak bagi tidur walaupun kepenatan..hehehe..balik Sabah minggu lepas punya la bising mulut dia..nak suruh diam pun umur 10 bulan, apa yang dia tau..hehehe..sib baik takde komplen dari penumpang lain..

  5. Meski sudah tak punya anak yang masih baby, namun perkongsian ini sangat penting sekali untuk diberitahukan kepada teman2 saya yang punya baby. Terima kasih MB!

  6. owh yess!! stroller is a must. kena ajar dari kecik, kalo tak sure dia tak nak naik bila dah cerdik.

  7. Tips yang perlu ambil perhatian oleh ibubapa yang mempunyai bayi. Selalunya pramugari akan membantu ibubapa yang membawa bayi bersama mereka.

  8. hari tu aku balik kampung, aku kasi anak aku main puas2 sebelum naik flight. naik je, plane tu berlepas, 5 minit pas tu, terus tido. fuh. senang kerja nak jaga. pergi balik buat camtu. hehehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam